Saturday, January 12, 2013

Chop & Steak Kampung Baru

Salam readers...

Entri ni aku auto-publish.
Sementara aku rajin nak menaip + mood tengah elok, baik aku up entri banyak-banyak.
Kesian la kat korang yang tegar tetiap hari bukak blog ni tapi tak berupdate.
Sakit hati kannn?
Sori ye uolss...

Tentu korang dah baca entri Restoran Mee Ketam.
Itu time lunch.
On the same day, aku dan FZ pergi ke Chop & Steak Restaurant, Kampung Baru untuk dinner.
Dah lama kott tak makan kat situ.
Rindu pulak fish & chips dia.

Kitorang pergi sebelum maghrib.
Time tu senang sikit nak parking sebab kereta tak banyak.


Si budak kecik yang gedik...
Time nak snap gambar dia, mesti taknak tengok kamera...
Geram tul!

Eh, perasan tak rambut dia dah panjang?
Heheh...
Seronok tau bereksperimen dengan rambut dia.
Macam-macam gaya tocang yang aku buat.
Mak ayah dia nak potong rambut dia pun aku tak kasi.
Hahaha... over aku kan?
Baby sitter lain, please dun be like me!
Silap haribulan, mak ayah budak tu lempang ko.. haha...



Gune camera 360, terus muka jadi gebuss semacam..
Macam ada cahaya keimanan pulak.
Hehehe...


Tengok...tengok....
Mata si kecik ni pandang ke lain pulak..
Haihhh!
Nakal sungguh!
Padahal dia yang beriya nak amik gambar dengan aku...


Aku punya Fish n chips...
Bila dah makan sikit baru teringat nak snap gambor.
Lapor la katekan..
Makanan sampai je terus nak ngappp...


Ni FZ punya.
Chicken Chop.
Bila nak ngapp barulah nak snap.
Hihihi...
Gelojoh tul.



Ni air kitorang.
Milo ais, aku punya.
Jus tembikai FZ punya.

Aku ni memang peminat tegar milo ais.
Tapi kat KL ni susah betul nak jumpa kedai yang boleh buat milo ais kaw-kaw punya.
Kalau kat Terengganu tu aku tahu la..
Restoran A&I... Dekat dengan Kolej PTPL.
Milo ais tabur dia memang terbaekk...

Eh, terliur plak...
Huhu..

1 comment:

Mimy Hamid said...

comel nya alya tocang rambut