Saturday, January 26, 2013

Culik

Salam readers...

Manusia sekarang semakin kejam kan?
Makin moden hidup kita, makin kejam jadinya.

Setiap hari kite dengar kes ragut, rompak, culik, bunuh...
Kat mana-mana je boleh berlaku.
Baik dalam negara mahupun luar negara.
Baik kat bandar mahupun kampung-kampung.

Tapi akhir-akhir ni banyak kes culik kanak-kanak yang kedengaran dalam negara kita.
Culik dan bunuh.
Macam dah jadi trend dah.
So far aku takde lagi dengar berita budak diculik dan dijumpai selamat.
Ada?
Ke aku yang ketinggalan? huhu...

Nak tunding jari kat siapa?
Penculik? Pihak berkuasa? Masyarakat? Jiran tetangga? Diri sendiri?
Atau PM? 
(duit hantaran melambung pun ada pihak yang salahkan PM. Vuduss tul!)

Aku taknak cakap lelebih.
Kang disalah tafsir.
Tapi apapun, berhati-hatilah.
Kite tak tahu ada yang berdendam dengan kita... kita tak tahu ada orang nak mengkhianati kita.
Kita tak tahu ada orang tak suka tengok kita bahagia lalu mereka merancang untuk membuatkan kita derita.
Bak kata pepatah, "rambut sama hitam, hati lain-lain".
Tapi sekarang ni rambut dah macam-macam kaler.
Merah, ungu, pink...
Hati manusia pulak makin hari makin kejam.
Sanggup bunuh-membunuh demi kepuasan diri.

Mangsa yang paling mudah ialah kanak-kanak.
Yalah, apalah daya seorang kanak-kanak nak melawan kudrat orang dewasa.
Bukan nak menuduh, tapi kebanyakan kes yang berlaku adalah kerana kecuaian ibu bapa.
Ibu bapa membiarkan anak-anak berjalan seorang diri.
Ibu bapa meninggalkan anak seorang diri di satu tempat.
Ibu bapa terlalu leka dengan sesuatu sehingga mengabaikan anak-anak.
Cukup-cukuplah cuai, wahai ibu bapa.

Jika anak-anak meminta untuk bermain-main di taman permainan, temanilah.
Jika anak-anak mahu pergi ke kedai untuk membeli coklat, ikutlah.
Anak-anak pergi dan balik sekolah, hantar dan jemputlah.
Jika anda ada urusan, bawalah anak sekali. Jangan sesekali tinggalkan mereka di dalam kereta walaupun kereta itu berkunci.
Akal kanak-kanak memang kita takleh duga.
Seperti kata-kata Ben Ashaari, biar penat badan sekarang dari menyesal seumur hidup.

Ya ALLAH, jauhkanlah keluargaku dari segala kesusahan dan kesulitan.
Jauhkan juga keluargaku dari perlakuan jahat orang di sekeliling.
Amin...


2 comments:

Abil Fikri Ahmad said...

Kadang2 tu kita rasa selamat tinggalkan kejap anak2 kita.,malangnuya memang tak berbau kan..

Nasihat di n3 ni harus di ikut..

Diana Aziz said...

Yup... tp zaman skrg xleh leka.. di 1 saat kite leka, disaat itulah org menggunakan pluang utk melakukan kejahatan. bahaya kan? tkt btl dgn situasi skrg...