Monday, January 28, 2013

Duta midvalley kah aku?

Salam readers...

Ok, tajuk adalah takleh blah.
Biase la... pakat hentam je.
Malaihhh nak pikir tajuk vogue-vogue.
Yang penting entri ni ada tajuk... tak gitu?

24hb baru-baru ni, aku dan FZ pergi shopping barang kat midvalley.
Eh, best okeh shopping kat situ sebab ada banyak kedai.
Butik mahal ada, murah ada..
JJ ada... Metrojaya ada.
Nak up sikit, jalan kaki pergi ke bangunan sebelah.
The Garden.
Kat situ ada Isetan.
Butik mahal like LV, Coach, Gap pun ada.

Hari tu pergi JJ je sebab nak beli barang rumah.
Sangat best shopping sebab terapi stress.

Hari tu MV agak sesak.
Maklum laa cina-cina shopping untuk CNY.
Eh, sebut pasal CNY, aku dah beli tiket balik sebelum aku pergi ke MV nih.
Hoyehhh...
Alhamdulillah.
Tak sabar nak balik sampai termimpi-mimpi.

Cina yang nak raya, aku pulak yang excited.
Hehehe...


Decorations at center court Mid Valley...



Putih nau nampak kulit aku...
Spot light nye pasal. Hehehe...


Deco yang sangat cantik.....


Baju merah.... sesuai sangat la dengan CNY.
Hehehe...
Mid valley ni memang cenggini.
Pantang ada perayaan, mesti deco cantik-cantik.
Takde deskriminasi.
Kalau shopping mall lain aku tengok, pilih kasih.
Kalau perayaan A, kemain dia punya deko.
Tapi kalau perayaan B, deko cikai-cikai je.

Eh, puji MV nampakk.....

Ader je sebenarnya aku nak kutuk.
Pasal ladies parking kat area A P2.
Please laaa... tak effective langsung ok.
Lagi menyesakkan ader la.
Di saat orang yang ada family bersesak-sesak cari parking sampai jem kat dalam tu, tetibe kat ladies parking ada 70 parking lot kosong.
Tak ke kesian?
Kalau ye pun nak buat ladies parking, buat sikit-sikit je dah la...
So far sepanjang 3-4kali seminggu aku pergi MV, aku tak pernah lagi tengok ladies parking tu penuh.
Mungkin management cuba nak elakkan kes-kes seperti rompak dan culik untuk pemandu wanita tetapi tahukah area situ yang perompak akan aim dulu?
Entah la...
Mungkin management ada alasan sendiri.
Tapi aku tak setuju management reserved kan ladies parking sampai beratus-ratus.
Kalau setakat 50 lot parking tu, munasabah lagi.

Ke cane?
Ada yang tak setuju dengan pendapat aku?

No comments: