Wednesday, January 16, 2013

Kalau dah memang perangai buaya...

Salam readers...

Cemana pagi korang hari ni?
Ok ke?
Aku cam biase. Takde apa-apa yang best pon.
Hari kerja kan....
Acu kalau weken, melompat-lompat aku happy.
Hehehe...

Ok, kali ni aku nak bercerita kisah benar.
Takde tokok tambah ke ape untuk menyedapkan cerita.

Hari Isnin baru-baru ni, aku pergi ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang berlangsung kat dewan opis aku.
Tak dinafikan pengaruh dia memang besar.
Ramai gila staff opis yang datang.
Ceramah start pukul 12.30.
Tapi seawal 11.45, orang dah cop tempat duduk.

Banyak la info yang aku dapat dari ceramah dia.
Salah satu kata-kata UAI dalam ceramah tu memang ada kaitan dengan cerita aku kali ni.

UAI kata,

"Kat dunia ni, lelaki suka tengok perempuan. Walaupun dia dah ada bini, tapi dia tetap suka tengok perempuan lain. Sebab tu kat syurga nanti, Tuhan bagi bidadari untuk temankan lelaki. Kalau perempuan pulak, bila dia dah ada laki, dia minat kat benda lain pulak. Dia minat kat pinggan mangkuk. Sebab tu kat syurga nanti, Tuhan bagi dia segala macam perkakasan yang diperbuat daripada emas. Tengok la betapa adilnya ALLAH SWT..."

Ayat kat atas ni adalah sedikit petikan kata-kata UAI.
Lebih kurang cenggitu la ayatnya.

Ok, memang betul pun lelaki ni suka tengok perempuan.
Bini ada kat sebelah pun, tetibe ada perempuan cantik lalu, lelaki akan pandang perempuan cantik tu sampai perempuan tu hilang dari pandangan.
Kalau jenis lelaki takut bini, paling-paling dia tengok perempuan cantik ikut ekor mata je.
Tul tak?

Memang itu lumrah lelaki.
Memang takleh buat ape dahh...
Tok imam pun boleh tanggalkan kopiah kalau nampak perempuan seksi menggoda.
Mulut je terkumat-kamit mengucap panjang tapi mata terbeliak.
Kan?

Ok, back to real story.
Aku tatau nak cerita cane sebab aku rasa ralat.
Kesian pun ada.

Sebelum ni aku pernah la cerita pasal mamat kahwin 2 ni.
Pastu dah lama kottt dia tak buat hal.
Ingatkan dah insaf la.
Tapi rupanya belum lagiii....
Dia masih duk berangkut perempuan lain.

Aku ni bukannya jenis jaga tepi kain orang.
Tapi kesian kat bini no.2 dia tu.
Bini no.2 dia tu kije hebat.
Baik pulak tu...
Takde nye melayan lelaki lain atau nak menggatal.
Kalau ikutkan kerjaya dia tu lagi hebat dari si husband nih.

Sama jugak dengan bini no.1.
Bini no.1 pun cantik orangnya.
Kulit putih gebu je.
Kije pon ok...
Tapi sejak si husband ni kawin lain, perangai bini no. 1 ni jadi macam singa.
Well, takleh salahkan bini no.1 tu jugak.
Dah lakinye gatal kawin lain, mestilah bini no. 1 tu sakit hati.
Dah la kawin senyap-senyap.
Kat siam lak tuu...
Tau-tau je dah 2-3 bulan dia dapat madu.
Kalau jadi kat aku pun, aku mengamuk.

Dah ada 2 orang bini, si husband ni masih tak cukup-cukup lagi.
Lepas satu-satu perempuan yang dia angkut.
Latest semalam..... perempuan tu kecik molek je.
Muka biasa-biasa je tapi body cantik.

Eh, susah betul cerita tertapis-tapis ni laaa!
Aku citer direct je la!

Ni kawan FZ sebenarnya.
Kawan sekerja dia. Aku sebut nama dia as B aje ye.
Si mamat B nih memang suka caras periuk nasi orang.
Dan si mamat ni pulak jenis mulut manis.

Bayangkanlah kelas tadika yang sebelum ni FZ yang ajar, tetibe bertukar jadi kelas dia.
Sebabnye dia tabur mulut manis kat cikgu tadika tu.
Cikgu tu pulak jenis merenyam.
Janda la katekan.
FZ tak berapa suka cikgu tu sebab menggedik.
Aku menggedik pon dia tak suke, ini kan pulak orang lain.

Ada la lagi 2-3 kelas FZ yang dia caras.
Takpe.. takpe...
Kata bini 2 orang. Tanggungjawab besar kannn...
Kena tanggung 2 orang bini.
FZ sabar je.

Eh, bukan FZ je yang kena.
Kawan FZ yang nama M tu pun hampir terkena.
Kisahnya M tengah mengajar swim sorang budak.
Mak ayah budak tu pun ada masa tu just memerhati.
Si B ni buat ramah pulak dengan mak ayah student M tu.
Sampaikan mak ayah student M tu tertarik nak suruh anak dia belajar dengan B pulak.
Tak ke kesian dengan M tu?
Dah la M tu orang susah.
Bila FZ dapat tahu, dia sound la B tu.
Sape yang boleh tahan kalau perangai macam tu?

Semalam, ada sorang budak perempuan datang.
Kononnye nak belajar swim.
Dan-dan si B ni promote diri sendiri.
Dan rezeki memihak kepada dia.

FZ ingatkan sekadar belajar swim je la.
Sekaliiii si B ni siap pergi hantar budak tu balik rumah...
Budak tu duk blok sebelah rumah aku je.
Ape jadahnye guru swim pergi hantar student balik rumah?
Kalau student tu budak kecik umur 5-6 tahun tu aku paham la jugak.
Ni dah besar panjang...

Teringat kata-kata bini no.2 dia :-

"Saya pilih dia sebab dia bukan kaki perempuan... Kalau dia kaki perempuan, saya pun taknak."

Lelaki, kalau dia kaki perempuan sekalipun, ingat dia nak tunjuk depan-depan ke??
Mamat B ni kalau sembang bab agama, kencang kemain.
Mulut manis...
Semua perempuan kott boleh cair kat dia.
Tapi rupa-rupanya........

Entah la...
Nak cakap banyak pon tak boleh sebab hal rumah tangga orang.
Cumanya mata yang melihat ni jadi sakit.
Kesian kat bini-bini pun ada jugak bila si lelaki asik main dengan perempuan lain je.
Hmmm...

Dunia...dunia....

No comments: