Tuesday, January 8, 2013

Kemurungan

Salam readers...

Takde benda pon nak aku citer hari ni melainkan stress yang aku alami sekarang.
Mohon maaf sangat-sangat kepada reader semua sebab entri aku makin hari makin tak best.
Rating pun aku tengok makin jatuh.
Memang jatuh mendadak.
Takpelah...
Nak buat cane.
Citer yang best tu ada.
Tapi tak best pulak menaip sambil dalam hati tu tengah berduka-lara.
Iye dok?

Siang tadi aku attend training.
Tajuk modul kali ni : Emotional Intelligence.
Aku rasa modul kali ni memang betul-betul mengena kat diri aku sendiri.

How to control the emotion?

Sekarang ni aku kan selalu stress.
Stress melampau jugak la.
Dan aku rasakan aku kemurungan.
Dari Isnin hingga Khamis, aku mesti murung.
Duk menyendiri sorang-sorang. Mata berair je.....
Aku takleh control perasaan sendiri.
Setiap hari stress.
Selama ni tak pernah-pernah aku kena sakit kepala, sekarang ni sepanjang masa kepala aku sakit.
Macam ditekan-tekan gitu.

Balik rumah bukannya aku boleh happy pon.
Bila dah keseorangan, mulalah aku layan perasaan.
Kadang-kadang aku menangis sorang-sorang.
Tapi menangis pon bukannya boleh hilangkan stress.
Just boleh kurangkan je beban kat kepala.
Kalau kat opis, aku rasa malas nak bersembang dengan orang lain.
Kalau sembang pon just because tuntutan kerja.

Aku gune banyak cara untuk kontrol emosi aku.
Kalau kat opis tu, biasanya aku bersabar je.
Pretend that nothing happen.
Padahal dalam hati gunung berapi tengah meletus, tak sape yang tahu.
Serius........ lately memang aku banyak sabar.
Tahannn je....
Kadang-kadang aku tarik nafas dalam-dalam dan berzikir.
Tenang je rasa.
Sometimes tak rugi pun kalau bersabar.

Kite ni bekerja bukannya sampai nak stress bagai.
Nak jugak buat kije dengan happy dan selesa.
Kalau nak stress, stress la sorang-sorang.
Takyah la seret orang lain sekali.

Kalau nampak 1 keburukan orang lain, fikir laa 10 kebaikan orang tu.
Ini tak........ mentang-mentang orang tu TERtunjuk 1 keburukan dia, itu je laaa yang kite nampak.
Kebaikan dia yang lain langsung tak pandang.
Not fair laa!
Macam tak appreciate.
Dah la bad words dah melekat kat mulut.
Macam takleh nak control.
Kite ni Melayu. Islam pulak tuuu...
Kalau nak cakap something, tak perlu pon guna bad words tu.
Aaron Aziz pun pernah cakap, "Cakap elok-elok pun boleh kan???"
Ha, tetibe terkeluar Aaron Aziz pulak kann....

Aku baru je terbaca tanda-tanda stress dalam internet ni.
Katanye antara tanda-tanda stress ialah tegang bahu dan leher, pening dan pinar, hilang selera makan, moody, kurang ceria, murung dll.
U know what, semua tanda-tanda ni berlaku kat aku.
Then what?
Nak salahkan diri sendiri ke atas ape yang berlaku?
Maybe.... sebab aku tak dapat kontrol emosi aku sepenuhnye.
Tapi siapa puncanye??
Uolss tolong la doakan semoga aku tak kena darah tinggi.
Aku ni muda lagi.
Takmo la ada darah tinggi time usia macam ni.

Dah ler tuh... Busy busy pon sampai takleh menghadap yang Esa.
Ya ALLAH, bersalahnya aku.
Dosanya aku yang tanggung.
Tapi ape daya aku??
Kije berlambak-lambak.
Kalau kije tak siap, kata aku ni tak efisyen plak.
Ntah la...
Luah banyak-banyak pon tak guna kannn...
Situasi sama tetap akan berterusan.
Takpelah.
Mungkin nasib aku.

Tapi aku percayakan qada' dan qadar.
Benda yang baik akan dibalas baik dan begitulah sebaliknya.
Tuhan akan balas sama ada di dunia ataupun di akhirat.
Ataupun tak kena kat kite, mungkin akan terkena pada anak cucu cicit kite.
Beringat laa...

No comments: