Monday, January 14, 2013

Mainan perasaan atau memang ada sesuatu?

Salam readers...

Pernah tak tetibe korang rasa berdebar semacam?
Tetibe je korang rasa tak senang duduk, jantung berdegup laju, badan menggigil dan rasa risau yang amat tapi puncanya korang pun tatau.

Aku mengalaminya malam hari Sabtu baru-baru ni dalam kul 11 lebih.
Mata dah mengantuk dah time tu.
Tapi ntah kenapa, tetibe je ada something melintas dalam kepala aku.
Aku tatau ape yang aku fikir tapi dan-dan tu jugak aku rasa berdebar.
Aku macam takutkan sesuatu.
Badan aku menggigil bagai dan aku rasa macam nak menangis.
Kepala tu jangan cakap la... terus la rasa sakit.

Aku off tv dan lampu.
Terus aku baring atas katil dan berselubung dalam selimut.
Ya ALLAH, perasaan apakah itu?
Aku hampir kena hyperventilation.
Terus aku bangun dan masuk bilik air untuk cuci muka.
Time tu jugak aku nangis.

Sampailah pukul 2 pagi, rasa takut tu masih tak hilang.
Dalam kepala otak aku memang macam-macam la yang aku fikir.
Ada benda buruk ke yang berlaku?
Berkaitan dengan family aku ke? Kerja aku ke? FZ curang ke?
Nauzubillah...
Jauhkanlah aku dari kejadian yang buruk-buruk.

Aku baca doa penenang hati.
Punnn tak jalan.
Perasaan aku tetap sama.
Panik tak tentu pasal.

Tak lekang doa penenang hati tu kat mulut aku.
Siap zikir bagai.

Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah Wallahu Akbar...

Tapi sikit pun perasaan aku tak reda.
Apa yang berlaku sebenarnya?
Penat dah kepala otak aku fikir.

Last-last dalam pukul 3 lebih pagi mata aku barulah rasa mengantuk.
Mungkin sebab dah penat berfikir, aku terlelap camtu je.
Biasenya sebelum tido aku amalkan ayat Kursi.
Tapi malam tu aku terus tido. 


Lena la aku tido sebab Ahad tu hujan pagi.

Masa bangun pagi hari Ahad tu, perasaan takut tu masih ada tapi takde la cam semalamnye tuh.
Sampai hari ni kot perasaan tu melekat dalam hati aku nih tapi boleh control lagi la..
Aku tak tahu kenapa aku rasa takut.
Bukannya aku ada buat salah ke ape..

Entah la...
Mungkin mainan perasaan.
Tapi... aku tak suka perasaan macam ni!

Korang pernah alami tak?
Acu kongsi...



2 comments:

Mimy Hamid said...

pernah diana...selalu rasa macam eh ini petanda kematian ke...mmg cemas dada berombak nak tido susah nak bernafas...solution nya mimi cuba muhasabah diri segala kekhilafan diri...mungkin sight Allah bagi untuk kita ingat pada Nya..wallahualam

Diana Aziz said...

Btol kan mimy. rasa cemas semacam. pdhal xde benda pon blaku. rase takut sgt. mungkin btl ckp mimy... kite msti muhasabah. ingt balik dosa-dosa yang pernah kite bt...