Wednesday, January 23, 2013

Mandi-manda di Sungai Gabai, Hulu Langat

 Salam readers...

Ape cer korang hari ni?
Aku happy-happy je sebab hari ni last aku kije untuk minggu nih.
Esok cuti sebab Maulidur Rasul.
Lusa lak aku amik annual leave.
Nanti Isnin minggu depan pon cuti gak sebab brought forward hari Thaipusam yang jatuh pada hari Ahad tuh.
Fuhh... lamanye aku takkan masuk opis.
Hehehe...

Update punya update, barulah aku perasan aku tertinggal 1 entri.
Lama punye.... sebab this thing happened on 1 January 2013.
Hari tahun baru...
Terlupe lak nak update.
Maklum la mase tu kan jiwa tengah kacau-bilau.

Hari tu, FZ plan nak bawak aku dan Baby Alya pergi mandi sungai.
Aku bajet nak la pergi Ulu Yam lagi.
Tapi FZ takmo dah pergi Ulu Yam sebab dah banyak kali sangat pergi situ.
Kali ni dia ajak pergi Sg. Gabai pulak.

Aku pun excited la sebab aku tak pernah pergi lagi ke sana.
Pagi tu bangun awal sebab nak pergi beli makanan pagi.
Aku beli nasi goreng, nasi lemak, jajan....
Kengkonon nak bawak bekal pergi sana la.
Dah settle packing semua barang, barulah kitorang bergerak ke Sungai Gabai, Hulu Langat.


Sebelum bertolak... singgah tempat kije FZ dulu sebab nak amik tikar.

Perjalanan dalam 40-45 minit je.
Aku suka perjalanan kat sana.
Rasa cam balik kat Terengganu sebab tepi jalan banyak warung-warung dan bangunan lak bangunan lama.
Makin kite masuk ke dalam, makin banyak rumah design lama yang kite jumpa.
Serius macam tenang je kalau duk kat situ.

Ingatkan time pergi tu takde la ramai orang sebab jalan lengang.
Tapi bila dah sampai, mak aihhhh...
Parking penuh.
Mujur la ada 1 parking kosong betul-betul dekat dengan sungai.
Bayaran masuk RM1 dikenakan ye....
Kire murah la tuh.

Dah dapat 1 tempat landing baekk punya, terus la kitorang terjun sungai.
Yang aku geram tu, FZ taknak mandi.
Katenye takut rambut dia basah. Dia terlupa bawak gel rambut dia.
Aku hangin je.
Last-last aku dan baby je yang mandi.
Eh, rugi la kalau datang sini tapi tak mandi.
Baik takyah datang kalau gitu.


Baby takut gile dengan air sungai.
Melalak-lalak dia bila aku cuba lepaskan dia mandi.
Kehkehkeh...


Airnya sebenarnya takde la dalam sangat.
Biase-biase je. Paras betis.


Air terjun kat belakang tu je.
Punya la ramai umat manusia.
Dah la kawasan kecik.
Tak macam kat Ulu Yam.
Bila buat comparison, aku rasa Ulu Yam lagi best kot.
Banyak tempat boleh letak tikar.
Kalau kat sini, susah sikit.

Kalau tempat tukar pakaian, aku rasa dua-dua pun sama.
Kotor.
Entah la.. aku geli sikit nak salin pakaian kat tempat-tempat kotor nih.


Ok, sebut pasal baby Alya, mulai minggu ni aku dah tak jaga dia.
Kirenye last week adalah minggu terakhir aku jadi baby sitter.
Sebabnya mak dia dah upgrade kije opis.
So, weken dia tak kije.
No more side income for me. Waaaaaaaa......

Eh, balik semula cerita asal......
Ada tragedi time kitorang on the way balik dari sungai tu.

Kisahnye cenggini.....
Sepanjang perjalanan balik, kitorang nampak banyak gile gerai buah-buahan.
FZ cadang nak singgah beli buah.
Time buat u-turn tu kitorang hampir accident dengan sebuah moto.
Berdebor jugak la aku.

FZ cakap dia memang dah nak nampak moto tu dari jauh.
Memang jauh.
Kalau buat u-turn pun memang sempat sangat.
Tapi biase la... mat rempit kampung kan...
Nak tunjuk hebat.
Tengah-tengah FZ buat u-turn tu, moto tu melintas depan dia. Laju...
Aku tak tahu la mat rempit tu nampak ke tak FZ dah bagi signal untuk u-turn tapi dia tetap la nak merempit.
Siap dia bawak makin laju.
Dah la tak pakai helmet. Jaguh kampung darat ulu laa katekannn...

Dia hon FZ kemain.
Siap dia berhenti sebelah aku dan sound,
"Ape ni brooo!"

Hek eleh.... 
Ko tu budak berhingus lagi kot.. Nak ber "bro bro" pulak dengan orang tua.
Aku tengok la dia atas bawah.

FZ sound, "Tak nampak laaa! Nak marah pulak!"

Kalau tak sabit ni kampung dia, memang aku sound je!
Mat rempit tak mat rempit.
Ader aku kesah.....!
FZ pun sama.
Dia malas nak cari pasal sebab tu kampung orang.
Dah la kitorang bawak Alya.
Kalau jadi apa-apa nanti, ape lak aku nak jawab.. kan?
So, mengalah adalah jalan terbaik walaupun hati sakit gile.
Rasa cam nak belasah budak tu pun ada.

Tapi biase la budak kampung berhingus baru nak up... nak tunjuk lagak jadi mat rempit.
Naik moto kapcai je!
Serius aku menyampah dengan mat-mat rempit nih.
Jenis berlagak nak mampss tapi bodo.

Ok, habis citer pasal mat rempit bodo tu.
Dah beli buah semua, kitorang terus balik KL.
Singgah kat Pelita beli nasi kandar.
Nyum...nyum.... dah lama tak makan nasi kandar Pelita.
Baby Alya pulak tido mase perjalanan balik.
Dah sampai rumah, aku pun terlentang sekali sebab penat.
Hehehe...


No comments: