Tuesday, January 29, 2013

Nostalgia oh nostalgia... menggamit memori sungguh!

Salam readers...

Duduk sesaje nih tetibe teringat pulak kenangan lalu.
Kenangan masa kecik-kecik sampailah besar.
Kelakar jugak bila ingat balik. Hehehe...

Daddy adalah seorang staff kerajaan.
Tahu je la waktu bekerja 8pagi sampai 5 petang.
Daddy tak pernah buat OT.
Jauh sekali balik lewat malam.
Sharp pukul 5, daddy mesti keluar dari opis dan balik.

Aku pulak asal kul 5 je, mesti tercegat depan pintu grill rumah tu.
Menanti kepulangan daddy.
Hahaha...
Bila nampak je kereta daddy, mulalah terlompat kinja depan pintu tu...
Suke benor daddy balik.
Bukan suka apepun sebenarnya..
Tapi tak sabor nak tunggu daddy ajak keluar jalan-jalan.
Dapat 1 round kampung pun jadi la...
Takyah kuar dari kereta pun takpe.
Yang penting dapat kuar dari rumah.

Dulu mummy kurung aku dan adik-adik kat rumah.
Selagi tak pukul 6 petang, selagi tu la takleh kuar main.
Kejam oh! huhu...
Kalau budak kampung aku dulu, balik sekolah je diorang pergi merayap sana-sini.
Lalu-lalang depan rumah dengan basikal.
Aku tengok telan air liur je la..
Tunggu la kul 6 nanti... kitorang kuar macam baru lepas dari kandang.
Pastu kul 7 dah kena balik.
Sejam je masa untuk bermain. kejam..kejam...kejaaammm...


Pic goggle : mamasayangiman.blogspot.

Dulu mummy selalu beli milo dalam tin.
Aku dan adik-adik suke sangat la kalau mummy beli milo.
Bukan dasar nak minum air milo tapi nak meratah.
Amik cawan pastu letak milo sampai penuh cawan tu.
Makan sambil tengok tv.

Pastu satu hari tu, ada kawan aku ajar menu baru.
Makan milo dengan roti gardenia.
Sedapnyaaa tak terkata.
Dah namanya jenis suka ratah milo, so time aku letak milo atas roti tu memang tebal laa...

Last-last mummy bising.
Milo cepat habis. Dah la mahal.
Mummy bising sebab kitorang bukannya buat air milo.
Pastu asal lepas ratah milo je, mesti sakit perut.
Mananye mummy tak bising.... haha..

Pastu mummy tukar beli ovaltine.
Aku try jugak ratah ovaltine tu. Sekali.. tak sedapp daaaa....
Ovaltine tu tak laku pun kat rumah aku.
Sampai expired benda tu. haha...

Terus sampai ke sudah mummy tak beli milo.
Hahaha...
Sebab tu sekarang ni kalau pergi kedai makan, aku order milo ais tabur.
Sambil minum air, sambil ratah milo.
Sedappp....

Sebelum kena penyakit jantung, daddy aktif sangat main tenis.
Macam aku cakap tadi, daddy balik dari kerja kul 5petang.
Pastu ajak kitorang jalan-jalan keliling kampung.
Pastu balik rumah, daddy siap-siap untuk main tenis pulak.
Court tenis tu duk belakang opis daddy je.

Biase jugak la daddy ajak aku dan adik aku, Iwan pergi tengok dia main tenis.
Kitorang ni macam biase la...
Sukarelawan tukang kutip bola.
Tapi pernah 1 hari tu, daddy taknak ajak.
Aku dan Iwan ni memang dah plan... kalau daddy tak ajak, kitorang pergi jugak.
Nak tahu cemana kitorang plan?
Aku dan Iwan senyap-senyap masuk dalam kereta daddy dan menyorok kat seat belakang.

Tengah menyorok tu, aku dengar daddy tercari-cari kitorang.

Lebih kurang cenggini la ayat daddy masa tu :

"Anak..ooo anak... mana ni? Tak nampak pun anak-anak daddy...."

Aku dengan Iwan time tu terkekek-kekek gelak.
Bila daddy dah start enjin, kitorang menyorok lagi.
Sampai la dah dekat dengan court tenis, barulah kitorang sergah daddy.
Pastu tiga-tiga gelak sakan...

Bila dah besar ni, barulah aku tahu time tu rupanya daddy saje buat-buat tak nampak kitorang.
Mustahil la tak nampak sebab tingkap kereta daddy tu terang-benderang.
Dulu mana ada tinted-tinted nih.
Sweet betul la daddy time tu.

Time kolej pun seronok jugak.
Hidup sendiri.
Family dekat je tapi jumpa time weken.
Hari biase, aku duk asrama.

Dulu memang aku nakal gile.
Time final exam, sibuk meramaikan kat library.
Bukan dasar nak study sangat. Tapi sibuk nak buat kecoh.
Kemain amik buku rujukan banyak-banyak berterabur atas meja.
Tapi bukaknya 1 buku je.

Adat study kolej atau U, junior perempuan terasa hot bila senior lelaki nak mengorat.
Cenggitu la aku time tuh.
1 malam tu aku pergi library ramai-ramai. Naik bas kolej.
Dah sampai library, kitorang study.
Study 5 minit, sembang 10 minit.
Tengah-tengah duk sembang tu, ader la sorang mamat senior nih duk pandang-pandang aku.
Ibarat perempuan melayu terakhir, aku tersipu-sipu malu.
Hahaha... panggg sedasss....

Bila dah tahu diri ini diperhatikan...(poyo!), teruslah aku mengadap buku je.
Takde dah sembang-sembang.
Balik rumah barulah memulakan penyiasatan tentang senior itu.
Rupa-rupenye dia tu junior kepada housemate kitorang.
Namanya senior tu Rizan. Diploma Sains.
Wahhh... dip sains tuuuu....
Kat kolej aku, kalau dapat je mamat dari dip sains kire hebat sangat laaa...
Terus berbunga hati.

Hari kedua pun sama. Pergi library.
Mata bertemu mata, terus turun ke hati... Hahahaha.... 
Poyo gila la kau, diana!

Malam tu kitorang berkenalan.
Dia tegur cara pemakaian aku.
Katenya seksi sangat.
Tapi aku bukannye dengar kata.
Eh, suka hati ai la nak pakai apepun!
Tapi sebab mamat tu dah tangkap cintan dengan aku, maka dia redha je dapat makwe junior degil cam aku nih. 
Hahaha...

Mase tu terus nama aku naik dikalangan budak-budak perempuan dip sains.
Mamat tu bukannye hensem sangat pon. Tapi macam aku cakap tadi la....
Junior kalau berkapel dengan senior, itu maknanya junior tu hot.
Padahal takde la hot mana pon.
Aku ni budak kampung. hot apenye.....

Tapi kapel pun tak lama.
Tahan 2 sem je.
Pastu aku mintak putus. Bosan derrr....
Asik kongkong je.
Kebetulan lak L datang dalam hidup aku.
Kejam gile aku... senang-senang je putuskan hubungan.
Maafkan aku.......


Amacam? very the curvy kann body aku...
Ini gambar lama. Tahun 2009. Bulan Januari.
Patut la hot.... 

hahaha.... lempang sekali!

Mase ni pergi Air Terjun Sekayu dengan kengkawan.
Saje menghabiskan masa ramai-ramai.
Seronok.
Weh korang, bila lagi kite nak pergi Sekayu nih??


Ni sebelum pergi kelas pagi.
Seee... kurus gila aku kan.
Haih... bila la nak dapat body cenggini balik?

Zaman study dulu memang best.
Happy je.
Time final exam, masing-masing tahan mata supaya tak tido.
Nak study la katakan....

Pergi mana-mana je mesti bersama-sama.
Takleh berenggang langsung.
Petang-petang pergi jenjalan belakang flat.
Tengok rumah-rumah besar kat situ.

Pastu snap gambar kat rumah pilihan.
Upload gambar tu dalam friendster dan letak caption, "inilah rumah idamanku..."
Ini sangat poyo, okeh! Hahaha...

Lawak tul bila diingatkan semula.
Kenangan manis yang tercatat dalam kamus hidup aku.
Nak ulang balik pun dah tak boleh.
Hanya boleh imbau kembali je.....


No comments: