Friday, January 18, 2013

Sefamilia jalan-jalan bershopingan melabur duit di shopping complex

Salam readers...

Baru-baru ni family aku datang KL sebab daddy ada check up kat IJN.
Biasenya daddy datang sorang je.
Tapi kali ni mummy, Shahril dan Shazrin join sekali.
Aku lagi suka kalau ramai-ramai sebab meriah sikit.

Mase bulan December tahun lepas pun diorang ada datang jugak.
Datang sebab nak shopping pakaian raya.
Ewahhh.... puasa pun tak habis ganti lagi dah sibuk beli pakaian raya.
Hehehe...

Gitu la family aku.
Beli awal-awal time sale.
Kalau yang perempuan, beli kain pasang banyak-banyak kat Jakel Masjid India tu.
Tapi beli time sale jugak.
Dah beli kain pasang, bolehlah suruh mummy pergi hantar kat tailor kat kampung tuh.
So, by the time bonus aku dapat, baju dah siap dan duit bonus buat bayar baju-baju yang ditempah tu.
We have to plan, okeh.
Kalau tak plan, nanti kelam kelibut.


Ni gambar masa bulan Dec lepas.
Nampak cam kepochi gila.
Padahal duk tengok baju siap je pun kat Jakel tuh.
Boleh tahan mahal la...
Takpe, baik beli kain murah dan tempah.
Harga pun masih bawah bajet.


Wahhh... berlakon sangat!

Ok, itu citer Dec lepas.
Citer baru-baru ni lebih kurang sama je.
Kitorang still jenjalan kat Jalan TAR & Masjid India tuh.
Favvy mummy kot area tu.
Aku ni kalau tak kerana mummy, memang takde la nak jejak kaki kat situ.
Rimas kottt...
Dah la panas, ramai orang lak tu.
Aku kan tak suka bersesak-sesak.
Lagipun takut sikit area situ.
Kan ramai Indon yang mundar-mandir.
Kebanyakkan diorang ni jahat-jahat. Suke seluk saku & handbag.
Kena selalu hati-hati tau!


Ok, kita up gambar budak gedik ni dulu.
Hahaha... serius gedik.
Sape yang ajar ntah.

Gedik kemain tapi takut pergi sekolah.
Melalak-lalak taknak pergi sekolah.
Haihhh.... Fifi nih memang manja sikit.
Jenis tak suka kongsi barang dan makan makanan yang dia tak suka.
Kat sekolah tadika kan menu harian KKM yang sediakan.
Ader la menu minum susu dan biskut dll...
Fifi ni memilih sikit bab makan.
Tapi cikgu sekolah paksa jugak dia makan, dia tak suka la.
Tu yang buat dia tak nak pergi sekolah tu.
Tapi takleh salahkan cikgu jugak.
Student tetap kena makan.
Kalau jadi apa-apa, cikgu jugak yang kena jawab.

Masa kitorang semua nak ke Jalan TAR & Masjid India, Fifi kitorang tinggalkan kat rumah dengan abah dia.
Susah kalau bawak budak kecik ke tempat-tempat macam tu.
Nanti dia asik mengadu penat, sape yang nak dukung?

Hari tu kitorang semua just beli 2-3 pasang baju je.
Dan mummy hadiahkan aku telekung.
Thanks mummy!

Lama jugak la kitorang jalan-jalan area situ.
Dah penat sikit, baru masuk Sogo.
Sogo tu macam biase la.
Mesti ramai orang.

Daddy dan Kak Long suka sangat makan kat food court atas Sogo tuh.
So, kitorang lunch kat situ je.


Aku just order ABC.
Taknak makan makanan berat sebab mummy dah masak lauk untuk lunch.
Aku lagi prefer makan masakan mummy dari makan kat luar.


Mummy, aku dan Alia.
Ramai nau yang cakap muka Alia ni sama macam muka aku.
Yeke?
Aku tengok lain jeeee....


Ya ALLAH, tengkuk aku dah berlapis-lapis dah.
Alamakkk!


Grandma & granddaughter.
Dah remaja dahh anak sedara sulung aku nih.


Shazrin dan daddy.
Daddy tu memang takde menu lain kalau datang sogo nih.
Mesti makan yong tao fu.
Sedap katanya.
Aku tak pernah try lagi.



My daddy.
Dia suruh masukkan gambar ni dalam FB dia tapi nak masuk cemana...
Password FB pun tak ingat.
Hahaha...
Dah 2 akaun FB kot yang kitorang create untuk dia.
Tapi asik la tak ingat password.


Mummy dan Kak Long.
Kak Long plak kalau datang food court nih, mesti order tauhu bakar.
Hari tu aku try sekali.
Memang sedap. Patutlah dia dan Alia suka sangat.


Adik bongsu aku yang malu ya auww auww...
Malu bebenor la nak amik gambor.
Padahal buat selamba je dah.
Dah habis SPM nih. Tengah tunggu result.
Aku tak tahu plak ape plan dia lepas nih.
Hopefully dia dah ada plan dia sendiri.
Aku sebagai kakak just boleh monitor.

Bulan 2 nanti giliran aku pulak untuk balik kampung.
Rindu betul nak jejak kaki kat Kampung Losong tu.
Rindu nak jejak kaki dalam rumah tu, rindu nak baring atas lantai sejuk, rindu bau rumput, rindu bunyi kokokkan ayam, rindu pisang goreng, rindu seafood goreng tepung, rindu Pantai Batu Burok dan rindu semuanyalah!
Paling penting, aku rindu nak jumpa kawan-kawan kat sana. :)


4 comments:

Abil Fikri Ahmad said...

Wahh,,happy sakan dapat g shopping2..Anyway hope ur father's condition getting better..n boleh ingat password fb dia !

emi mohamad said...

haha..mmgla..sogo tmpt wajib..kalo kakda mari pon sama ah..

Diana Aziz said...

En. abil : alhamdulillah... sy n family selalu happy2. haha.. en.abil ni klakar la. apepun, terima kasih ye.. :)

Diana Aziz said...

emi : tu la psl... mmg stiap kli mummy mari, mmg wajib gi sogo. pdhal x beli ape pn dlm sogo tu. sj cuci mata...