Thursday, January 31, 2013

Semperit... perit rupanya...

Salam readers...

Semalam tetibe je rasa gatal tangan nak bake something.
Tapi aku tak tahu nak bake ape.
So, check internet.
Cari ape-ape yang simple nak buat.
Aku takmo la yang menyusahkan.

Then, aku jumpa resipi biskut semperit.
Tengok bahan-bahannya macam, "oh, semua bahan ada kat dapur nih."
Bahan-bahan yang senang dan yang paling penting tak amik masa lama untuk siap dan bakar.

So, kul 7 aku dah start duk dapur.
Siapkan barang-barang nak buat biskut.
Wahhh.... rasa macam nak raya pulak. Hiihihihi...

Bahan-bahan untuk 50 biji biskut :-


Setengah cawan tepung gandum
Setengah cawan tepung jagung
Setengah cawan tepung kastard
1 biji kuning telur
Setengah buku buttercup
1 sudu kecik esen vanilla (takde dalam gambar)
1/4 cawan gula aising (takde dalam gambar)
Biji warna-warni (untuk hiasan) -nak letak ceri pun boleh.

Ha, senang je kan bahan-bahan dia...

Ok, cara-cara nak buat pun senang jugak...

1) Pukul butter dan kuning telur hingga sebati.
2) Masukkan ketiga-tiga tepung sikit demi sikit.
3) Masukkan gula dan pukul lagi. Kemudian masukkan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
4) Sediakan dulang pembakar. Giliskan sedikit mentega di atas dulang pembakar supaya biskut tidak melekat selepas selesai dibakar nanti.
5) Masukkan doh ke dalam acuan semperit dan picit ke atas dulang. Hias biji warna-warni di atas doh.
6) Bakar dengan suhu 170 d.cls dalam masa 15 minit.
7) Siap. Tetapi tunggu hingga biskut sejuk dulu sebelum masukkan ke dalam balang kedap udara.

Senang je kan?
Dan resipi ini memang sedap.
Biskut memang melting dalam mulut.
Pegang kasar sikit je, berlerai biskut tu....
Cubalah ye...


Dalam ketuhar.
Baunya sedap sungguh.
Tak sabar nak ngappp!


Dah siap.
Eh, bentuknya leper sikit sebab aku tak reti nak picit acuan tu.
Seksa ohh nak picit doh tu.
Perit gila.
Sampai sakit-sakit ibu jari aku. Huhu...

Patut la harga kuih-kuih ni mahal.
Bukan mahal tang modal. Tapi mahal kat upah buat.
Dah tahu resipi ni, boleh la aku buat sendiri lepas ni.
Boleh buat kudap-kudap sambil tengok tv.
Aku ni suka mengunyah.
So memang haruss sangat la buat biskut ni sendiri.


Amacam? Menyelerakan tak?
Walaupun bentuk tak menjadi sangat tapi alhamdulillah, rasanya memang sedap.

**tetibe bercita-cita nak jadi tauke biskut raya.
Diana cookies.
Amacam? Hahahha....
Better dari cita-cita tubuhkan kelab malam. Iye dok?

No comments: