Tuesday, January 22, 2013

Setia hujung nyawa

Salam readers...

Malam-malam cenggini tetibe tangan gatal nak menaip pulak.
Sebenarnya nak menaip tanpa motif tapi teringat pulak mimpi semalam.

Korang layan tak drama "Setia Hujung Nyawa" slot Akasia TV3?
Citer ni mule-mule tak best tau.
Dah la banyak muka pelakon yang aku tak kenal.
Tapi lama-lama cam menarik pulak.

Korang mesti tahu watak Ikram dalam drama tu kan?
Semalam aku mimpikan dia laa...
Dalam mimpi tu dia tergila-gilakan aku.
Hahahah.... 

Dalam mimpi aku tuh, aku kapel dengan orang lain.
Mamat mane ntah.
Tapi putus sebab dia buat hal ape ntah.
Time aku frust tu si Ikram ni datang pujuk aku.
Macam-macam dia buat untuk bagi aku happy.
Mulut manis gila... macam-macam bahasa jiwang kuar dari mulut dia.
Pastu sweet pulak tu.. bagi aku coklat bagai.
Aku je yang taknak kat dia. Jual mahal la kengkonon.
Ewaahhh... kemain lagi kan. Macam cantik sangat......

Eh, kate mimpi.
Haruslah yang indah-indah kan? Hahaha...

Tetibe je dalam mimpi tu dia jadi laki aku.
Bila mase aku kawin pun tatau la.
Time tu dia still sweet.
Layan aku macam puteri.
Asik la dia duk tayang aku depan kawan-kawan dia.
Bangga la kononnye dapat bini cam aku neh.
Tapi aku cenggitu je la...
Still takmo kat dia. Poyo gile kan.

Sampai la 1 hari tu kitorang pergi wedding kawan dia.
Depan kawan-kawan dia buat perangai sweet.
Usap-usap kepala la, rangkul pinggang la...
Adoyaii... Indah sungguh ni.

Dan oleh sebab ke'sweet'an dia tu, aku terus jatuh cinta.
Dupdapdupdap jantung nih.
Last-last aku terjaga dari tido dan aku perasan aku tengah senyum...
Senyum tak agak-agak... senyum cover gigi.
Adoiiiii... sampai terbawak-bawak sampai ke luar mimpi.
Tak tahannnnn...

Tengok jam baru kul 4 lebih pagi.
Pastu sambung tido balik dengan harapan nak sambung mimpi tu semula.
Tapi yang hadoo laa...
Tido pun jadi tak lena.
Serius aku rasa macam dilamun cinta.
Hahaha....

Mimpi pun mimpi la....
Yang penting, kenangan indah dapat berlakikan orang ensem yang sweet...
Hahaha...

*Pang sedasss bior sedor sikit diri tuh!

No comments: