Friday, January 18, 2013

Stress


Salam readers...

Pagi ni aku ada training di tempat biasa, Taman Tasik Perdana.
Saat korang tengah duk baca entri ni, aku mungkin berada di tepi tasik bersenam-senaman bersama kengkawan.
Tajuk training kali ni ialah stress management.
So exercise is one of the way to reduce level of stress.
Jadinya entri kali ni adalah auto-publish.

Aku taip entri ni 17 Jan pukul 10.30 malam.
Actually tengah stress jugak ni sebab FZ emo tak tentu pasal.
Menyampah pun ada.
Siap tuduh aku ada lelaki lain lak...
Serius aku menyampah kalau bodoh-bodoh kena tuduh macam tu tanpa bukti.

Aku malas nak layan.
Lagi dilayan, lagi la dia mengada-ngada.
Kang aku pulak makin stress.
Gila la aku kalau asik macam ni!
Dah la aku stress dengan kije.
Ini nak tambah pulak dengan perangai dia.
Dia bukannya nak paham.

Pic by google #stressed person

Serius aku boleh jadi gila kalau duk hadap masalah setiap hari.
Bosan!

Tapi ada salah sorang team training aku tegur, dia tak nampak langsung aku stress.
Aku citer la kat dia how's my life dari dulu sampai sekarang. Dari hal cinta sampailah hal kerja.
Then, she was shocked that im still look happy.
Dia cakap kalau dia jadi aku, dia pun boleh jadi gila.

Aku senang je.
Aku jarang tunjuk kat orang apa perasaan aku yang sebenar.
Mungkin jugak aku ni jenis pandai kontrol riak wajah.
Macam sekarang ni aku stress dengan kije.
So, aku stress time kije je la.
Time kat rumah dah tak stress dah.
Kalau stress pon sebab aku duk fikir hal kije.
But aku selalu try untuk tak fikir pasal kije.
Aku tengok tv ke, buat-buat bizi ke, pergi masak megi ke...

Bila time training, aku lepaskan segala stress aku.
Sebab tu orang pelik sebab diorang nampak aku happy.
Gelak sana-sini macam takde masalah langsung.

Aku memang takkan tunjuk.
Aku berduka lara cemana pun, aku akan lepas sensorang sama ada nangis sorang-sorang kat bilik air ke, nangis sebelum tido ke...
Menangis adalah terapi untuk aku mengurangkan stress.
Seingat aku, hanya sekali je aku nangis depan kawan-kawan sebab stress dengan kije.
Sebab masa tu ada sesi luahan perasaan.
Bila luah tu, hati aku macam tak tertanggung.
Berderai jugak akhirnya air mata aku. Huhu...

pic by google #crying person

Dulu aku berpegang pada motto, "Take it all easy".
Tapi sekarang bukan semua benda aku boleh amik mudah.
Semua benda buat aku stress sekarang.
Penat tul fikir pasal masalah.

Listen! Listen! Listen!
Aku tahu la bukan aku je yang ada masalah.
Burung pun ada masalah.
Ikan jerung pun ada masalah.

Tapi gitu la...
Masalah aku ni taktau la bilanye nak settle.
Kepala aku 24/7 asik berdenyut je nih.
Nak hantuk-hantuk je kepala ni kat dinding.
Eh, ke aku ada migrain??

Tu la, bile stress ni macam-macam penyakit la yang datang.
Kije punya pasal kan!

Sekarang ni aku cuba elakkan dari melihat, mendengar atau ape je benda yang takde kaitan dengan aku yang boleh buat aku stress.
Aku taknak dah bebankan kepala otak aku dengan hal-hal yang takde kena mengena dengan aku.
Daripada aku yang terbeban, baik aku jangan masuk campur.
Lebih baik macam ni kan?






No comments: