Tuesday, February 12, 2013

Bila dah ada di kampung...

Salam readers...

Tengahari yang sejuk hari ni sebab dari pagi tadi hujan tak berhenti.
Syokk ohh bila duk rumah time hujan.
Boleh tergolek dokk atas kerusi dekat pintu sambil menikmati angin sejuk yang masuk ke dalam rumah.
Nikmat sungguh!

Bila dah ada kat kampung ni, kerja aku just makan tido makan tido... pastu kuar jenjalan.
Hehehe...
Nampak gayanya makin bambam la aku nanti.
Kan best boleh cuti sebulan tapi bergaji.
Boleh duk puas-puas kat kampung nih.

Semalam aku ada bagitahu aku dan family pergi ke felda sebab ada majlis sambut menantu.
Felda Mengkawang kalau tak silap.
Lebih sejam jugak la dari rumah aku.
Kat Terengganu ni, kalau perjalanan sejam lebih tu dikire jauh la sebab jalan tak jem.
Kalau kat KL tu sejam lebih kire dekat je sebab campur dengan jalan jem lagi..

Oleh sebab cuaca hujan, daddy ajak kitorang balik awal.
Otw balik ke rumah, kitorang sempat singgah di rumah tailor.
Aku nak ubah balik baju yang aku tempah.
Esok 2 helai baju aku siap.
Boleh pakai terus bawak pergi opis next week.

Dah sampai rumah, masing-masing baring.
Penat kott duk dalam kereta.
Sakit bontot okeh.
Dah petang sikit, barulah mummy suruh adik bongsu aku, Shazrin pergi beli pisang goreng.
Aku memang suka pisang goreng kat Ganu ni.
Sedapp...
Lembut, manis, lemak...
Tapi pisang goreng takde pulak.
Yang ada ubi keledek goreng dan tapai ubi kayu goreng je.
Sedapp jugak..


Ubi keledek goreng & tapai ubi kayu goreng.
Lembut, manis.... sedap tul.
Serius tak puas makan.

Malam pulak mummy malas nak masak.
So, aku masak makanan paling senang, spaghetti.
Barang-barang dah ada kat dapur tu.
Tinggal nak campak-campak dalam kuali je.


Tak sampai 30 minit, dah siap spaghetti bolognaise.
Tapi kuah cepat sangat habis.
Spaghetti pulak banyak sangat.
Malas aihh aku nak masak kuah banyak kali.
Nasib baik cukup.


Ni menu pagi tadi.
Pulut kelapa dan paung goreng.
Paung goreng ni favvy aku kalau balik kampung.
Tak puas makan.
Kalau kat luar Terengganu, paung goreng dipanggil kuih bom.
Tapi takde yang sedap pun.
Pulut kelapa tu sedap dimakan dengan ikan goreng panas-panas.
Uihhh....
Sat lagi nak makan lagi la.
Hehehe...

Nampak gayanya aku memang akan membesar dengan jayanya..
Balik KL nanti kompem nyesal.
Hahaha...

No comments: