Tuesday, February 26, 2013

Bila kecurangan berlaku di depan mata...

Salam readers...

Aku frust. Sangat laaa frust.
Teringat-ingat kot dalam kepala otak aku ni setiap detik apa yang berlaku antara diorang berdua.
Depan mata aku ok!
Cemana aku nak lupa?!

Masa tu memang berapi jugak la dalam hati.
Ikut hati aku ni nak je aku sekeh kepala perempuan tu.
Tapi aku diam.
Malas nak masuk campur.
Aku biarkan je.

Till now, aku terbayang muka perempuan tu.
Tak cantik. Muka pun penuh parut jerawat dan rambut kerinting serabai.
Tapi kelebihan dia, dia ada body menarik.
Memang boleh buat semua lelaki terliur.
Nak banding dengan body aku ni, memang bagai langit dengan bumi la.

Mungkin perempuan tu desperate, sunyi dan perlukan teman.
Sebab tu sanggup serahkan body pada lelaki tu.
Lelaki tu pun bukannya hensem sangat.
Tapi mulut manis ooo...
Memang boleh buat perempuan cair.
Yela, kalau mulut tak manis, cemana dia boleh kahwin dua kan?




Haha... mesti korang ingat FZ yang curang kan?
No laa!
Korang ingat kalau FZ curang depan aku, aku akan biarkan??
Silap-silap aku hempuk je diorang berdua.
Serius!

Ni kisah kawan sekerja FZ.
Aku pernah cerita pasal mamat ni dalam entri yang lepas-lepas.
Sebelum ni dah macam-macam perempuan dah yang dia angkut.
Kali ni perempuan lain pulak.

FZ cakap nampak gaya diorang cam serius.
Tapi tak tahu la kan...
Sebab mamat ni memang gile p*p*k.
Ooopppsss...... takleh sebut direct ye.

Macam yang aku bagitahu korang dulu, aku kenal dengan kedua-dua isteri lelaki tu.
Tapi aku paling kesian dengan isteri no.2.
Sebabnya isteri yang kedua ni dah la kawin tak bersanding.
Diorang kawin kat Siam.
Pastu dia terima lelaki ni pun sebab dia ingat lelaki ni bukan kaki perempuan.
Yela, mamat tu kalau cakap bab agama memang lebatt punya.
Hanya rakan sekerja je yang tahu perangai sebenar dia.

2 hari lepas aku singgah ke kolam jumpa FZ.
Time tu FZ tengah mengajar swimming class.
Dah habis kelas, FZ siap-siap sebab kitorang nak pergi beli barang kat Carrefour Bangsar South.
Time nak keluar tu, mamat 'itu' datang bersama-sama dengan wife no.2.
Aku tak sembang pun dengan wife dia sebab wife dia memang jenis dingin sikit dengan orang lain.
Setakat senyum-senyum gitu je la.

Then, aku dan FZ terus keluar pergi Carrefour.
Memula kitorang plan taknak singgah kolam dah lepas tu.
Ntah cemana pulak FZ tetibe nak makan makanan bergoreng kat kaki lima rumah aku pulak.
So, kitorang order la makanan dulu then singgah sekejap kat kolam.

Dari luar aku dah nampak mamat tu dengan sorang perempuan.
Serabun-rabun aku, aku still cam muka perempuan tu.
Amboi.... kemain ye duk rapat-rapat.
Mesra betul!

Bila dia perasan aku dan FZ datang, terus perempuan tu bangun.
Pastu berjalan ke hulu hilir macam orang takut.
Mamat tu pun bangun jugak dan terus masuk dalam ofis.

FZ dah jeling-jeling kat aku.
Aku senyum je la kann...
Tapi cam sakit mata pulak tengok diorang berpura-pura macam tu.

Mamat tu buat-buat cakap banyak dengan FZ tapi FZ tak layan sangat.
Aku diam je la.
Geram pun ada.

Yela, tadi ko dengan bini ko.
Bila bini ko dah balik, ko jumpa dengan skandal ko pulak.
Ko biar bini ko terkontang-kanting balik rumah sorang diri.
Ape penyakit ko nih?
Tak cukup-cukup lagi ke bini 2 orang??
Memang dasar kan...

FZ : Hari tu dia dah kantoi dah dengan E.

*E ialah wife kedua mamat itu.

Aku : Ooo.. yeke? Kantoi cane?
FZ : Hari tu E datang kolam. Pastu dia cari N. Cari punya cari, rupanya N duk kat hujung kolam tengah sembang dengan pompuan tu. E nampak je terus balik dan merajuk.

N ialah mamat itu.

Aku : N pujuk tak?
FZ : Pujuk laaa....
Aku : Padan muka.. Tahu pulak takut.  Tapi kenapa E tak serang je mase nampak tu?
FZ : Ntah.
Aku : Kalau sayang laaaa, sayang pergi je hempuk dua-dua ekor. Cari pasal sangat kan?
FZ : Yeke? Sayang pergi serang eh?
Aku : Eh, mestilah! Nak sangattt kan?

FZ senyum.

Eh, mesti la kot..
Benda dah jadi depan mata.
Takkan la biarkan?

Pernah dulu sorang student swim class duk sms FZ.
Kebetulan time tu aku ada dengan FZ.
Ape lagi, menyirap la!
Aku call je pompuan tu guna hp FZ.
Dia angkat!
Terus la aku jerit maki bagai.

Lepas tu kalau terserempak je dengan perempuan tu kat mana-mana, tahu pulak dia takut dengan aku.
Takdenye nak tengok muke aku ke ape.
Jalan mesti tunduk.
Yela, bukannya dia tak tahu FZ dah ada aku.
Lagi nak kacau hak orang kan?
Memang cari nahas la jawabnya!

Eh, terEmo pulak.
Huhuh...


No comments: