Monday, February 11, 2013

Cerita hari cuti dan dinner bersama Kak Long di Shah Alam

Salam readers...

Cuti-cuti nih ramai benor yang bercuti dari blog yea...
Masing-masing jadi malas nak update.
Aku pulak kebosanan takleh nak blogwalking.
Update laa uollss... huhu....

Eh, belum terlewat untuk aku ucapkan Gong Xi Fa Caii kepada kengkawan dan pembaca blog aku yang beragama Buddha.
Seronok yee dapat cuti lama.
Ang pau...ang pau... lai lai lai....
Heheh...

Dah duk lama kat kampung ni, tetibe terdetik pulak rasa rindu kat KL nun.
Rasa nak makan tako tao, durian crepe, nak jenjalan kat Mid Valley... huhu!

FZ pulak dah balik kampung dia kat Johor tu...
Sorang kat Timur, sorang kat Selatan.
Jauh tuu..
Rindu-rinduan jadi kenang-kenangan laaa... uhuk uhuk.

Lagi 7 hari barulah aku jumpa dia balik.
Hari kedua aku di kampung, dia call aku.

FZ : Sayam, balik la...
Aku : Ala, baru 2 hari kot sayam kat sini.
FZ : Rinduuuu...
Aku : Eleh, kalau dekat tak rindu pon! Dah jauh baru nak rindu!
FZ : Mana ada. Kalau dekat, rindu sikit je. Kalau jauh rinduu banyakkk...
Aku : Kalau cenggitu, baik duk jauh. Biar rindu banyakk...

Grrr...
Dia selalu camtu.
Selalu buat aku serba-salah balik kampung lelama.
Ah, bukan selalu pun aku balik kampung lama.
2 kali je setahun.
Relax arrr...

Sebut pasal rindu dan makan ni, tetibe teringat pulak 1 Feb baru-baru ni, Kak Long ada ajak aku pergi makan kat Shah Alam.
Memula dia datang jumpa aku sebab nak suruh aku tengok-tengokkan handphone dia.
Ntah ape masalah ntah.
Pastu dah alang-alang time dia datang tu dah dekat nak maghrib, so dia ajak aku dinner sekali.

Abg Zam plan nak makan burger bakar femes kat Seksyen 7 Shah Alam tuu..
Tapi cari punya cari tak jugak jumpa.
Last-last kitorang pergi ke Seksyen 2.


Aku order milo ais tabur.
Favvy aku.
Gelas besar lak tuu... puas hati dapat minum milo kaw-kaw.


Alia pulak order fresh orange.


Fifi, Kak Long dan Abang Zam.
Masing-masing lapo.
Nasib baik time tu awal lagi.
So, takde la ramai sangat orang kat kedai makan tu.


Aku order nasi goreng USA.
Senang sikit order macam ni.
Telur ada, daging pun ada.
Makanan kat sini ok-ok je la...
Boleh masuk la dengan tekak aku nih.


Aku dengan Alia.


Fifi si budak gedik, aku dan Alia.
Hehehe....

No comments: