Thursday, February 21, 2013

Dungun, tempat membesar dan bermain... rindunya...

Salam readers...

Kalau korang ingat, aku ada bagitahu daddy nak bawak aku jenjalan ke Dungun.
Hari Khamis last week aku ke sana.
Mummy, Alyssa dan Amisha join sekali.

Dah lama gila tak jejak kaki kat Dungun.
Jejak pun mase zaman kolej dulu.
Itupun sebab aku kapel dengan orang sana.
Tetibe teringat mase tu si dia hantar aku ke rumah member dia yang jugak member aku zaman kecik dulu.
Dia hantar aku kat situ sebab hari tu dia kerja.
Petang balik kerja, dia ajak aku jalan-jalan sekitar Dungun dan hantar aku balik.

Itu 7 tahun lepas. Kisah lama.
Mase tu Dungun tak banyak sangat berubah.
Baru-baru ni aku pergi, memang aku terkejut.
Serius banyak sangat yang berubah.

Taman tempat aku bermain dulu-dulu dah bertukar wajah.
Dah jadi tempat jogging.
Tanah lapang tempat budak-budak kampung main bola dulu dah jadi dataran.
Sungai yang memisahkan pekan Dungun dengan Seberang Pintasan dah ada jambatan.
Sekitar Pantai Teluk Lipat pun dah banyak kedai makan.
Dan yang paling mengharukan rumah yang pernah aku dan family tinggal sekarang ni dah terbiar.
Macam dah bertahun takde orang.
Pagar berkarat.
Depan rumah penuh lalang-lalang tinggi.
Sedih sangat....

Pokok jambu depan rumah yang dulunya aku dan adik-adik selalu panjat pun dah ditebang.
Pokok ape ntah namanye tapi buah dia kaler oren besar kacang peas tu pun dah takde.. Dah kena tebang.
Buah tu takleh dimakan.
Mase kecik dulu selalu petik buah tu pastu baling kat adik-adik.
Sakit ohhh...
Kadang-kadang kitorang main masak-masak guna buah tu.
Paling takleh blah kitorang amik batu pastu ketuk buah tu kat lantai simen dan dinding rumah.
Mummy bising terus sebab habis dinding dan lantai jadi kaler oren. hehehe...

Rumah tu sebenarnya kuarters kerajaan.
Rumah kecik je tapi kami selesa duk dalam rumah tu.
Mummy pandai susun atur perabot sampai perabot banyak pun tak nampak semak.
Ruang tamu pun luas.

Mase lalu kat depan rumah tu, sebak pun ada.
Rumah dulu yang bersih, siap ada pokok bunga, cantik... dah berubah jadi buruk.
Rumah tempat aku membesar dan main sembunyi-sembunyi dulu dah bertukar jadi berkarat dan kotor.

Ok...ok...
Stop citer pasal rumah tu.
Kang ada jugak yang nangis sambil menaip nanti kang...
Huhu...

Hari tu daddy bawak jugak jenjalan ke Pantai Teluk Lipat.
Pantai tempat dating zaman sekolah dulu.
Hahaha... merenyam sungguh!
Tecit tecit pon dah berpakwe eh.
Piat bontot tuh nanti...

Pantai ni memang dah teruk terhakis.
So, kerajaan tempatan dah bina benteng dan pagar kat sesetengah tempat.
Mase mula-mula berpindah dulu, aku kerap mimpi pantai ni dilanda tsunami.
Serius takut...

Dah alang-alang sampai ke sini, daddy bawak sampai ke hujung pantai.
Hujung pantai ni ada kampus UiTM cawangan Dungun.
Time aku pergi tu UiTM cuti kott...
Kalau tak, penuh la dengan bebudak student kat situ.


Gambar adalah gelap sebab aku snap guna tab.
Biase la kalau guna tab.
Mp kecik.


Mummy dan daddy kesayangan.
Ni pun terlebih saturn pulak... huhuh...
Malas dah nak edit.


Alyssa - mummy - Amisha


Mummy dan daddy lagi...
Kena amik gambar diorang ni banyak-banyak sebab aku takde banyak gambar diorang bersama.


Orang lain kemain pakai baju berkaler-kaler.
Aku sorang je yang asik pakai baju kaler hitam.
Maklum la hitam boleh buat aku nampak kurus sikit...
Sikit je laa ..... huhu...
Takleh terima diri ini dah gemokkk... wuuuuuuuuuu...!



Dulu, ada jambatan yang menghubungkan tasik ni dengan bukit kat belakang sana.
Tapi oleh sebab ramai sangat yang mati lemas dan maksiat yang berlaku kat sana, terus jambatan tu dirobohkan.
Tapi versi lain pulak aku dengar jambatan tu roboh sendiri sebab selalu kena air pasang dan kayu dah reput.
Wallahualam.
Tak tahu mana 1 yang betul.
Tapi pasal mati lemas tu memang aku selalu dengar pun..







Ini je la gambar yang ada.
Malas nak snap banyak-banyak sebab kejar mase.
Kitorang plan nak pergi pasar malam kat Dungun.

Memang banyak gile makanan dijual kat pasar malam tu.
Bundle pun banyak okeh.
Dulu aku memang layan jugak pakaian bundle.
Sekarang ni je dah tak berapa nak layan.
Jarang pegi la pasar malam sekarang.

Kat sane aku beli rojak ayam.
Beli pulak kat gerai kawan daddy.
Harus la buy 1 free 1. heheh...
Sedap ohhh.... dah lama tak makan rojak ayam. 
Melayu pulak tu yang masak.
Kat KL ni rojak asik yang mamak punye jeeee....
Bosan!

Lepas maghrib barulah kitorang balik semula ke KT.
Rojak ayam tak sempat snap sebab dah habis makan baru teringat nak amik gambar. 
Hehehe....

Apepun, seronok sangat dapat jenjalan kat tempat aku membesar dulu.
Teringat memori zaman kecik-kecik dulu. 


2 comments:

lady scooter said...

lama tak datang sini... bukit belakang tu org gelar teluk mayat dulu.. tak tau lah sekarang nih... tasik tu.. kalau time bah besar... kekadang tambak pecah. hasil musim bah... air tasik pon kering...he3

Diana Aziz said...

Lady scooter : tu la. dh lama sgt x dtg sini. rindu... ha'ah la... teluk mayat. kt situ ada gua. dulu ader la teringin nk msuk dlm gua tu tp tkt... hihi