Tuesday, February 19, 2013

Karenah

Salam readers...

Dah dekat seminggu rupanya blog ni tak berupdate.
Hehe...
Tak sedor.
Maklum lerrr kemalasan melanda.
Lagipun badan aku tak sihat sekarang ni.
Demam... dah 3hari dah.
Lemau je badan ni nak datang opis hari-hari... T_______T

Mc?
Nak cari nahas aku amik mc??
Maunya orang tua dalam opis ni bising nanti.
Dah la ari tu cuti panjang.
Ni ngengada pulak nak ber mc bagai.
Gitu la hidup sebagai secretary.
Sakit-sakit pun kena datang kije.. T_______T

Ni aku nak habaq maiii...
2-3 hari sebelum aku balik KL, housemate aku hantar whatsapp.
Kemain whatsapp sekarang. Dah takyah sms sms lagi dahhh.
Membazir bayor seposen.
Whatsapp free jeee.... hehe

Dia bagitahu aku makanan dia dalam peti ais tu hilang.
Makanan aku pun hilang jugak.
Memang kepantangan aku kalau ada orang amik makanan aku.
Kalau aku tawarkan, takpe.
Ini kalau dah amik senyap-senyap, itu namanya mencuri!

Bila ditanya, taknak mengaku pulak.
Naik hantu la aku dibuatnya.
Dah la tu peti ais aku.
Dah kire baik hati laa aku bagi semua orang guna peti ais tu.
Alih-alih barang aku pulak yang hilang.
Memang melampau la kannn....

Ok, habis pasal housemate.

Ni citer mase aku dalam bas on the way balik ke KL.
Aku beli seat double.
Aku dapat duduk kat tepi tingkap.
Depan aku sepasang kapel.
Single seat yang sebaris dengan aku ada student kot yang duduk.
Malam tu memang menyakitkan hati.
Si kapel yang duk depan aku nih tak habis-habis merenyam.
Ya ALLAH, dia punye merenyam tu lain macam.
Pastu kalau sembang tak agak-agak.
Suara kuat kemain.
Oh, aku la kapel hott dalam bas tu.
Serius menyampah.
Takleh duk diam pulak tu.
Kerusi bergerak-gerak.
Siap boleh main rebut-rebut tablet pulak kat situ.
Haih laaaa!

Yang budak student tu pulak satu hal.
Sepanjang 7 jam dalam bas tu, henset dia asik la berbunyi.
Tapi dia punya bunyi tu, 1 bas boleh dengar.
Aku yang tengah tido pun boleh tersentak bila dengar ringtone dia.
Ya ALLAH.... dia ni takleh pikir ke ringtone dia tu boleh ganggu orang lain jugak?
Mana otak dia nih?
Nak je aku sound suruh perlahankan volume.
Tapi kang nanti jadi lain hal pulak.
So biarkan la..... 7 jam laa aku dengar henset dia duk berbunyi sepanjang masa. T_____T

Karenah manusia kannn....

Yang jenis suka mencuri tu, 1 hal.
Yang jenis pentingkan diri pun ramai.
Entah la...
Kadang-kadang kita tak guna otak yang Tuhan dah beri untuk kita fikir.


No comments: