Sunday, February 10, 2013

Kerana perasaan teramat teruja dapat jejak kaki kat kampung

Salam readers...

Lupa nak publish entri ni.
Check punya check rupe-rupenye entri ni tersadai dalam draft.
Bravo sangat!

Entri asal :-

Aku baru bangun nih.
Uolss cane?
Tak balik kampung ke?
Aku ni cuti seminggu! Hoyehh..hoyeh.... *sambil buat goyang gerudi Inul.. hehe

Mujurlah mood bos aku baik approve cuti aku.
Wehh, bukan selalu kott aku cuti lama camni.
Cuti nak balik kampung pulak tu.

Ni nak kabo...
Aku just balik kampung 2 kali je setahun.
Raya Cina dan Raya Aidilfitri.
Kadang tu kalau aku balik lebih dari 2 kali, itu maknanye ada emergency.

Jauh ohhh KL-Ganu.
Lagipun aku ni balik naik bas.
Bukannya drive sendiri atau tumpang orang.
Bayangkan la semalam aku naik bas kul 10.30 malam, kul 5 pagi tadi baru sampai.
6jam setengah weehhh aku duk dalam bas tu tak bangun-bangun.
Dah naik kematu dah bontot aku nih.

Tabiat aku kalau naik bas, aku takkan turun kat tempat persinggahan.
Aku biase naik bas Sani Ekspress.
Bas ni biase akan berhenti kat Bandar Baru Chendor.
Berhenti lama pulak tu.
Walaupun time tu pundi kencing aku dah penuh, aku memang takkan turun pergi toilet.
Bukan sebab malu ke ape, tapi aku malas.
Lagipun aku tahu toilet kat tempat-tempat cenggitu bukannya bersih sangat.
Sorry la aku nak guna toilet kotor.
Geli wehhh....
Nak-nak toilet cangkung...
Euuuwwwww...!
Aku lagi rela tahan kencing sampai dah masuk rumah nanti. Huhu...

Kalau cuti sekejap-sekejap balik kampung ni tak best.
Paling-paling kena gak cuti seminggu.
Baru puas melepak kat kampung.
Kalau balik sekejap je, tak best.
Mabuk duk dalam bas pun tak hilang lagi tetibe dah kena balik KL semula.
Ohhh, tak sanggup.
Aku ni jenis mabuk sikit naik bas.
Biasenya sebelum naik bas aku pergi dulu ke klinik untuk amik ubat anti mabuk.
Bukannya ape... aku takut aku muntah. huhuhu....
Darat ulu betul la aku nih!

Dah sampai kampung je, heaven!
Seronok je perasaan bila ada kat kampung.
Suasana kampung dengan bandar lain tau.
Dapat rasa perbezaan dia.
Kampung ni rasa amannn je.
Tenang.
Malam-malam, sunyi je.
Sejuk.

Paling best bila balik kampung ialah makanan.
Aku dah takyah risau bab makanan.
Kompem ada dan tersedia atas meja.
Heaven!

Owh, petang ni aku nak pergi pasar malam Shah Bandar tu la...
Nak beli cucur udang terbaikk kat Ganu kiteee nih.
Harap-harap la ada.
Cucur udang tu aku selalu beli dulu-dulu.
Dari aku kecik lagi.
Dulu 5 bijik seringgit.
Tahun lepas aku beli 3 bijik seringgit.
Tahun ni tak tahu la berapa.
2 bijik seringgit pun aku sanggup beli sebab memang sedap.
Pastu aku nak beli kuih tokyo.
Best...best...best....

Aku dah bagitahu daddy aku teringin nak makan paung goreng (kuih bom).
Paung goreng Ganu memang best.
Favourite aku tuuu...
Ades.... terliur dah ni.
Padahal baru angan-angan je pun.
Hehehe...

Hah, malam ni kompem anak-anak sedara aku berebut nak tido dengan aku.
Tu je la kije diorang.
Sibuk nak menempel kat aku nih.
Nak tido sensorang pun tak boleh. Huhu...
Aku rindu kot nak tido atas katil empuk aku nih.
Dah berbulan dah tak ber honeymoon dengan katil nih.
Winduu...

Eh ok la...
Aku nak kuar bilik jap dan pergi mandi.
Bila dah balik kampung ni tak leh bangun tengahari.
Nanti mem besor membebel.
Tadah telinga je la wehh kalau dia membebel.

Cau cin cau! :)


1 comment:

Hanna Nabiella said...

best nye akak dapat balik kmpung..huhu, pape pun, have fun ^^
jemput bace entry baru hanna :D
http://www.farhanabiella.my/2013/02/lacks-confidence-thats-me.html