Wednesday, February 20, 2013

Kesukaan masa kecil

Salam readers...

Mase kecik-kecik dulu, parent aku jarang belikan jajan.
Dulu aku tak panggil jajan as jajan.
Tapi aku panggil cikedis.
Kalau singgah mana-mana kedai runcit, mesti terliur nak beli cikedis.
Dulu duit sekolah bukannya buat belanja time rehat.
Tapi belanja time balik sekolah beli cikedis kat gerai depan pagar sekolah tu.
Oh, memori sungguh.

Sekarang ni bile dah ada duit sendiri memang aku akan beli cikedis.
Tapi jarang-jarang la.
Cikedis favvy aku ialah super ring.
Memang sampai sekarang aku suke.
FZ pun geleng kepala je bila tengok aku syok sangat makan super ring sampaikan jari pun boleh tukar jadi kaler oren. Hehe...

Back to the memory, walaupun parent aku tak bagi makan cikedis, tapi diorang allow aku makan ais krim.
Ala, bukan ais krim connetto tu.
Tapi ais krim seposen sebatang tu.
Ada ais krim milo, ais krim sirap bandung, ais krim asam, ais krim oren....
Uihhh... suke benor aku makan ais krim tu.
Kalau beli je mesti 2-3 batang sorang.

Balik kampung baru-baru ni aku tetibe teringin nak makan ais krim tu.
Kalau kat KL, aku tak tahu kat mana ada.
Mungkin kedai runcit biase ada kott...
Tapi tak tahu la kannn....

Ari tu aku tanya Kak Ejam.

Aku : Teringin pulak nak makan ais krim milo.
Kak Ejam : Ari tu kitorang dah makan....
Aku : Yeke? Kat ne ada jual?
Kak Ejam : Tuuu... kat gerai pisang goreng celah lorong rumah kita tuuu....

Terus la aku suruh Shazrin pergi beli.
Tapi kedai pulak tutup.
Maklum la time tu raya cina.
Tauke kedai pisang goreng pun nak cuti gak....

Sampai la hari terakhir aku kat kampung.
Barulah gerai tu bukak.
Aku pesan kat Shazrin suruh beli RM2.
Yela, takkan aku nak makan sensorang.
Kena laaa beli banyak sebab adik-adik dan anak sedara pun nak makan jugak..

Tapi yang ada cuma 5 batang je.
Dah la flavor yang ada pun just sirap bandung dan oren je...


Sekarang dah 20sen sebatang.
Tapi puas hati dapat makan.
Aku makan flavor sirap bandung.

Seronok betul dapat makan makanan zaman kecik-kecik dulu kan?
Sedappp.....

No comments: