Tuesday, February 12, 2013

Kite nak melalut malam ni boleyy?

Salam readers...

Malam ni ai is bosan.
Tak tau nak buat ape.
Sekarang ni baru pukul 11.45malam tapi sume orang dah tido.
Huhu!

Aku sensorang je duk meniarap atas lantai kat ruang tamu ni duk layan FB.
Nak masuk bilik pon tak boleh lagi sebab baru je sembur ridsect tadi.
So, kena tunggu lagi 5-10minit, barulah boleh masuk bilik.

Rumah dah sunyi sepi.
Kadang-kadang je sayup-sayup dengar bunyi motor lalu-lalang kat luar tuh.
Hoho... kalau malam jumaat nih, kompem aku terus je masuk bilik nih.
Takut uollsss...

Aku dah ngantuk sebenarnya.
Tapi takleh tido laa...
Sakit perut.
Bukan sakit perut sebab nak uu'ukkk tuu...
Tapi sakit perut sebab angin.
Dah puas aku buat-buat sendawa.. tetap tak hilang gak angin dalam badan nih.
Siap terasa sampai kat tumit lak tuu...
Kang best kalau ada yang boleh urutkan tumit kaki aku nih.

Eh, siang tadi aku pergi kenduri sambut menantu.
Hujan lebat kemain...
Aiyarkk... potong stim betul la!
Baru nak posing-posing kat kampung orang.
Kampung felda pulak tu.
Aku ni mana pernah masuk felda.
Jakun kejap bila tengok rumah-rumah kat situ.
Bersih je. Dengan tanah berbukit nyee....
Nampak tenang je.
Kompem 1 kampung tu kenal sesame sendiri kan?
Tapi kat situ tanah merah. Jalan je yang di tar.
Wowowo... habis kasut aku tenggelam dalam lecak tuh.
Balik tadi takdan aku nak cuci kasut aku, mummy dah amik tolong cucikan.
Tenkiu mummy!

Tapi kannn... aku suke la masuk felda.
Cam cantik je kawasan dia.
Aku ni kan suke kawasan tenang-tenang, bukit-bakau, hijau-hijauan... *bukan hijau PAS yeee...
Macam nak duk kat situ pulak.
Bangun awal pagi, pergi beli sarapan kat gerai sebelah rumah.
Pastu time nak masak tengahari, pergi beli barang-barang dapur kat kedai runcit depan rumah.
Petang-petang kuar jenjalan gosip-gosip dengan jiran tetangga.
Tak rushing... takde pencemaran.
Oh, amannye dunia kalau duk felda!
Hahaha, berangan pulak.
Kalau bab berangan ni serah kat aku je laaa...

Esok tatau ape plan.
Tatau nak gi mana.
Duk rumah je la kot...
Tapi aku ade mintak daddy bawak aku jenjalan kat Dungun.
Dungun tu tempat aku membesar dari aku kecik sampai la aku tingkatan 2.
Banyak sangat memori aku kat situ.
Tapi dengar cerita dah banyak dah yang berubah.
Banyak rumah yang dah dirobohkan.
Mesti sayu bila aku tengok nanti.
Pastu aku teringin nak jenjalan kat Pantai Teluk Lipat.
Dengar khabar jugak pantai tu dah banyak terhakis.
Beberapa tahun lepas kerap jugak la aku mimpi pantai tu diserang tsunami.
Takut ohh!

Daddy cakap mungkin hari Khamis ni kitorang pergi Dungun.
Lagipun hari Khamis tu ada pasar malam kat sana.
Mesti best.
Aku pun dah lama sangat tak jejak kaki kat pasar malam sana.

Eh, bila dah sunyi camni, dengar daddy berdengkur pun buat aku seram laa...
Ok la... baik aku choww dulu.
Lagipun dah pukul 12 tengah malam ni.
Ok, babai uollsss!

No comments: