Wednesday, February 27, 2013

Kursus lagi

Salam readers...

Mood aku pagi ni adalah HAPPY.
Bukan sebab Happy Chinese new year yea!
Tapi sebab hari ni aku berkursus lagi di Royal Lake Club.
2 hari lak tu.

Aku happy bukannya sebab ape.
Tapi sebab dapat melarikan diri sekejap dari ke'stress' an di ofis tu.
Sebenarnya takde la stress macam dulu-dulu.
Cuma tu la.. kerja kan...
Kerja mana yang tak stress?
Nak-nak kerja cam aku nih.
Kerja menurut perintah. Tukang angguk-angguk je.
Orang suruh A, aku buat A.
Orang suruh B, aku buat B.
Bila aku buat A,B,C,D nanti dikatakan memandai-mandai.
Tapi bila perangai lurus ikut perintah dan tak buat kerja beyond of their expectation, nanti dikatakan aku ni takde ability untuk buat kerja.

Entah la.
Secretary kann...
Ape-ape hal pon, aku jugak yang 'bodoh'.
Ape-ape hal, aku jugak yang salah.
Apa-apa hal, aku jugak yang tak betul.
Ye ye kan aje la.
Yang penting aku tahu ape yang aku buat.

Kadang-kadang bosan kot jadi punching bag orang.
Orang suke suki je 'tumbuk' sepak terajang.
Nak melawan tak boleh.
Pendamkan aje la.
Nak buat cane kan...
Aku ni admin cabuk je!

Sekarang ni aku dah bersiap-siap untuk ke training.
Tunggu Kak Fara datang amik aku kat sini.
Tak sabar nak jumpa secretaries awesome batch 2! :)


No comments: