Tuesday, February 19, 2013

Makanan Ganu kiteee...

Salam readers...

Korang dah dinner ke belum?
Aku ni belum dinner lagi.
Nak makan lewat sikit sebab lepas makan nanti aku nak telan ubat dan terus tido.
Badan aku tak berapa sihat lagi ni.
Pagi tadi ingatkan takmo mc.
Last-last aku tak tahan sangat, terus turun pegi klinik.
Dan-dan doktor bagi mc sebab suhu badan aku tinggi plus aku ada batuk dan selsema.
Serius aku tak larat.

Dah sms boss tapi dia macam tak suke je aku mc.
Nak buat cemana... bukan aku yang mintak sakit macam ni.
Aku ni pulak jenis antibodi tak kuat.

Ni pun aku melepekk je atas katil.
Tak larat sangat.
Tu ada kueh teow kungfubeli petang tadi.
Tapi sampai sekarang tak makan lagi.

Sebut pasal makan, teringat masa balik kampung hari tu aku ada beli cucur udang kat pasar malam Shahbandar.
Kemain teringin nak makan cucur udang tu.
Memang dari kecik aku beli cucur udang kat situ.
Mase kecik-kecik dulu beli seringgit pun dapat 5 bijik.
Sekarang ni sebijik pun dah 50 posen.
Tapi aku beli jugak sebab memang sedap.
Resipi dia dari dulu sampai sekarang tak berubah langsung.
Ari tu aku beli RM5.



Pic : google.

Lebih kurang cenggini la rupa cucur udang tu.
Bentuk dia macam senduk besar tu.
Separa bulat cantik je.
Kat luar rangup. Dalam gebu je.
Udang pulak besar. Kalau udang kecik, dia akan letak 2 ekor.
Lupa nak snap gambar cucur udang tu sebab pelahap sangat.

Tetibe teringin nak makan lagi.

Lepas pergi pasar malam, Iwan ajak singgah pantai Batu Burok pulak.
Katanya nak makan ais krim goreng.
Terus terliur.


Aku yang tembam....


Iwan


Shazrin.


Inilah ais krim goreng.
RM3 sepinggan.
Belah kiri tu ais krim vanilla.
Belah kanan tu aiskrim goreng.
Memang sedap!


Alang-alang dah singgah gerai makan, kompem la amik makanan goreng tepung.
Tapi kat sini takde sotong goreng tepung pulak..
Kempunan aku.
Tapi takpelah. Dapat udang goreng tepung pun dah kire ok.
Secucuk tu ada 3 ekor udang = RM2.
Bagi aku mahal sikit la sebab udang tu kecik.
Ingat nak pergi kat Pantai Pandak Chendering sebab kat situ ada gerai jual seafood goreng tepung.
Fresh pulak tu.
Tapi takdan pulak pegi.

Inshaa ALLAH ada umur panjang balik kampung nanti nak singgah makan kat sana.
Tapi makanan di Terengganu memang sedap-sedap... Kan?


No comments: