Thursday, February 21, 2013

Selamat pengantin baru kazen, Huda & Safari

Salam readers...

Sehari sebelum raya Cina, kazen aku Huda selamat menjadi isteri orang.
Alhamdulillah.
Selamat dah anak beranak Tik Siah.
Semua anak-anak dia dah selamat mendirikan rumah tangga masing-masing.

Aku datang awal sebab akad nikah dilangsungkan di masjid berdekatan dengan rumah pengantin.


Aku memang suka pergi majlis akad nikah orang.
Majlis akad nikah sendiri pun belum tentu lagi bila...

Dengan 2 kali lafaz, Huda dan Safari selamat menjadi suami isteri.


Time ni aku dah sampai rumah pengantin selepas majlis akad nikah kat masjid.

Korang layan gambar je la ye....
Tak reti aku nak letak caption banyak-banyak.




Bapa pengantin perempuan.




Ibu pengantin perempuan menepung tawar pengantin.


Pengantin bersama-sama dengan ibu bapa pengantin lelaki.


Antara sedara-mara aku yang hadir.


Mummy pun tak terkecuali menepung tawar pengantin.




Orang lain dah makan dulu.
Aku pulak terpakse jadi minah sanggup tukang pegang tab orang.
Aduhaii...





Gambar aku adalah sikit sebab aku balik awal.
Cuaca panas terik dan badan aku berlengas gila.
Memang tak selesa sangat-sangat.
So, aku suruh Shahril hantar aku balik rumah.
Misha pulak nak ikut.

So, tinggallah aku dengan Misha kat rumah berdua.

2 hari lepas tu, majlis sambut menantu pulak berlangsung di kampung sebelah pengantin lelaki.
Kampung Felda Mengkawang.
First time masuk felda dan aku adalah jakun.
Felda tu bersih dan rumah teratur.
Plan nak amik gambar banyak-banyak kat kampung orang tapi hujan lebat pulak.
So, sekeping gambar pun takde.
Memang ralat jugak la...

Tapi takpela.
Itu namanya takde rezeki.

Gambar-gambar lain sila view dalam facebook aku ye...

Apepun, selamat pengantin baru Huda dan Safari dan selamat menjalani hidup sebagai suami isteri.
Semoga rumah tangga kekal selamanya. In shaa Allah..


2 comments:

Reena Kamarudin said...

awak dah slim!!!!!!!

Diana Aziz said...

slim eh? mane ada.... turun skilo je pn ari tu. hehe...