Wednesday, February 13, 2013

Shila Amzah vs Nd Lala vs Sharnaaz

Salam readers...

Lately kite dikejutkan dengan berita yang tak berapa nak penting bagi negara iaitu perpisahan pasangan kekasih bajet hot, Shila Amzah dan Sharnaaz.
Oh emm gee, benda macam ni pun boleh jadi berita hot.
Tak paham aku.

Oleh sebab semua orang duk bergosip-gosip tingkap, maka aku pun nak join sekali la.
Aku kan kaki penyibuk. Hehehe...

1st of all, aku nak buat pengakuan yang aku memang tak minat langsung diorang berdua ni.
Aku kenal Shila Amzah ni pun lepas dia masuk One In a Million.
Itupun kenal gitu-gitu je.
Tau la dia tu anak Nd Lala.
Pastu sejak dia kapel dengan Sharnaaz tu, barulah aku follow kisah percintaan diorang.

Itupun aku rasa cam diorang poyo sikit la.
Yela, diorang kan public figure.
Takyah la nak tunjuk sangat yang korang tu kapel.
Kalau korang orang biasa/kebanyakan, takpelah jugak.
Ini, pergi sana sini mesti berkepit.
Pastu duk jaja cinta hati...cinta hati...
Pastu Shila Amzah pakai tudung tu, still bersalaman dengan Sharnaaz depan orang ramai.
Dah terang-terang bukan muhrim.
Nak tunjuk sayangg sangat ler tuh!
Orang terkenal cam korang nih, haruslah jaga tatasusila.
Takut nanti jadi ikutan budak-budak yang mudah terpengaruh.
Kalau tak terkenal tu, takde la pulak orang bercakap.

Bab aku takleh blah bila Sharnaaz panggil Shila dengan nama 'Sakai'.
Oh emm geee.... mulut takde insurans tau!
Suke hati je panggil anak orang sakai.
Mulut puaka tul!
Tau la jeles. Pandai-pandai la control.
Dah nama girlfriend ko tu retissss... inilah bayaran yang ko kena bayar untuk bergirlfriend kan retis...


Mungkin selama ni Nd Lala diamkan aje ape yang berlaku dalam hubungan percintaan anak dia dengan Sharnaaz.
Tapi bapak mana yang boleh tahan bila anak asik kena ikut telunjuk boyfriend aje.
Si bapak akhirnya bersuara.
Yang si Sharnaaz ni pulak sibuk duk balas kenyataan bakal bapak mertua.

Adoyaiiii... bodoh ke ape?
Dah ko nak kawin dengan si anak, haruslah berkahwin sekali dengan family dia.
Kena pandai jaga hati family dia.
Benda basic camni pun takkan la ko tak tahu Sharnaaz oiii??

Aku menyampah betul bila baca kenyataan Sharnaaz dalam surat khabar hiburan, Pancaindera Ahad baru-baru ni.
Katanya,

"Kita ni bukannya duduk di zaman 70an atau sebelumnya yang masih lagi ibu bapa nak tentukan keputusan untuk anak. Kalau nak fikir macam tu, pergilah duduk di zaman tu".

Amboiiiii......
Suka hati je kannn. Cakap macam takde otak.
Tak kisah la zaman 70an ke.... 90an ke... even 1000an ke.... Ibu bapa TETAP ADA HAK untuk buat keputusan untuk anak selagi anak tu masih di bawah jagaan dia.

Pastu dia cakap lagi,

"Saya tak suruh Shila derhaka pada ibu bapa dia. Saya mahu dia belajar berani buat keputusan sendiri. Sampai bila dia nak hidup macam tu? Nak kahwin pun ibu bapa nak sekat".

Come on la Sharnaaz.
Ko memang tak suruh direct.
Tapi indirectly ko suruh Shila tu membelakangkan family dia untuk ko.
Itupun diibaratkan seperti menderhaka jugak.

Ape punya pemikiran laa ko nih, Sharnaaz.
Ko ni makin mengeruhkan lagi keadaan.


Muke boleh tahan.
Tapi mulut...... kemain!
Eeeeiiii... geram tau haku dengan ko ni, Sharnaaz.
Suke suki je kuarkan statement.
Fikir dulu sebelum bercakap.
Biar jernihkan keadaan yang keruh.
Bukannya lagi mengeruhkan keadaan yang memang sedia keruh..

Buang la sifat panas baran ko tu.
Takde gunanya pun panas baran ko tu.
Lagi orang tak respect kat ko ader laa..

Sepatutnya kalau ko dah sayangkan Shila dan berniat nak jadikan dia isteri, ko kena berubah.
Kalau ko berubah pun, ko jugak yang dapat faedahnya.
Bukannya orang lain.
Ini tak... asik guna media nak hentam orang.
Tak habis-habis dengan ego dan panas baran ko tuh.


Yang si Shila ni pun satu!
Memula aku simpati la jugak kat dia nih.
Tapi lama-lama cam meluat pulak.
Orang lain pun putus cinta gak. Tapi takde la sampai upload dalam youtube bagai.

Ohh emm geee... memalukan okeh!
Nampak sangat dia nih attention seeker.
Tak tau la dia ni nak cari attention dari sape.

Aku faham la cemana perasaan bila putus cinta nih.
Memang pedih sangat-sangat dan takleh terima kenyataan.
Tapi agak-agak la sampai nak lari sampai ke Kemaman.
Ketenangan ape yang ko cari, Shila?
Ko nak tenang sangat, awat tak lari ke Mekah je?
Buat umrah teruss...
Kompem-kompem ko tenang kat sana.

Haihhh laaa...
Childish sangat!

Ko ni cantik, berbakat.. ade potensi untuk meningkat naik dan mungkin boleh duk setaraf dengan Dato' Siti Nurhaliza.
Kalau sorang boifren hilang, ramai lagi jejaka kat luar sana yang sanggup jadi boifren ko.
Ko pilih je mana satu yang ko berkenan.
Tak rugi haihhh ko hilang Sharnaaz yang panas baran tu.
Ko pun lagi berjaya dari dia...

Lain laa kalau dia jutawan terkaya didunia sampai ko boleh melalak meroyan 40 hari 40 malam kalau dia tinggalkan ko.
Ini...... dia berlakon pun suam-suam kuku.
Duit ko dah ada seribu, dia baru ada seratus.
Gitu la perumpamaan ko dengan Sharnaaz.

Dah la dia tu tak hormat ayah ko.
Lelaki camtu ko nak jadikan suami??
Come on okeh!
Ada otak tu fikir la sikit. Jangan ikut kata hati je!

Ke dia nih cinta pertama ko sampai ko menangis melalak macam mati laki nih hah?
Masa aku putus cinta dengan cinta pertama aku dulu pun, aku menangis gak.
Pastu cepat-cepat aku cari pengganti supaya aku dapat melupakan cinta pertama tuh.
Orang huduh cam aku ni pun cepat je dapat pengganti, inikan pulak orang terkenal cam ko, Shila.
Petik jari sekali, 10 lelaki yang datang tau!
Ape laa yang ko risaukan sangat??

Ko ni dah macam lupa jasa ayah ko.
Dulu ayah ko la yang susah payah naikkan nama ko.
Bila ayah ko protect ko, ko bising.
Bila giliran boifren psiko ko tu protect ko, kongkong ko, ko tak bising lak??

Haihhh....
Yela, cinta itu buta kannn...
Family kongkong, rimasss..
Boifren kongkong tanda sayang.
Kalau boifren tak kongkong rasa cam tak disayangi pulak.
Iye dok?


Aku faham perasaan ND Lala.
Ayah mana yang nak bermenantukan lelaki panas baran?
Bapak bodoh je yang lepaskan anak perempuan dia ke tangan orang yang panas baran.

Kalau sekarang Sharnaaz boleh cakap macam-macam tentang ND Lala, tak mustahil bila Shila dah jadi isteri Sharnaaz, Shila tak dibenarkan berjumpa denga family dia sendiri.
So, untuk elakkan benda-benda camni berlaku, baik la ditegah dulu.

Dulu, daddy marah kalau aku kapel dengan sembarangan orang.
Dia akan tapis dulu mana-mana lelaki yang berkawan dengan aku.
Now aku faham niat daddy.
Dia protect aku untuk kebaikan aku jugak.

Macam tu jugak dengan ND Lala...
Dia pun nak protect anak dia gak.
Tak salah kalau ND Lala menghalang hubungan cinta Shila dan Sharnaaz.
Dia halang bukan halang sesaje.
Mesti bersebab.

Orang panas baran ni bukannya boleh dijangka.
Bila amarahnya datang, tangan pun boleh hinggap ke pipi.
Kaki pun boleh hinggap ke perut orang lain.
ND Lala takmo la anak dia jadi macam tu.
Dah la mulut Sharnaaz tu laser tak bertempat.
Kurang ajar lak tu.
Sape yang nak bermenantukan orang camtu?
Dah macam menantu hantu pulak.

Kenyataan terbaru Sharnaazyang aku baca dari blog hiburan,

"Saya memilih untuk melupakan segala-galanya. Keputusan ini saya buat kerana saya rasa saya semakin hilang hormat pada bapanya, ND Lala".

Hah, elok la tuh.
Move on je la.
Bagi peluang kat Shila untuk cari lelaki yang lebih sesuai dengan dia.

Tapi kannn....
I just wondering, bila masanye si Sharnaaz ni hormat pada ND Lala?
Aku tengok takde pun.
Selama ni ND Lala kott yang hormatkan dia.
Selama ni Sharnaaz je yang kuarkan macam-macam kenyataan tapi ND Lala diamkan aje.
Tapi bila ND Lala bukak suara sekali, terus Sharnaaz ni melalak macam anjing.
Huhu...

Udah-udah la ye..
Tutup la buku lama. Bukak buku baru.
Sharnaaz, pi la cari perempuan yang panas baran jugak.
Mungkin dengan cara tu, ego ko tu akan turun sikit.
Yela, macam aku belajar matematik zaman sekolah dulu.... :-

negatif - negatif = positif

Kan??
Ke aku salah?

Eh, kisah Shila Sharnaaz ni kalau buat drama haruslah meletopp kott..
Kalah telenovela Legacy kat tv3 tuh.
Hahahah...

Shila, pi cari lelaki lain yang boleh bimbing ko ye.
Bukan lelaki yang duk panggil ko sakai!


Semalam daddy aku cakap,

"Shila tu gatal nak berlaki betul!!"


Daddy, nana tak gatal tau... sebab tu umur camni pun nana tak kawin lagi.
Huhuhu......

Moral of the story : Biar beradab bukan biadap!!

3 comments:

NanieZara said...

kan....mula2 ok laha ku tgk diorg ni sweet2 jer suka snagt..tp bila mkin lama mkin menyampah plak terlalu show off depan audience esp masa mlm anugerah ke..ckp i luv u abg depan ramai2 org...eee memalukan betul atlast apa pon takdak....pigi dahhhh....

Mr & Mrs Sallehudin said...

hmm.. harap2 si Sharnaz or Shila Amzah baca luahan hati awak ni.. :)

Mimy Hamid said...

sokong apa nana cakap semua betul....kalau sharnaaz diam tak bg statement sure boleh berunding