Wednesday, July 10, 2013

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan

Salam readers...

Gigih ni aku update di awal pagi.
Kalu ikutkan lagi beberapa minit akan azan subuh.
Maknanya akan start tahan diri dari makan dan minum dan jaga segala mata, mulut, telinga dan perbuatan.
Jangan buat onar di bulan puasa ya!

So, now dah start untuk fikir menu untuk berbuka nanti.
Balik kerja petang ni nak masak laaa....
Fikir nak masak lauk ape.
Simple simple je sudahh.
Takyah membazir.
Bukannye tak makan sebulan. Kannn...

Tapi aku bersyukur sangat sebab masih diberi nafas dan umur yang panjang untuk menjengah ke bulan Ramadhan tahun ni.
Tak ada apa yang dibimbangkan melainkan gastrik aku ni.
Aku just boleh doakan supaya perut aku tak meragam sepanjang berpuasa.
Sakitt ohhh kalau kena gastrik.
Aku takmo la disebabkan gastrik sampai aku takleh berpuasa.
Kalau ikut hati aku ni, nakkk sangat puasa penuh sebulan.
Taknak tinggal-tinggal puasa.
Tapi nak buat cemana kann... pompuan.
Jarang pompuan boleh puasa penuh.

Apepun, marilah sama-sama kita gunakan bulan Ramadhan ni untuk mendekatkan diri dengan ALLAH S.W.T.
Aku cadang untuk banyakkan baca Al-Quran. Kalau boleh nak khatam Quran tapi tak tahu la kann...
Harapnya impian aku tercapai. InshaALLAH...


Salam Ramadhan al-mubarak kepada semua readers, stalkers, haters dan sesiapa je yang baca atau follow blog ni.
Maafkan aku andai aku ada menyinggung perasaan korang sama ada dengan sengaja atau tak melalui percakapan atau perbuatan atau penulisan..
Aku ni manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan.

Selamat menjalani ibadah puasa.


1 comment:

Mimy Hamid said...

selamat berpuasa nana...mimi dah kantoi dah 1st puasa ni huhuhu tak best rasa sbb tak feel ramadhan