Monday, July 15, 2013

Dapat call dari 016-2627654, sila abaikan!

Salam readers...

Sejak minggu lepas aku dapat misscall dari 016- 262 7654.
Aku ingatkan orang nak belajar swim ke ape..
Tapi aku takde la call balik.

Pagi tadi aku dapat call lagi dari nombor yang sama.
Cepat-cepat la aku jawab.

Ni perbualan aku dengan caller itu.
Aku namakan caller itu as C.

Aku : Hello.
C : Hello... Ini Cik Nuradiana ke?
Aku : Ya. Ni siapa?
C : Saya dari SERVICE CARD CENTRE. Kami liaise dengan semua bank di seluruh Malaysia menawarkan penghantaran kad diskaun kepada semua pemegang kad di seluruh Malaysia.

(Masa ni aku dah tahu dah caller ni adalah penipu. Kad diskaun apa jadahnye...)

Aku : Ok. Then?
C : Boleh saya tahu cik pemegang card bank mana?
Aku : Ermmmm.... CIMB. (sebenarnya aku takde credit card pun. saje nak melayan)
C : CIMB sahaja ke? Atau ada card lain?
Aku : CIMB sahaja....
C : Sebelum itu, saya nak buat pengesahan dulu... I/C cik ialah 851113-**-****. Betul?

Aku terkejut... Cemana dia tahu I/C aku nih?

Aku : Hmmm....
C : Ok, boleh saya tahu bila tarikh luput card cik?
Aku : Bulan 10/2017 (aku reka je nih...)
C : Ok, bagus. Boleh cik bacakan nombor hadapan kad cik?
Aku : *Diam*
C : Cik?
Aku : Jap...jap.... ko ni dari company mana?
C : Saya dari Service Card Centre. Kami liaise dengan semua bank bla..bla...bla...bla... (Dia ulang balik skrip asal tadi...)
Aku : Ok, as I know, saya tak boleh share benda-benda tu kat orang lain! Ni untuk tujuan apa ni??
C : Kalau cik tak boleh share, tak mengapa. Terima kasih.

________________________________________________________

Agak-agak kalau dia call makcik-makcik kampung ke ape, kompem dah kena tipu nih.
Dan-dan la nak tawarkan kad diskaun.
Tak payah nak diskaun sangat lah! Nak diskaun, tunggu je time sale.

Bulan Ramadhan macam ni pun masih ada yang buat taikk!
Aku dengar cam suara melayu je.
Ishh... bila diingat balik, nyesal pulak aku tak maki hamun kaw-kaw tadi.
Maki hamun pun takpe sebab aku tak puasa. hehe..

Geram aku dengan orang-orang macam ni.
Manusia gini memang tak layak hidup kat muka bumi.
Hidup menyusahkan orang.
Ingat nak hidup senang dengan cara mudah je!

Tapi yang buat aku terkejut bila dia tahu nombor I/C aku.
Betul semua lak tu...
Aku rasa la orang-orang macam ni ada 'orang dalam' kat dalam bank sendiri.
Yela, siap tahu nama penuh dan I/C.
Kalau bagi je nombor depan kad tu, senang-senang je dia boleh transfer kan duit kita ke akaun dia atau dia gunakan nombor kad credit kita untuk macam-macam tujuan lain.
Serius gerammm!!

So, korang hati-hatilah bila dapat call dari orang-orang macam ni.
Segala-mala info tentang bank atau apa-apa yang berkaitan dengan duit, jangan dilayan.
Kalau korang dapat call dari diorang, maki hamun je terus.
Orang-orang macam ni layak kena maki je.



2 comments:

Mimy Hamid said...

hati hati org bank sekarang byk kaki penipu

Diana Aziz said...

mmg, mimy! mesti ada org bank yang jual i/c kite pd penyangak! melampau btol diorg nih!