Tuesday, July 23, 2013

Gaduh manja ke?

Salam readers...

Dalam perhubungan suami/isteri, pasangan kekasih, atau persahabatan, mesti ada pasang surut.
Mesti ada waktu yang happy, waktu sedih, waktu bergaduh, waktu merajuk...
Standard la kan...
Takkan la bahagia je selalu, ye dak?

Korang tengok dalam blog aku ni macam-macam yang aku citer tentang hubungan aku dengan FZ.
Suke, duke, kecurangan, kebahagiaan.... semuanya laa...
Sebab aku jadikan blog aku ni as a diary... yang menyimpan semua cerita harian aku.
Mungkin time aku tua-tua nanti anak cucu aku baca blog ni dan tahu macam mana kehidupan mak/nenek diorang.
Kompem anak cucu aku nanti kutuk aku kaw-kaw punye. heheh...

Aku selalu bergaduh dengan FZ.
Dalam seminggu, mesti 2-3 hari gaduh.
Ishh... kitorang kalau gaduh takdenya nak gaduh manja.
Gaduh kasar ader la...
Dah takdenye terkeluar sayang abang segala...
Asal gaduh je, cakap ko aku...
Gile, bangang, bodoh semua keluar. Lantak la kann...
Ko geram, aku pun lagi la geram...
Giteww...

Memang dasat gile ah kalau kitorang gaduh.
Kalau korang tengok pun, memang gerun punye.
Kalau dalam phone tu, tengking-tengking adalah normal.
Ye, normal.
Kalau agak-agak dengar aku tinggi suara tu, mesti ada benda yang tak kena.
Kadang-kadang kalau marah sangat, aku buat bodoh.
Senyap je... biar FZ membebel sensorang.
Dalam hati, "ader aku kesah...??"
Ha, gitu laa kalau aku dengan FZ gaduh.

Cam 3 hari lepas kitorang gaduh.
Aku amik langkah untuk off kan hp 1 hari.
Padan muke!
Dia sms, aku tak balas. Dia call, aku tak jawab.
Biar dia rasa.
Tu je cara halus untuk tunjuk yang aku marah.
Kadang-kadang aku malas nak bunyi suara dah.
Diam tu cara terbaik.
Lama-lama mesti ok punye.

So far, walaupun kitorang gaduh teruk macam tu, tak pernah FZ naikkan tangan dia kat aku.
Means pukul-pukul, tendang, sepak...
TAK PERNAH!
Semarah mana pun dia, dia tak pernah acah nak pukul aku.
Once dia naik tangan kat aku, mungkin aku takkan maafkan dia sampai bila-bila.
Mungkin aku akan bencikan dia sampai aku mati.
Tengok muka dia pun aku taknak.

Bagi aku lelaki yang suka naikkan tangan kat perempuan adalah lelaki dayus.
Kau dah tahu perempuan tu tak kuat, kau boleh la nak pukul-pukul sesuka hati!
Kalau perempuan cuba melawan pun, tak setanding dengan kudrat lelaki yang kau ada!

Aku sebenarnya bencikan lelaki yang suka pukul perempuan.
Bagi aku, lelaki macam ni tak layak dijadikan suami, ayah atau abang kepada sesiapa.
Seorang lelaki yang normal akan dapat mengawal emosinya dengan baik.
Lelaki yang waras memang takkan sekali-kali menyakiti perempuan sebab dia tahu perempuan adalah makhluk ALLAH yang lembut dan perlu dibelai; bukannya disakiti secara kasar atau halus.

Tangan lelaki kan kasar.
Kalau dia tepuk pipi kita pun, dah macam kena pelempang dah.
Ini kan pulak kalau dia memang betul-betul lempang kita.
Sakit ohhh... Tak terbayang aku.
Kejam gile ahh kalau lelaki pukul perempuan nih!

Kadang-kadang baca dalam paper, ade je kes girlfriend kena pukul dengan boyfriend, isteri kena pukul dengan suami.
Kata sayang,,, kata cinta.... tapi kenapa kena pukul-pukul?
Pukul-pukul tanda sayang ke??

Paling takleh blah, bila dah puas hati pukul, datang mintak maaf. Merayu-rayu agar dimaafkan.
My goshh... ko ingat perempuan ni macam punching bag ke?
Time kau marah, kau boleh pukul-pukul sesuka hati??
Lepas tu kau buat kenyataan, "maafkan abang. memang abang macam ni kalau abang marah..."
Perghhh... baik punye ayat.
Meh sini aku lempang kau patploh kali... tengok kau rasa sakit ke tak..

Please la lelaki....
Jangan sesuka hati nak pukul-pukul perempuan.
Perempuan pun manusia jugak.
Korang tepuk sikit pun dah boleh buat lebam, inikan pulak pukul kuat-kuat.
Faham la... perempuan kan insan lemah..
Kudrat tak sekuat lelaki.
So, lelaki jangan la nak tunjuk hebat sangat dengan kekuatan yang ada.
Jap lagi kau sakit ke ape, siapa yang nak jaga makan minum kau?
Perempuan jugakk...


3 comments:

Mimy Hamid said...

kitaorg ni suami isteri kalau gaduh pun giler...mulut lancang memasing..tp naik tangan mmg takde la...adoii byk nya dosa derhaka hehe..tapi dah bersalaman sebelum tido

Diana Aziz said...

mimy : wahh bagus2 salam sblm tido.. x ramai yg praktikkan bnda tu..

Emynz said...


aku rase time couple kalo gaduh kasar tu memang standard kot. hahaha..

kalo yang jenis naik tangan tu memang taleh blah ah kan.