Wednesday, July 17, 2013

Juadah berbuka puasa

 Salam readers...
Salam Ramadhan!

Sekejap je dah masuk hari ke-8 kita berpuasa.
Aku pulak baru hari kedua berpuasa sebab terkantoi puasa hari pertama tuh.
Jenuh la nak ganti puasa nanti... huhu...

Aku selalu blogwalking...
Amboi korang korang...... seronok ye update pasal menu memasing.
Bermacam-macam menu ada.
Ada yang masak sendiri.... ada yang beli kat bazar.
Semua nampak sedap.

First day puasa, aku beli kat bazar je.
Nak masak, tak tahu pulak nak masak apa.
Jalan kat bazar sensorang, nampak gerai jual nasi minyak.
So, beli.
Tak sedap sangat pon. Tapi telan je la kan.
Ate perut lapar.

Semalam terasa malas pulak nak pergi bazar.
Berhimpit dengan ramai orang kann... very the tak suka!
Balik rumah terus terjah dapur.
Kuarkan udang, ikan kering, ayamas spicy dengan telur.
Hmmm.... tetibe dapat idea nak buat sambal udang.
So, masak.

Housemate aku, Qilah tetibe balik kerja terus tolong aku kat dapur.
Co-chef katenya. Haha...
Dia suggest tambah kentang dalam sambal tu.
Aku ok je... Tak kisah mana-mana pun.
Pastu goreng ikan kering, buat telur dadar, goreng ayamas spicy.
Qilah pulak tolong buatkan sirap bandung.
Sedap okehhh sirap bandung yang dia buat!
Perghhhh.. tetibe rasa haus pulak. huhu...

Dan siap!


Menu berbuka aku semalam. Makan dengan nasik panas-panas.
Nikmatnye!

Ada yang tanya dalam FB, ni menu untuk makan sensorang ke?
Tak ada la...
Aku masak banyak untuk semua orang merasa.
Cukup la makan macam ni untuk berbuka.
Ni pun dah buat aku kenyang gila dah.
Aku taknak la membazir beli makanan banyak-banyak tapi last-last tak habis.
Tak ke tambah dosa tu? Betul tak?

Time sahur tadi pun aku makan menu yang sama.
Aku just panaskan sambal dengan nasik je.

Cerita lain, mengenai ex-housemate yang aku pernah halau dulu.
Korang ingat lagi tak? Alaa... housemate aku yang ada anak 2 orang tu....
Yang aku halau sebab anak-anak dia nakal sangat tuuu.....

Semalam aku sembang-sembang dengan opismate aku.
Tetibe opismate aku kata dia nak try search rumah sewa baru.
So, aku suggest untuk dia duk je kat area rumah aku tu.
Sebab area tu selamat sikit sebab orang ramai.
Rumah yang dia duduk sekarang ni macam kurang selesa sikit laa...

Then, aku suggest dia search dalam mudah.my.
Banyak gile bilik kosong dan rumah sewa kosong yang diiklankan kat dalam tu.
Then aku bagi lagi dia option lain...
Aku suruh dia search dalam ibilik.com.
Aku bukak la laman web ibilik tu depan opismate aku nih.

Aku skrol ke bawah sebab nak tunjuk banyak bilik kosong yang diiklankan.
Murah-murah pulak tu sewa bulanan.
Time aku skrol tu, ternampak 1 iklan bertajuk "Beware!! Aini, hawa, zara n aishah di vista angkasa"

Aku tengok je iklan tu, aku teringat kat ex-housemate yang aku halau tuh.
Terus aku klik sebab nak baca detail.


Siap letak nombor phone tuu....
Then, aku cepat-cepat check handset sebab nak tengok nombor phone tu sama tak dengan nombor phone Ain (ex-housemate).
Sekaliiii sama laaaa.....!!!

Memang selepas dia dihalau keluar, dia berpindah ke blok 5 which is sebelah blok aku je.
Yang aku tahu rumah yang dia duduk tu rumah kosong.
Masa dia pindah tu, dia dah dapat seorang new housemate yang akan stay dengan dia nanti.
Aku syak new housemate dia yang iklankan amaran kat atas ni.

Ya ALLAH..... kire betullah tindakan aku menghalau dia keluar dari rumah yang aku duduk sekarang.
Memang awal-awal dulu dia dah buat masalah dengan aku dan Kak Siti sebab taknak bayar duit deposit rumah.
Katanya tak tahu nak cekau duit kat mana...
Padahal budak-budak sebilik dia dah bagi duit RM1300 dah kat dia...
Eh, takpe.. citer lama. Citer ulang-ulang pun tak guna, kan?
Tapi tu la.. tak sangka ada orang siap publish macam ni dalam internet.
Marah benor orang ni kat Ain tuh.

Tu la... hidup ni jangan buat jahat kat orang.
Nanti orang benci.
Manusia ni nampak je baik,... senyap....lembut... tapi rupa-rupanya kalau dah mengamuk, macam-macam cara yang dia buat.
Nauzubillah...!



3 comments:

Emynz said...


banyak betol nama samaran dia gune

nurul aini said...

subhanallah,. awak sy rasa sy dah jadi mangsa dia,. :(

Saya dah deposit rm300 kat dia, dan saya baru nampak iklan ni tadi,.

saya tak puas hati saya google segala keyword.. then i found your entry..

boleh pm saya kat FB tak, saya nak balik duit saya.. saya nak carik perempuan ni..

ni link fb saya
https://www.facebook.com/aini9198

Liyana said...

isk teruknya ada jenis manusia mcm nih...haishhh keje nak menipu jerk!