Tuesday, July 16, 2013

Karok di E-box

Salam readers...

Entri adalah kesinambungan dari entri INI.
Gila lambat update.

Lepas pergi wedding, dah kenyang semua, terus FZ bawak aku pergi ke Endah Parade.
Ingat nak karok kat situ.
Time tu lupa ada perlawanan bola Kelantan vs Johor kat Bukit Jalil.
Jalan jem gile masa otw ke Endah Parade tu.
Tapi kitorang redah jugak.

Masa sampai dalam Endah Parade tu, ramai kemain penyokong-penyokong bola dari kedua-dua negeri.
Masing-masing jalan poyo jek....
Aku tengok macam, "hek eleh......"
Setakat badan kurus cekeding, ada hati nak jalan tangan berkepak.
Serius menyampah.

Terus naik tangga ke tingkat 5.
Endah Parade ni pun satu.
Tangga naik tak gerak.
Tangga turun je yang elok. Ntah apa-apa ntah.

Tapi aku memang suka karok kat E-box ni.
Dah la murah, selesa... sound best, lagu-lagu pun banyak yang up to date.
Kalau weekend, aku pergi dengan FZ just RM30.20 untuk 3 jam sekali dengan 1 menu makanan dan 1 jenis minuman untuk setiap orang.
Kire ok la tu kann...
Kata nak karok... bukannya nak makan pon.
Staff kat sini pun ramah je.


Makin lama makin berisi pulak aku tengok dia nih.
Kata nak start exercise kat gym, sampai ke sudah tak pergi-pergi.


Kalau aku ni memang dah sah-sah dah gemuk...
Nak tak nak. dia kena terima jugak. hehe...


Inilah staff peramah itu...
Nama May ke ape ntah. Lupe dah...
Kalau datang sini mesti aku mintak bilik yang best-best dan jauh dari orang.
Bukan ape, kekadang bising dengar orang bilik sebelah karok.
Selang 1 bilik pun jadik laa...
Macam hari tu, ntah sape ntah yang nyanyi terjerit-jerit sampai dengar kat luar.
Aku dan FZ gelak-gelak je sebab suara orang tu ....... erkkk... pitam!

2 comments:

Mimy Hamid said...

teringin nak gi sini la murah dan best..lagu up to date tak

Diana Aziz said...

lagu up to date jgk la... byk jugak lagu br.