Tuesday, July 9, 2013

Kegemaran... kesukaan... tabiat.. dan yang seangkatan dengannya

Salam readers...

Setiap orang ada tabiat dan kesukaan dia sendiri kann...
Yang baik, yang buruk..
Takde orang pun sempurna.
Yang bajet-bajet sempurna sangat tuh, aku nak tanya 1 benda la...
Ko kentut wangi ke busuk?
Mesti busuk kann...
So, kite ni sama je.... kentut semua busuk.
Takde pun kentut wangi. Maknanye ko tu pun tak perfect.

Eh, termelalut pasal kentut pulak dah!

Ok, back to story.

Aku tahu korang taknak tahu pun.
Tapi aku tetap nak citer gak.

Korang tahu tak aku ni suke sangat gigit kuku?
Dari kecik sampai sekarang tabiat ni masih melekat dalam diri aku.
Aku akan gigit kuku bila aku bosan, bila aku takde idea, bila aku takut, bila aku duk termenung...
Sebab tu kuku aku gile tak cantik.
Pendek-pendek pulak tu...
Ha, aku tahu dah kompem pasni korang akan pi belek gambar-gambar aku kan?
Pi la belek..
Korang akan tengok kuku aku sipi-sipi je.
Sebab kebiasaannya kalau aku bergambar, aku akan pastikan kuku aku nampak tak nampak jekk..
Hahahaha...

Aku minat gile filem hindustan.
Dari kecik sampai sekarang minat kepada filem hindustan tak hilang.
Zaman sekolah dulu selalu je kengkawan suruh aku nyanyi lagu hindustan.
Ya, aku boleh hafal lagu-lagu hindustan.
Sebut je lagu ape...
Dari zaman SRK muda-muda dulu sampai tua la ni.... dari zaman Anil Kapoor femes-femes dulu sampai la ni...
Dari Arjun Rampal dan John Abraham tak jadi pelakon lagi sampai dah jadi pelakon, semua lagu aku hafal.
Eh, korang jangan pulak sindir-sindir "daripada nyanyi hindustan baik laa pegi mengaji..."
Kang ada jugak yang kena pelempang karang!
Mengaji tu mengaji la..
Aku pernah khatam Quran okeh.
Ape ingat aku ni jahil sangat ke?

Aku emo.
Ya, aku cepat emo. Tapi cepat jugak sejuk.
Kalau aku emo, korang jangan pulak emo sekali.
Jap lagi bertambah-tambah emo aku.
Kalu ikut turutan adik beradik, aku ni dikire api.
So, kalau api lawan dengan api, memang membara-bara la...
Acu api lawan dengan air, kompem la sejuk nyaman je...

Aku suka minum ais.
Tabiat ni adalah tabiat yang paling buruk yang aku ada.
Aku takleh minum air suam atau panas.
Nanti bertambah dahaga aku dibuatnya.
Aku kena jugak minum ais.
Takde ais, memang aku ibarat duk kat padang pasir.
Sebab tu la aku beli peti ais.
Senang aku nak bekukan air kat bahagian sejuk beku tu.
Bila dah agak-agak air tu dah mula berais, barulah aku minum.
Nikmatnya seolah-olah tak makan seminggu pun takpe. Gitewww...

Tapiiiiii.... aku tak suka langsung minum soft drink.
Air buah pun aku kurengg minum.
Buah-buah terpilih je yang aku minum contohnya laici dan mangga.
Time raya aku paling tak suka kalau orang hidang soft drink.
Mule la aku taknak makan kuih raya diorang.
So, kalau nak jimat silalah hidang soft drink kat aku ye.

Menyanyi adalah kesukaan aku. Hobi aku.
Kalau masuk pusat karok, kalau dah pegang mic tu rasa cam tak nak lepas.
Taknak bagi kat orang.
Tapi mujur la aku ni ada sifat consideration.
Fikir sikit kat orang lain jugak.
Selalunya kat opis aku akan humming.
Kadang-kadang time gosok baju kat rumah.
Tak kire la humming lagu apepun.
Tapi biasenye lagu hindustan. Tak pun lagu Melayu.
Korang kenal tak vokalis kumpulan Visa?
Kumpulan yang femes tahun 80-90an dulu.
Vokalis dia tu nama Sham. Lupa dah nama penuh.
Dia tu 2 pupu aku.
Ayah dia sepupu dengan daddy.
Atuk aku sebelah daddy dulu memang selalu menyanyi kat majlis kahwin kampung.
Daddy pun kadang-kadang ikut menyanyi sekali.
Ayah Long aku pun pernah jadi pelakon dalam filem ape ntah. Filem dulu-dulu. Zaman hitam putih.
Kirenye keturunan aku sebelah daddy ni keturunan anak seni jugak la.

Aku suka sangat berangan-angan sebelum tido.
Masa kecik-kecik dulu mesti berangan-angan jadi penyanyi top la.... pelakon popular la...
Berangan mesti yang best-best je.
Takde pun angan-angan yang tak best.
Bila dah besar ni dah start angan-angan kawin dengan retis la ape la..
Psiko gile..
Tapi kan lately aku selalu mimpi pelakon Hairul yang sekarang ni digosipkan dengan Hanis Zalikha tu.
Gile tul... Padahal aku takde la minat dia sangat pun.
Tak pernah fikir pasal dia pun.
Tapi selalu laaa duk termimpi-mimpi... apakah??

Aku minat jenama GUESS.
Aku rasa kawan-kawan terdekat aku memang tahu kot aku memang minat Guess.
So far aku beli handbag dan purse je dengan Guess.
Jam Guess aku ada 3 buah.
Tiga-tiga hadiah dari orang. Aku tak pernah beli sendiri pun.
Handbang pun dah ada terlalu banyak. Hadiah dari orang dan ada jugak yang beli sendiri.
Ingat nak jual murah-murah je kat sesape yang berminat mana-mana handbag yang aku tak pakai.
Tapi bile fikir balik cam sayang la pulak.
Beli mahal-mahal 3-4 ratus, by the time nak jual pun puluh-puluh je....
So, cancel jual.
Simpan je.. manalah tahu masa akan datang nak pakai.. kan?

Aku suka sangat berjemur bawah kipas selepas mandi.
Nyaman jek rasa...
Berkemban sambil landing atas katil dibawah kipas selaju tahap 3... fuhhh.....
Tenang jiwa raga.
Tabiat aku dari sekolah dulu sampai sekarang tak berubah-ubah.

Aku sangat mudah menangis.
Kat luar mungkin aku nampak macam kuat, kasar, hati kental...
Tapi dalam hati... tak sape yang tahu woooo....
Aku ni hati tisu.
Tengok citer Kabhi Kushi Kabhi gham saploh kali pun, saploh kali la aku nangis.
Syahdu beb!
Orang buat jahat kat aku pun, aku relax je...
Tapi by the time aku duk sorang-sorang dalam bilik, mulalah aku tekap muka dengan bantal pastu nangis puas-puas.
Sanggup ye korang lukakan hat perempuan tisu cam aku nih!

Aku sangat suka makan masakan pedas walaupun aku tahu aku ada gastrik dan patut elakkan makanan pedas.
Tapi kalau tak pedas, tak best pulak...
Kalau makan tu, makin mulut aku tetibe keluarkan bunyi "shhhhhh..." makin banyak la aku makan.
Gatal kannn......
Tapi sekarang ni aku dah kurang sikit makan pedas.
Pedas sikit-sikit tu dah kire ok.

Jangan paksa aku buat sesuatu sebab nanti aku akan memberontak.
Ya, aku kuat memberontak.
Kalau nak mintak tolong, mintak elok-elok.
Contoh : "Diana, boleh tak tolong saya belikan roti? Saya tak sempat turun. Banyak kerja..."
Kalau kau mintak tolong tapi paksa-paksa aku buat, memang kena la dengan aku.
Contoh : "Diana, tolong belikan roti untuk saya. Now!"
Aku dah banyak kali kena dengan ke-lam ya nun nga dalam opis aku nih.
Tapi biasanya aku buat alasan dan berdalih.
Dan lagi satu aku tak suka orang suruh aku buat something yang aku tak suka.
Contohnya, aku tak suka buat kerja untuk kau.
Tapi ko suruh buat jugak.... suruh buat something personal ko pulak tu...
Memang aku akan hangin la!

Aku suka jalan-jalan di waktu malam instead of waktu siang.
Sebabnya malam sejuk sikit.
Pastu ada lampu-lampu cantik.
Jalan pulak tak berapa jem sangat.
Kalau siang, dah la panas... jem pulak tu.
Tapi nak buat cemana kan... FZ tak berapa suka jalan malam-malam.
Kalau nak kuar sensorang malam-malam, kompem la dia tak kasi. grrrr.....

Aku lagi suka baking instead of masak masakan harian.
Tak tahu la kenapa.
Kadang-kadang kalau takde kije kat opis, aku akan search google resipi kek, biskut, desserts.
Sebab kalau baking ni kita boleh deko-deko.
Letak ising kaler-kaler, tabur chips kaler-kaler.... kan best tu...

Aku suka sangat tengok perempuan bergaya.
Fashion macam-macam. Tapi janganlah macam Didie Alias tu.
Tu memang fashion mintak pelempang namanya..
Aku suka tengok pompuan pakai cantik-cantik.
Yela, aku nak pakai pun tak boleh sebab body aku tak cantik.
Sekarang ni aku suka tengok pompuan pakai peplum.
Peplum kan sesuai pakai dengan apa-apa je. Skirt pun boleh, seluar pun boleh...
Pastu color block.
 Tudung pink, baju kuning, seluar pink, kasut biru... wahhhh...
Tapi aku anti hijabista yang pakai color block macam badut sarkis.
Berkaler-kaler sampai ingatkan pelangi bergerak.
Tu bukan hijabista tapi fashion disaster!

Banyak lagi sebenarnya tabiat atau kegemaran aku.
Tapi biasa la...
Tetibe je idea hilang camtu je. Sebelum menaip idea kemain lagi mencurah-curah.
Bila dah menaip, mesti terfikir-fikir balik ape idea yang banyak sangat td tuh.
Sebijik sama masalah aku dengan Emynz...
Huhuhu.....


4 comments:

Reena Kamarudin said...

hahaha. best la entri ni. bila lah boleh lepak same dengan awak. pastu kita sama, tetiba je blank tak tau nak taip apa dah. tu kengkadang entri takde penutup camharam. hahaha

Diana Aziz said...

kannn... tgh duk syok taip tetibe blank. tu la, xtahu la bile memasing free... tgk la bln posee nti cemana ye...

Emynz said...


kaaaan hahahah.....apekes ntah. huh

Mimy Hamid said...

tabiat ckp motip ppp hahaha ada kot