Tuesday, July 30, 2013

Pencarian kasut dan kepenatan yang teramat, huh

Salam readers...

Pernah tak korang rasa penat melampau sampai satu tahap korang rasa nak baring je atas katil?
Even nak makan pun kalau boleh nak makan atas katil?

Itu la yang aku rasa sekarang.
Penat-sepenat-penatnya....

Conversation antara aku dan bos pada minggu lepas :-

Bos : Na, esok dah hari Jumaat eh?
Aku : Yela bos... Kenapa?
Bos : Eh, rasa cam sekejap je minggu ni.
Aku : Sekejap?? Saya ni dah rasa hazab nak tunggu weken, bos.

Bos gelak-gelak.

Hoihh... aku memang selalu menghitung hari tunggu weken.
Bukan untuk rehat. Tapi buat kerja-kerja rumah.
Cuci pakaian, kemas bilik, kemas dapur, kemas ruang tamu, mop 1 rumah, amik duster sapu-sapu buang habuk dan debu...
Dah cuci pakaian, sidai pulak.... bila pakaian dah kering, lipat pulak susun elok-elok dalam almari.
Perghhh.... penat.
Itupun kalau takde baby Alya.
Kalau dia ada, lagi la penat.
Sekejap-sekejap nak berak...
Kotor sikit je ajak aku mandi. Adoyaiii...
Lepas mandi, sibuk pilih sendiri nak pakai baju ape..
Taknak pakai dah baju buruk-buruk...
Duk rumah pun sibuk nak pakai gaun.
Ape jadahnye duk rumah pakai gaun kann... Grrrr...!!

Ni dah dekat nak raya ni sibuk pulak nak shopping.
Nasib baik aku dah siap tempah awal-awal baju kurung 5 pasang.
Hehehe... baju raya iolss 5 pasang okeh tahun nih.
Raya setahun sekali je kann...
Ape salahnya  aku melaram sikit...

Last weken, FZ bawak aku pergi Mid Valley untuk beli kasut.
Time tu baby Alya pun ada sekali.
Tahu je la kann bile shopping ada budak kecik.
Tak tenang uollsss....
Mana nak cari kasut, mana nak layan karenah dia.
Dah la hari tu dia nakal gile kes tak cukup tido.
Budak-budak kalau tak cukup tido mesti buat perangai semacam.
Banyak kali kena marah siap melalak-lalak.
Hoihh... menduga kesabaran betul!

Sebesar-sebesar MV, sebanyak-banyak kedai kasut dalam MV tu, satu kasut pun aku tak berkenan.
FZ ada la suggest aku kasut itu ini.
Tapi taste dia tu taste orang tua.
Ader ke patut dia suruh aku pakai sandal pesen orang tua.



Kasut-kasut macam ni baik pergi kat Esarli je.
RM29.90 pun dah boleh dapat dah...
*pic: google.

Kalu boleh aku nak la cari kasut yang tak tinggi sangat dan tak rendah sangat.
Tumit at least 1 inci setengah pun dah ok.
Kalau takde sangat, dapat wedges pun dah cukup dah..

Nak yang rendah camni je...
Tapi sekarang ni dah tak banyak kasut rendah macam ni.
Sekarang banyak kasut tumit tinggi...
Rosak la kaki aku pakai kasut tinggi-tinggi....


Kasut dah lawa dah tapi tinggi melampau pulak...
Nak lawa punya pasal, sanggup pakai kasut setinggi ni..
Jap lagi tulang kaki rosak, baru tahu erti penyesalan...

Pergi ke The Gardens.
Punnnn sameee... tak jumpa kasut yang berkenan.

FZ pulak nak cari baju Polo.
Pun takde design yang menarik.
Yang harga RM229 pun tak menarik jugak.
Tak puas hati, FZ bawak aku pergi ke KL Festival.
Kat sana ada butik Polo dan Parkson.
So boleh tengok kot-kot ada yang menarik kat sana.
Tapiiiii... hampa...
Tak tahu ape ke malang sangat nasib kitorang hari tu.

Ahad, kitorang pergi balik ke MV.
Kali ni without baby Alya.
Senang sikit nak shopping...
Jalan jauh sikit pun tak apa.

Masuk butik Lewre.
Dah 2 tahun berturut-turut aku pakai kasut dari jenama ni.
Memang taste aku la sebab ada bling-bling sikit-sikit plus rendah.
Tapi tahun ni takde pulak yang aku berkenan.
Semua kasut pesen tinggi-tinggi.

Aku ada jugak usha guess...
Korang yang baca blog aku ni tahu la aku ni memang peminat jenama Guess...
Tapi sama jugak macam Lewre..
Banyak kasut tinggi..

Last-last masuk Vincci.
Akhirnya ada jugak kasut yang aku berkenan...
Tapiiiii... takde saiz.
Waaaaaa.....!!!!

Jalan-jalan lagi..... masuk kedai kasut Nose.
Dan akhirnya pencarian berakhir.
Jumpa jugak kasut yang aku suke.
At last!!
FZ tu sampai tarik nafas lega kot...
Dia kata, perempuan ni kalau bab cari kasut memang payah.

Of course la kannn....
Harus la pilih yang elok-elok..
Kalau boleh aku nak pakai kasut tu dari raya tahun ni sampai raya tahun depan. Haha...

Bajet-bajet nak berbuka kat The Manhattan Fish Market.
Tapi frust lagiiii... Fully booked!
Nak nangesssssss..... T__________T

FZ pujuk ajak makan kat kedai yang biasa kitorang pergi.
Yusof Tomyam.
Kitorang makan siakap tiga rasa, tomyam seafood, telur dadar dan udang goreng tepung.
Makan dengan nasi putih.
Memang kenyang habis.
Hilang dah segala frust yang dialami. *sambil sedut hingus dalam hidung.. :)

Balik rumah, bukannya boleh rehat....
Sambung lagi buat kerja rumah.
Lipat pakaian, sapu bilik, gosok baju untuk kerja...
Penat..penat....

Dah tiba waktu rehat, terus aku terbongkang tido tak sedar diri....
Perghhh..... memang rasa macam tak cukup rehat.
Dari semalam sampai ke hari ni, aku masih lagi rasa tak cukup rehat.

Semalam aku datang kerja dengan harapan kerja tak banyak...
Tapi awal-awal pagi je aku dah dapat kerja..
Berlambak-lambak pulak tu.
Siap kena turun naik lif lagi kena amik dan hantar dokumen...
Perghhhh... lemau rasa badan ni tak tahu la nak cakap cemana.
Lembik dah!

Hari ni pun sama.
Still rasa penat. Badan pulak dah start rasa cam nak demam.
Kalau demam sekarang pun aku tak kisah lagi..
Jangan pulak demam time raya nanti.
Kang takde semangat nak beraya kat rumah sedara-mara.

Bajet nak tido je.
Tapi kerja banyak ni....
Mata ni macam mintak kepala lentuk ke meja je...



Eceh... bajet tido ayu macam ni je kann....


Padahal tidonye macam ni....
Opismate nampak buat malu je.. hahaha....

Gitu la kisah aku...
Pencarian kasut yang akhirnya happy ending tapi badan penat-penat sampai sekarang pun tak hilang..
Malam ni nak masak pulak untuk berbuka.
Pastu kuar dating lagi dengan FZ tersayang.
Pastu barulah boleh rehat.
Fuhhh...
Ada sesape yang willing nak tolong aku tak?
Tolong je... tak mau bayar apa-apa.. hehehe...

4 comments:

Bitt (double IS) said...

sian u...gigih baca sampai habis ni u..hehehe salam kenal ;)

Diana Aziz said...

slm kenal sis... Blog ni biase je sis.. Sy pn biasa baca blog sis... Silent reader je... :-)

Mimy Hamid said...

nana nana haishhh kasut mesti ada raya kan...heheheh...

Diana Aziz said...

mimy : harus laa mimy... raya sekali sthn je kan.. heheh