Friday, July 12, 2013

Puasanya seorang perantau

Salam readers...

Ecehhh.. tajuk entri dah macam tajuk drama.
Hahaha....

Masuk tahun ni dah 5 tahun aku berpuasa di perantauan.
Idok lerr aku merantau jauh sampai oversea nun.
But still diperantauan, jauh dari family.

Teringat first year aku berpuasa di KL.
Setiap kali pergi bazar, mesti aku beli 2 bungkus nasik.
Satu, untuk berbuka. Satu lagi untuk sahur.
Kadang-kadang aku beli 2 menu berbeza.
Kadang-kadang menu sama je.
Berbuka nasi lemak, sahur pun nasi lemak.

Owh, aku bersahur bukan pukul 4 5 pagi.
Aku bersahur pukul 12- 1pagi.
Bukannya apa, aku ni kekadang liat nak bangun sahur.
Sebab tu baik laa aku makan siap-siap then barulah tido.
Esok pagi bangun time nak pergi kije je.

Aku memang bukan penggemar kuih.
Kalau pergi bazar, memang aku jarang beli kuih.
Kalau beli pun, just karipap dengan donut.
Tapi jarang la beli... sebab bagi aku macam tak perlu ada kuih pun.
Yang penting ada nasi dan lauk-pauk.
Kalau rasa nak meratah, ratah je lauk pauk yang ada.
Sebab tu aku tak kisah kalau harga kuih muih naik.
Cuma aku perasan la dulu kuih muih 3 bijik seringgit.
Lepas tu naik 5 bijik 2 ringgit.
Aku pernah pergi ke bazar ramadhan kat Bangsar..
Belakang Bangsar Village tu.
Ada 1 gerai popia sambal tu jual popia mahal nak mampsss...!!
Nak je aku report kat kementerian kasi saman gerai tu.
Melampau-lampau harganye.
Bayangkan laa dia jual popia basah tu 5 bijik RM3!
Popia je pun! Bukannya saiz besar ke ape...
Popia saiz standard tu.
Memang haram jadah penjual tu.
Aku rasa cam pernah buat entri pasal gerai ni tahun lepas. klik sini.
Tahun ni tak tahu la berapa pulak harga popia dia tu.
Cekik darah!

Tapi kalau balik kampung, aku memang akan beli kuih.
Sebab kuih kat Terengganu lagi best dan pure berbanding KL.
Kuih muih kat KL banyak yang tak sedap. 
Maklum la resipi banyak dah diubahsuai sebab nak untung lebih.
Kebiasaannya aku akan beli kuih tokyo dan paung goreng inti ikan.
Perghhh.... sedap gile.

Untung la sape yang duk dekat dengan family atau memang tinggal dengan family.
Takyah fikir nak makan ape, nak masak ape.
Semuanya diuruskan oleh ibunda masing-masing.
Masa duk dengan family dulu, aku memang tak pernah fikir nak berbuka apa.
Apa yang mummy masak, itu la yang aku makan.
Tak pernah komplen.

Tahun lepas aku bukak puasa sorang-sorang.
Kadang-kadang je kuar berbuka dengan FZ.
Time berbuka sorang -sorang tu takde la kisah sangat nak makan ape.
Aku makan je apa-apapun.
Tapi kalau berbuka dengan FZ, mulalah aku menggelabah.
Nak masak, tak tahu nak masak ape.
Nak beli kat bazar, tak tahu nak beli menu apa.
Sebab FZ ni cerewet jugak.
Lauk itu ini takleh makan...

Tahun ni alhamdulillah...
Budak-budak rumah aku ni baik-baik.
Kitorang makan ramai-ramai.
Even hari pertama puasa pun aku dah terkantoi, but still diorang ajak aku makan sekali.
Hari pertama puasa tu patut la aku duk sakit perut je manjang.
Rupa-rupanya nak period...
Balik rumah dari opis tu terus aku pergi check.
Tengok-tengok..... hmmmmmmmmmm...... geram pulak haku.
Dah lebih setengah hari dah puasa! grrrrrr...


 Tahun ni InshaALLAH aku akan sempat berpuasa dengan family pada 2 hari terakhir Ramadhan.
Itupun kalau takde aral melintang la.
Tak sabar nak berbuka kat kampung.
Menu best-best.
Lepas berbuka, sibuk pergi main mercun pulak dengan anak-anak sedara..
Heheh... :)






2 comments:

Emynz said...

tajuk tak hagak kan haha. bangsar tu memang harga membunuh pastu rase cam bingai. huh nak jek aku ckp kat orang yang jual tu, kalo tak tau masak tak payah nak meniaga. haha weh blogger bingai...aku post dah 2x asik ckp error jek. sengal ah

Diana Aziz said...

ko ni ader je mslh dgn blogspot kn.. hahaha.... relax2 ... pose nih. haha