Wednesday, July 10, 2013

Satu Ramadhan yang menuntut kesabaran yang tinggi

Salam readers...

Hari ni bermulanya 1 Ramadhan.
Bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam.

Korang puasa ke tak ni hah?
Aku puasa tau! Gile tak puasa??
Korang jangan nak ngelat-ngelat eh tak puasa.
Yang pompuan kalau sebab "itu", tak apelah kalau tak puasa pun.
Tapi jangan pulak Ramadhan sebulan, sebulan jugak korang asik guna alasan "itu" je untuk tak puasa.
Jangan tipu-tipu tau. Nanti Tuhan marah, masuk api neraka.


Sekarang ni baru pukul 11.
Means ada setengah hari lagi untuk tempuh waktu untuk berbuka.
InshaALLAH aku tak lembik sepanjang hari ni.
Teringat tahun lepas....
First day puasa tu aku lembik kemain macam tak makan sebulan.
Jalan tunggang langgang lembik badan dah macam hape dah.

So far setakat ni aku rasa kuat lagi.
Perut ada jugak berkeroncong zapin kuda kepang tadi tapi harapnya takde la sampai tahap kena gastrik.
Harap sangat-sangat.
Cumanya hari ni aku ngantuk gilosss....
Mengantuk tahap takleh celik mata dah...
Padahal pagi tadi bangun sahur sekejap je.
Pastu tidur balik.
Adehhh... Kalau sekarang aku ada kat rumah, kompem aku dah tido balik dah ni.
Tapi tu la nasib orang bekerja ni kannn...
Terpaksa la tahan ngantuk. Sabar...sabar....
Balik opis karang aku nak tido puas-puas.

Hari ni memang menuntut kesabaran yang tinggi bagi aku.
Aku dah nekad Ramadhan kali ni aku nak jaga mulut, mata, telinga, tingkahlaku.
Tapi aku rasa macam fail je...
Awal-awal pagi tadi pun aku dah naik angin.
Malas la nak citer pasal ape kann...
Kang jadi isu pulak.

Pergi opis, ade hal lagi.
Hangin aku dengan opismate aku sorang nih.
Time ada kije, mulalah nak pergi toilet la, nak pegi sky garden la.. nak pergi situ la sini la..
Grrrr....!!!!

Ha, kan dah kurus pahala puasa aku hari ni.
Diorang ni kalau tak menyakitkan hati aku sehari memang tak sah.
Ader je benda yang buat aku marah.
Aku membebel kang, kata aku macam mak nenek.
Serba-serbi nak harapkan aku.
Dah kerja kau untuk jaga pentadbiran opis, buat  je la..
Namanya pun tugas kan...
Haihhh....

Bulan puasa ni baru je bajet nak jadi baik sikit tapi dah jadi camni.
Dugaan sungguh...



No comments: