Monday, July 8, 2013

Wedding Shawal + Liza

Salam readers...

29 June lepas aku dijemput untuk datang ke wedding opismate FZ, Shawal.
Lokasi dalam UM, dewan depan kolam renang.
Aku lupe dah nama dewan tu.
Aku pergi bertiga... Aku, FZ dan Man.

Time aku sampai tu, orang takde la ramai sangat.
Parking pun senang je dapat. Awal lagi kot masa tu.
Kul 12 lebih.
Pengantin lelaki duk berlegar-legar luar dewan duk sambut tetamu.
Aku tengok cam belum bersiap lagi.

Biase la kalau pergi kenduri kite duk usha makanan.
Uihh... lapo kottt...
Makanan banyak... nasi minyak ade, nasi putih ada..
Ada varieties of lauk jugak.
Siap ada desserts lagi.
Bubur kacang + durian, donuts, karipap dan kuih koci.
Orang kan tak ramai, so senang jugak la nak dapat meja.

Nasib baik jugak la kitorang datang awal.
By the time aku tengah makan, orang ramai datang sampai nak amik makanan pun kena beratur panjang.


Pelamin yang cantik...
Aku amik gambor dari jauh.
Segan la nak pergi ke depan.
Dah la orang ramai.
Ai kan pemalu... heheh..


Aku on that day.
Sebenarnya aku takde la make up sangat pun ari tu.
Mujur ada camera 360 kannn...
Terus kulit muka jadi gebu licin suci murni.


Man dan FZ.
Kawan baik diorang nih.
Dua-dua swimming instructor.
Kalau nak belajar renang, boleh contact diorang.


Me lagi.



Kalau pergi bertiga, barulah ada gambar kitorang berdua.
Kalau tak, mesti amik gambar sorang-sorang je.

Mula-mula ingat nak tunggu pengantin bersanding.
Tapi tak jadi sebab lama sangat menunggu.

Apepun, selamat pengantin baru Shawal dan Liza.
Semoga perkahwinan kekal selamanya.


No comments: