Thursday, August 15, 2013

Amalan lawan melawan

Salam readers...

Korang perasan tak kadang-kadang time raya ni masing-masing macam berlawan siapa yang paling vogue, siapa yang paling hot and spicy, siapa yang pakai pakaian branded?
Aku tengok macam dah jadi tabiat orang Melayu kite pulak...
Nak-nak yang pompuan.
Masing-masing taknak kalah.
Dapat tahu sepupu belah sana pakai handbag Guess, yang dia rela labur duit beli handbag Coach.
Dapat tahu kawan pakai Gucci, dia taknak kalah rela kuarkan duit ASB semata-mata nak beli set LV.

Benda-benda macam ni la yang boleh rosakkan hati sendiri.
Dengki. Takleh tengok orang lain lebih.
Tak baik tau buat perangai macam tu...
Ape faedahnya?

Aku pelik dengan gaya orang beraya sekarang.
Masing-masing nak tayang barang.
Pergi rumah orang duk tayang semua benda.
Tayang beg, gelang, rantai semua.
Silap-silap spender baru pun kalau boleh nak tayang jugak.
Daripada tuan rumah happy mengalu-alukan kedatangan kite, last-last tuan rumah rasa meluat sampai tak sabar nak tunggu kita balik.
Tak malu ke?

Si bapa duk tayang jam Fossil baru.
Si ibu tayang rantai emas panjang berjela. Baju liplapliplap mengalah lampu kaler-kaler.
Si anak duk tayang iPad baru.
Dia sorang je laaaa yang serba-serbi baru......
Kang aku bawak segala mala set berlian bawak kuar, baru terkebil-kebil mata tengok.

Bagi aku la, time raya ni berbelanja la ikut ape yang termampu.
Tahun ni bajet kurang, handbag aku pun tak berganti.
Tak kisah.
Guna je handbag yang sedia ada.
Orang nak mengata, mengatalah.
Bukannye aku mati pun kalau orang mengata.
Cukuplah aku ucap, "alhamdulillah".

Dah syukur dah tahun ni aku mampu bagi duit raya kat mummy, daddy, adik-adik, anak-anak saudara dan kazen-kazen yang kecik-kecik.
Tak boleh lebih-lebih sangat.
Biase-biase je pun sudah...
Yang penting meriah.
Time raya ni la kita nak jumpa sedara-mara mohon ampun maaf.
Bukannya curi peluang nak tunjuk, "aku laaa kaya!"





No comments: