Tuesday, August 27, 2013

Baby Alya in the house...

Salam readers...

Korang semua tahu yang aku jadi baby sitter on weekend.
Itupun sekarang ni aku jadi BS pon on Saturday je.
Sebelum ni sabtu ahad aku memang kena jaga si cinonet, baby alya.
Kesian... mak bapak busy kerja cari duit siang malam untuk menyara family.
Itulah harga yang perlu dibayar oleh ibu bapa yang bekerja di KL.

Tak susah pun nak jaga baby alya nih.
Dia jenis ikut kata.
Kalau aku kata A, A la yang dia buat.
Kalau dia buat-buat tak dengar, memang pitching aku naik laa...
Bukan sesuka hati marah anak orang... tapi aku buat dengan niat nak mengajar.
So far, dengan aku dia takde la nakal sangat.
Setakat buat perangai time makan dan mintak dibelikan itu ini time shopping tu biase la kann...

Asal tak dapat je benda yang dia nak, mulalah merajuk la ape laa...
Meliuk lintuk badan kalau didukung.
Kalau berjalan sendiri, taknak dipimpin.
Bajet dah besar sangat kan... grrrr....
Dah namanya pompuan, dia cenderung untuk cantik-cantik.
Baju nak pilih sendiri... tengok orang pakai make up, dia pun nak make up jugak.
Kalau pegi shopping, terserempak dengan budak sebaya yang lagi cantik, atas bawah atas bawah dia tengok budak tu.
Dengki le tuhh.. hahaha....

Pernah aku bawak dia pergi ke pasar malam.
Time tu aku beli ayam goreng dan nuggets.
Tetibe ada makcik tegur... makcik tu tokey kebab kat gerai sebelah.

Makcik : Ololololo... comelnya...

Aku just senyum.
Baby Alya dah terpinga-pinga sebab makcik tu peluk cium dia.

Makcik : Nak pulak dia ikat rambut... comel.. dia tak lari ke masa nak ikat rambut?
Aku : Tak. Dia duk diam je. Memang ajar dari kecik.

Memang sejak rambut Alya boleh diikat, aku ajar dia duk diam time aku nak sanggul ikat rambut dia.
Seingat aku masa tu umur dia setahun lebih.
Rambut dia masa tu dah boleh ikat sikit-sikit.
Sebelum tu memang aku ada ajar jugak pakai klip rambut.
Budak kecik ni memang tabiat dia akan tanggalkan apa-apa yang dia rasa pelik kat atas kepala.
Tapi dengan baby alya aku memang tak bagi dia sentuh pun klip rambut tu.
Alhamdulillah, bila dah besar dia dah terbiasa.
Even kalau kepala gatal pun, dia garu sikit-sikit je.
Ekor mata tengok kat aku je sebab takut aku marah rambut dia jadi messy.
Hahaha...

Eh, terpanjang pulak muakdimah entri ni.
Last week aku ada bawak baby Alya datang opis.
Kesian dia setiap kali hantar pergi taska, nangis-nangis.
Mama Alya suke sangat la kalau aku bawak dia pergi opis.
At least dia tahu cemana aku jaga anak dia.

Memula datang opis, asik duk sebut "takut...takut..."
Ape ke benda yang dia takut ntah.
Bukannya tak pernah datang.
Dah lama-lama, barulah sibuk bergurau dengan opismate aku, Maziah dan Min.
Pastu time aku nak pergi toilet, boleh je tinggalkan dia sorang-sorang kat opis.
Time bergurau dengan Maziah, siap boleh ketawa terkekek-kekek lagi.
Amboihhh... hover tau!
Tadi kemain lagi takuit!


Dah start panjat sana-sini.


1 opis aku dah dia jelajah.
Bila aku tanya, baby nak kije opis tak?
Dia cakap, "nak..."
Takpe, belajar rajin-rajin ye baby. Nanti boleh jadi secretary macam umi.. hehe

Teringat unit aku ada props yang digunakan untuk photo booth raya.
Terus bagi baby alya.
Pandai pulak dia posing...


Jongang!


Mustache!
Mariachi sangat... hahaha...


Walaupun ada misai mariachi, tetap nampak comel!
Hahaha...


Dia ni kalau bab posing, memang pandai laa...
Lepas snap je, sibuk nak tengok gambar.
Pastu senyum-senyum sendiri.
Perasan cantik la tuh.... uweeekkk...

Sepanjang petang, dia behave je kat opis aku.
Time nak balik, siap cakap taknak balik..
Dan rezeki dia, datang opis tetibe dapat duit raya dari En. Zul dan Ezzat.
Toceyy...toceyyy....



6 comments:

Mimy Hamid said...

alya cantik dia skrang makin putih

Emynz said...


comey jek kenit ni,
si intan aku baca entry ni, dia tengok gamba sibuk tanye " siapa tu siapa tu?" kepochiiiiiii

Diana Aziz said...

Mimy : selalu nk cntik2... pstu bile dia prasan cntik, mule laa bt prangai poyo. hahah... budak kecik pon tahu poyo.

Diana Aziz said...

Emynz: haha... diorg boleh la kwn2... sorang ckp mlayu, sorang ckp omputih... bile dua2 xpaham, gaduh. hahaha...

Bitt (double IS) said...

cute, yg bab tengok atas bawah tu yg tak menahan ok! ahahahahhahahaa

Diana Aziz said...

@Bitt (double IS) : Kann... bebudak pon tahu jeles.. hehehe