Friday, August 30, 2013

Dia

Salam readers...

Ecehhh... tajuk dah macam lagu pojiah latipp dah...
Mihmihmih...
Aku ada hutang 1 entry kat FZ.
Aku pernah cakap kat dia yang aku nak buat entry pasal dia.
Kutuk ke, puji ke..romantik ke... tak kisah.
Yang penting ada entri.
Hutang wajib dilangsaikan.. kannnn....

-------------------------------------------------------------------------

Dia...

Kami berkenalan pada 4 Mei 2010.
Hari Selasa, sekitar pukul 5.50petang....
Aku ingat sebab mase tu aku baru je balik dari opis.
Sehari sebelum tu, dia ada call aku tapi tak dilayan sangat.
Katanya dia berkenan kat aku sejak dia nampak aku kat gerai burger kawan dia.
Sebelum ni pun aku pernah nampak dia melepak kat gerai burger tu.
Tapi aku meluat tengok dia.
Sebab dia suka sangat pakai singlet oren... Bajet badan tough macam Malik Noor.
Padahal cekeding macam Opie Zami.
Hehehe...

Dia...

Dia datang waktu aku kesunyian, kesedihan.
Kenapa sedih?
Takyah la eh aku cerita lagi kisah lama yang hampir luput dalam ingatan aku.
Dia datang buat aku bahagia hingga dapat melupakan kenangan pahit yang berlaku dalam hidup.
Dia datang berikan aku senyuman hingga air mata kesedihan tak lagi mengalir.
Yela, mula-mula kenal semuanya indah je kann...
Adat kapel la tewww...

Dia...

Si cemburu buta.
Dah beberapa bulan kapel barulah aku tahu dia nih kuat cemburu yang amat!
Perghhh...... sabo je lerrr...
Lelaki lain pandang-pandang aku (ia kan hottt stufffff...pfttt...), dia kompem tanya, "sayang kenal ke jantan tu?"
Aku lambat balas sms dia masa kat opis, dia boleh tanya, "tengah gentel bos ke?"
Aku tak jawab call mase kat opis, dia pasti akan kata, "buat kerja ke dating dengan jantan?"
Aku keluar dengan housemate, dia tanya, "ni kuar dengan pompuan ke jantan?"

Ok fine.......
Terpaksa sabar dan melayan cemburu dia.
Ikut hati nak je aku baling hp ni.. tapi sayang lerrr kannn..
Nanti takde sape nak belikan hp baru.

Tapi itulah diaaa...
Rimas-rimas pun, sayang juge.. ngeeeeee....

Dia....

Oh, sangat suke mengongkong aku.
Aku kan kerja kat level 51.
Bile aku nak turun pergi lobby ground floor, kena sms dia.
Kalau tak, nanti boleh gaduh.
Nak kemana-mana, mesti kena bagitahu.
Kongkong la tu kannn...
Tapi bile aku kongkong dia, dia cakap, "jangan nak mengongkong sangat la..."
Bengang tak?? Bengang tak??
Grrrr..... ade jugak yang jadi hulk nanti nih.

Dia...

Yang suka mengawal, memerhati dan membangkang cara pemakaian aku.
Say GOOD BYE pada keseksian.
Tapi tensi makk okeh.
Aku bukannya seksi sangat pon!
Tapi dia je yang lebih-lebih.
Standard la pakai baby T dengan jeans.
Tapi dia cakap tak boleh sebab baby T tu pendek.
Aku wajib pakai baju labuh tutup buntuit.
Dia kata jangan nak tayang bontot sangat. Tahu la bontot tu besauu...
Hoihh....kuangjor!

Aku pakai baju ketat sikit pun nak bising seantero dunia.
Pernah aku cakap, "komplen..komplen! Tolong la beli baju orang 2-3 helai!!"
Pastu dia boleh jawab, "Kalau abang beli, bukannya ayang nak pakai pon.."
Ha, memang la... sebab dia taste kampung.
Tak confident la nak pakai baju yang tak cantik.
Tapi dia bukannya paham pun.
Yang dia tahu asik komplen...komplen...komplen... blablablablabla...

Kerana dia...

Dah bertahun aku tak jejak kaki masuk Teppanyaki atau restoran Jepun lain.
Kalau pergi pun, dengan  kengkawan je.
Kalau keluar dengan dia, memang TAKKAN jejak kaki.
Sebab dia bukan tekak universal.
Dia tekak Melayu. Bagi je dia makan apa saja masakan Melayu, mesti dia akan telan.
Kadang-kadang je tekak omputih.
Berbeza sangat dengan aku.
Aku ni semua boleh makan kecuali apa-apa yang ada kaitan dengan buah-buahan.
Aku bukan pemakan buah.

Kerana dia....

Warna bilik aku kaler BIRU, kaler kesukaan dia.
Warna kesukaan aku adalah PINK.. gegirl la sikit kann...
Tapi oleh sebab mintak tolong dia untuk cat bilik, kena ikut warna kegemaran dia.
Padahal aku kot yang hari-hari akan masuk dalam bilik tu.... pffftttt....

Dia...

Sangat tak pandai control emosi.
Pendek kata, tak penyabar.
Orang kata, sabar itu separuh dari iman.
Ni mesti kes tak beriman sangat nih... sebab tu jadi tak penyabar.
Aku lambat 5 minit pun, boleh jadi isu besar.
Padahal 5 minit je pun.
Bukannya 50minit.
Masa mula-mula kapel tu, rasa jugak tak tahan dengan perangai dia.
Tapi bila dah lama-lama, jadi terbiasa pulak.
Panas hati tu ada la jugak kekadang. Tapi aku ni malas nak cari gaduh.
Dalam bercinta ni kenalah ada tolak ansur... khennnn!

Dia...

Tak ramai kawan.
Kawan-kawan dia hanya di kalangan opismate je.
Kat KL ni berapa kerat je kawan dia...
Sama je macam aku. Tak ramai kawan.
Sebab tu kitorang spend time sama-sama je.

Dia...

Yang selalu fikir dia je yang betul, aku ni semuanya salah.
Kadang-kadang benda macam ni buat aku rimas.
Fikiran dia asik fikir yang bukan-bukan.
Sebab tu dia terdorong untuk mengongkong aku.

Tapi dia...

Dah banyak berkorban untuk aku.
Ajak la kemana saja, jarang dia tak tunaikan.
Mintak la nak makan apa, nanti dia akan bawakan.
Kalau lelaki lain, liat jugak nak bawakkan makanan untuk gf.
Tapi dia, setiap hari sabtu pagi mesti aku kena bangun awal sebab tunggu dia hantar nasi lemak telur mata kat depan pintu rumah! :)

Dia...

Sangat mudah untuk ungkapkan kata maaf.
Kalau orang lain, salah macam mana pun susah sangat nak mintak maaf.
Silap haribulan, tak mengaku salah pon.

Dia...

Yang selalu akan check purse aku.
Tengok sama ada aku ada duit ke tak...
Kalau dia tengok aku takde duit, dia akan bagi duit walaupun dia sendiri terdesak.
Dia akan pastikan aku cukup makan...
Katekan laa aku ada plan taknak makan malam, dia akan paksa jugak aku makan.
Ha, so cane aku nak diet neh?
Kalu nak makan megi untuk dinner pun, boleh buat gaduh tau.
Takut sangat aku lapar dan kena gastrik.

Dia...

Tak pernah segan dan tak pernah malu untuk tunjukkan kasih sayang dia.
Tangannya tak lepas genggam tangan aku bila melintas jalan dan berjalan-jalan di mana-mana.
Kadang-kadang dia tolong galaskan handbag aku.
Barang-barang belian berat, dia yang akan bawa.
Sebagai contoh :-
Aku selalu beli 1 dozen @ sekotak air mineral besar untuk minum di rumah sebab aku memang tak masak air kat rumah.
Yela, air kat KL ni bukannya bersih sangat.
Beli sekotak baru RM6 untuk 12 botol.
Seberat-berat botol-botol air tu dia angkat sehabis kudrat dia bawak naik sampai ke dapur rumah aku.
Kalau lelaki lain, mungkin ada yang tak sanggup.
Tapi dia buat hanya kerana aku.

Dan dia...

Walaupun merimaskan, aku tetap sayangkan dia.
Kerana dia, aku sudah berhenti memandang ke arah lelaki lain.
Kerana dia adalah satu-satunya lelaki yang aku cintai selepas daddy. ;)

Kerana dia......

Adalah FZ aku satu-satunya.


Cinta hati aku.


No comments: