Thursday, August 1, 2013

Gelaran

Salam readers...

Aku tak tahu la sekarang ni masih ada lagi budaya gelar-menggelar.
Masa aku sekolah dulu, budaya yang tak sihat ni memang menjadi-jadi.

Dulu kan aku pernah kena penyakit ape ntah.
Bengkak kat belakang telinga..
Budak-budak sekolah tahu la aku sakit ape sebab masa bengkak tu baru tumbuh, aku still pergi sekolah.
Tapi bile bengkak tu dah makin besar, aku lama la tak pergi sekolah.
Then, start dari tu senior-senior panggil aku 'Epal'.

Aku tak tahu ape kaitan bengkak tu dengan Epal.
Mungkin sebab bengkak tu besar bulat macam epal kot.
Melekat kot orang panggil aku Epal sampai aku darjah 6.

Sebab tu la masa aku start jadi blogger, aku nak letak nama MissEpal.
Tapi mase tu pulak blog CIK EPAL tengah femes.
Kang ada pulak mulut puaka cakap aku nak tumpang glamour dia.
So, cancel.
Aku just letak nama LadyBird.

Nama ladybird ni pulak aku dapat sebab aku memang suka main dengan ladybird.
Susah betul nak jumpa ladybird kan...
Dah la comel... jinak pulak tu.


Kan comel tu....
Kaler merah ada polkadot hitam. Dah la kecik... penyet-penyet nanti baru tahu! Hehehe

Owh, blog Ladybird ni blog lama aku.
Dah tutup dah pun.
Haters ramai gile... tapi tak efek apepun.
Then aku bukak blog sekarang. :)

Akhir darjah 6, aku ada pengalaman mengerikan.
Gigi depan aku patah separuh.
Ngeri la kan kalau gigi patah separuh.
Ni kes aku main lari-lari dengan adik beradik dan kazen-kazen aku.
Sekalii time berlari tu ada kazen aku tersepak kaki aku sampai jatuh tersembam.
Gigi depan aku pulak sedang elok terhentak kat lantai simen.

Time pegi sekolah, semua kawaa-kawan gelakkan aku.
Ces!!!
Dan sejak itu aku terima gelaran 'Anaconda'.
Kebetulan time tu tengah femes dengan movie Anaconda.
Grrrr!!!

Tu tak masuk lagi ada yang panggil aku diana itam.
Yela, aku kan kulit gelap.
Diorang duk ejek aku kulit itam...kulit itam.
Hoihh... sakit jiwa tau asik digelar macam-macam.

Tapi gelar-menggelar ni takde efek pun untuk aku.
Aku dah terbiasa...
Panggil la aku apepun, aku dah tak kisah.

Harus diingat jugak, gelar-menggelar ni boleh buat gaduh tau.
Sebab kebanyakkan gelar-menggelar ni memang akan menyakitkan hati orang yang digelar tu.
Mungkin ianya hanya senda gurau atau lawak bagi orang yang menggelar.
Tapi tu la kannn.... hati manusia ni lain-lain...
Ada yang hati tisu, sensitip..
Ada yang hati keras macam batu.
Tapi kalau sesape yang digelar macam-macam ni, buat derk je sudehh...
Lama-lama orang akan diam jugak..



4 comments:

Mimy Hamid said...

banyak nau gelaran ko nana hehe

Emynz said...


anaconda tu mmg terbaek la hahaha eh aku terpakse gelak , nanti raya mintak maap balik eh hahahah hadeh...cemacam ah ko ni

Anonymous said...

Hehe....kelakar kn syg msa dlu...bila dh dewasa ni pn msih ada gelaran kn....haha....jgn mrah....

Diana Aziz said...

Dulu je... skrg mne ada dh gelar abg... uweekk..