Friday, August 9, 2013

Kisah berbuka puasa di kampung

Salam readers...

Malam masih muda... Jadi, aku amik peluang untuk update blog kesayangan ini supaya tak bersawang.

Masih lagi mau cerita tentang bulan puasa.
Syukur sangat-sangat aku sempat berpuasa di kampung selama 2 hari.
Tahun ni aku agak puas hati sebab aku dapat pergi bazar, pergi melawat "rumah-rumah" saudara-mara yang dah tiada, dan jugak dapat makan semua makanan yang aku teringin sangat nak makan tapi makanan tu takde kat KL.

Pelikkan kat KL.... takde satupun kuih-kuih tradisional yang sedap dijual.
Kalau ada pun, mesti yang dah di alter... Jadi kuih tu dah hilang originality.
Sebab tu bile balik kampung aku menggelupur cari kuih-kuih yang aku suka.
Itu cara perantau yang dekat.
Kalau perantau yang jauh-jauh yang balik kampung 4 tahun sekali, entah cane la diorang buat bila teringin nak makan something.Kan?

Alhamdulillah di Terengganu, makanan tradisional masih dijual di banyak tempat.
Sedap-sedap pulak tu.
Masih mengekalkan cara pembuatan asal. Tidak di alter.
Paling tak pun, saiz je yang makin kecil.... tapi kesedapan terjaga....

Hari pertama berbuka di kampung, i feel like i live in food heaven.
Banyak gile juadah berbuka yang mummy masakkan.
Haruslah mummy yang masak... 
Nak harap aku masak, setakat nasi dengan kuah sardin tu lepas laaa.. hehehe...


Inilah juadahnya....
Bermacam-macam lauk ada.


Ayam kepak madu, sambal sotong, ikan goreng dan somtam kaki ayam dan perut lembu.


Gulai kepala ikan, rojak "kateh", udang goreng tepung, ulam petai dan tembikai...

Heaven tak? Heaven tak???
Sampai naik kembung perut aku makan semua makanan...
Perghhhh....... kan bagus setiap kali makan macam ni...
Ini bukan dikira membazir ye, sebab semua makanan ni habis.
Tak pernah pun makanan ni dibuang macam tu je kalau tak habis.

Sebelum berbuka tu, aku ada laa kuar berdua dengan daddy.
Iollsss dating berdua je dengan daddy aii tau!
Hehehe...

Aku bagitahu daddy yang aku teringin sangat nak makan paung goreng.
Pastu daddy ajak aku pergi ke bazar Ramadhan Wakaf Tengah.
Sanggup tuu pergi ke Wakaf Tengah....
Jarak dari rumah aku kesana dalam 30minit tau..
Kalau kat KT ni, jarak 30minit tu dikire jauh la sebab jalannye tak jem.

Aku beli paung goreng tu RM5.
Paung tu dijual RM1= 4 bijik.
Kire ok la tu...
Ate mengidam sangat kannn...

Dah pergi sana, daddy bawak aku pergi Bazar Ramadhan Shah Bandar pulak.
Ko mampu pergi 2 bazar dalam mase 1 hari? Hihi...
Bazar kat sini memang terkenal dengan kemeriahannye....

Aku singgah ke gerai Berahim...
Kalau korang datang ke KT dan teringin nak makan kuih muih, aku cadangkan korang pergi ke Pasar Kedai Payang dan cari gerai bernama BERAHIM.
Kuih-muih dia semuanya sedap-sedap...
Memang aku tak tipu...

Kebetulan Berahim ada jual kuih muih di bazar Ramadhan, so aku singgah kat situ beli jala emas dan tat telur.


Bazar Ramadhan ShahBandar.


Gambar memang blur...
Sori sangat-sangat.
Aku memang ada snap gambar. Banyak gile.
Tapi semuanya blur tahap gaban.
Baik aku takyah upload.


Ini kuih-muih yang kitorang beli malam tu.
Tat telur, kebab, murtabak, keropok lekor, pulut panggang, tepung bunga, kuih tokyo dan apam polkadot.

Itu kisah hari pertama.
Ini kisah hari kedua berbuka di kampung. Means hari terakhir di bulan Ramadhan.

Petang, aku, daddy, Iwan, Kak Long dan Shazrin pergi melawat kubur atuk-atuk dan nenek kitorang.
Setiap kali petang raya memang aku akan pergi melawat kubur. Wajib!
Yela, takkan kita nak lupakan orang yang dah tiada.
Bukan susah pun.
Pergi, baca doa, dan balik. Benda simple macam ni pun ada orang susah sangat nak buat....
Sedihhhh....

Oh, aku dah tanya daddy berapa kos untuk cat balik dan cantikkan kubur.
Daddy tak sure tapi katanya range harga maybe sekitar RM25-RM30 untuk 1 kubur.
Aku ingat nak tanggung buat tu semua.
Yela, takmo la nampak kubur tu terabai sangat.
Cadangnya aku nak buat kubur atuk dan nenek aku sebelah daddy dan kubur atuk sebelah mummy dan kakak aku.
Kalau ada bajet lebih, InshaALLAH nak buat jugak untuk kubur moyang-moyang aku sebelah mummy dan daddy.
Ini niat aku. InshaALLAH aku akan cuba tunaikan.

Dah balik dari kubur, kitorang singgah ke bazar Ramadhan Chabang Tiga.
Fuhyoooo... ramai gile orang.
Padahal kitorang sampai situ dalam pukul 6.45petang..


Antara juadah yang dijual :-


Aneka jenis gulai dan kari.


Char kueh teow.


Aneka jenis puding dan agar-agar.


Bermacam-macam kuih-muih.


Popia rangup.


Gulai kawah dan sup kawah.


Gulai daging kawah.


Dan yang paling femes ialah ABC Saddam hussein.
Korang jangan tanya aku kenapa dia panggil ABC dengan nama itu.
Tapi memang femes.
Murah lak tu. dan yang paling penting sedap dan banyak bahan-bahan.


Ramai gile yang beratur nak beli ABC ni...


Sementara kak long beratur beli ABC, aku jenjalan seorang intai-intai ke gerai berdekatan.
Ada yang jual air buah, ada yang jual air panas, dan ada jugak yang jual buah-buahan.


Masa ni dah pukul 7.10petang.
Waktu berbuka 7.24 petang tau.
But still masih ramai orang kat bazar.


Buah mata kucing...

Aku tak sempat nak snap juadah berbuka kitorang petang tu.
Sampai rumah dah nak masuk waktu berbuka dah...
Bunyi bedil dan azan, terus makan.


Puding buih. Dessert pada malam tu.
Ni mummy sendiri yang buat.
Sedap sangat-sangat!


Tat telur yang aku beli kat Berahim.
Memang terbaekkk la tat telur ni.
TERBAEEKK DI DUNIA!
Lembut, tat yang rapuh, inti telur yang lembap.
Bila makan je terasa diawang-awangan.

Memang rasa puas hati la balik berpuasa di kampung tahun ni...... :)


No comments: