Wednesday, August 7, 2013

Kisah pulang ke kampung

Salam readers...

Seminggu sebelum balik kampung, aku buat status dalam fb..
Kononnya raya tahun ni aku tak dapat balik atas urusan kerja.
Menggelupur adik-beradik aku call.
Anak-anak sedara sibuk mesej tanya kenapa aku tak balik.
Siap ngadu-ngadu tak best raya aku takde...
Hehehehe...

Tapi sebenarnya aku dah plan nak balik senyap-senyap dengan Iwan.
Plan kitorang, aku naik bas sampai kemaman.
Nanti Iwan datang amik aku kat Kemaman dan drive sampai kampung.
Plan tu kitorang buat without sesiapa pun yang tahu. Hehehe...
Dan plan itu menjadi!

Dengar cerita, mummy asik la tertanya-tanya kenapa aku tak balik raya tahun ni.
Gelisah semacam...
Daddy pun nampak risau je.
Masing-masing pelik kenapa aku tak balik beraya.
Rasa bersalah pun ada buat diorang semua macam ni. Huhu...

Malam tu aku naik bas dalam pukul 10:30malam.
Naik bas je terus aku tertido sampai Cherating.
FZ mesej pun memang aku tak sedar.
Luckily takde orang kat seat sebelah aku.
Best sikit nak tido.

Sampai Kemaman, aku turun.
Tunggu Iwan datang. Nasib dia datang cepat.
Itupun time tunggu dia, ada sebuah kereta Viva duk usha aku.
Nampak semacam je. 4-5kali dia pusing-pusing depan aku.
Aku cepat-cepat selongkar handbag kuarkan benda-benda tajam macam gunting dan pisau lipat..
Haruslah siap sedia kalau-kalau ada benda tak diingini berlaku.
Kot la orang tu ada niat buruk ke....
Orang jahat ada di merata-rata tempat.


Banyak jugak kereta yang ada malam tu...
Padahal mase tu dah hampir pukul 3 pagi.


Muka aku pucat lesi tak make up..
Dah la baru bangun tido.
Memang serabai habis... hehehe


Iwan...
Best jugak balik macam ni..
Leh tengok pemandangan pagi..
Kalau balik dengan bas, manjang je la aku tido.
Tapi bila dah sampai Dungun, aku surrender.
Mata memang ngantuk gile.
Then tertido.
Dah sampai bandar KT, barulah aku bangun semula..
Cerah mata...

Dah sampai rumah, semua orang terkejut tengok aku balik...
Hahahah... 
Time tu diorang tengah sahur.
Aku cari mummy.
Rupanya mummy tak bangun sahur...
Aku salin pakaian, pastu masuk senyap-senyap dalam bilik mummy then baring sebelah dia.
Time tu daddy takde sebab dah kuar pergi kerja.
Mummy sedar aku masuk...
Terus dia tepuk lengan aku.

"Plawok tuu.."

Plawok = penipu..

Aku gelak-gelak...
Mummy kata aku tipu cakap tak balik raya...
Hehehehe...

So now, aku dah ada kat kampung.
Semalam dah berbuka kat kampung.
Menu berbuka haruslah best-best. 
Nanti aku update dalam entri lain ye... :)

1 comment:

Emynz said...


hahahah jaaat ko an, sib baik mak ko tak melatah ke ape