Thursday, August 15, 2013

Mood

Salam readers...

Hari ni hari kedua aku bekerja selepas seminggu bercuti sempena hari raya.
Mood adalah kelaut okeh!
My goshhh!!!

Badan sangat lemau.
Lemau saje, bukan malas yeee...
Aku rasa ni sebab banyak sangat makan makanan berasaskan pulut dan santan time raya ari tu.
Pulut dan santan kan takleh makan banyak-banyak.
Nanti badan jadi tak larat.
Yela... sana sini orang hidang nasi dagang.
Even rumah aku pun buat nasi dagang gak on 1st day raya.


Nasi dagang dan satay.
Nasi dagang mummy pun best.
Tak muak makan walaupun baru kali kedua mummy buat nasi dagang.
Aku makan banyak jugak..
Sebab tu sekarang nyesal badan jadi tak larat.


Ketupat palas dan rendang daging pun ada.

Hoihhh... nampak bebenor hati ni masih berada kat kampung.
Serius aku tak puas balik raya tahun ni.
Rumah terbuka family sendiri pun tak sempat nak join.
Memang ralat sungguh!

Time time macam ni baru la terfikir kan best kalau kerja kat kampung.
Boleh beraya lagi walaupun pada hari kerja.
Malam-malam masih boleh kuar berkunjung ke rumah saudara mara.
Waaaaaa...... nak balik kampung!!!!!

Tetibe fefeeling sambil nyanyi lagu Siti - Air mata Syawal.

Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah


Pang sedasssssss bagi sedar diri.

Tak sesssuuaaii langsung nyanyi lagu ni.
Hahaha.... drama queen betul! Puihhh!

Tapi kannnnn........ aku memang tak puas raya hoiii!
Nak raya lama-lama kat kampung. Huhuhu...
*melalak sampai tergolek-golek atas lantai...*







No comments: