Monday, August 5, 2013

Pemandangan

Salam readers...

Aku kan kerja di sebuah bangunan yang tinggi.
5tahun aku bekerja di sini, dan selama 5 tahun jugak la aku berada di tingkat yang tinggi.
Sesape yang baca blog aku memang tahu la aku kerja kat mana kann....

Jarak antara opis aku dengan rumah memang sangat dekat.
Rasa bertuah jugak la dapat bekerja kat sini.
Takde kereta pun takpe...
Public transport berlambak boleh hantar aku pergi kerja hari-hari.
Tapi biasenya aku naik LRT la...
Murah. Selesa pulak tu.
Lagipun dari rumah aku ke opis cuma 1 station je.

Dari mula-mula kerja, aku memang berada di tingkat 51.
Tinggi gile kan.....
Time ada fire drill, memang aku merungut la...
Patah kaki ohhh nak turun tangga dari tingkat 51 tu...
Bercinta laaaaaa....
By the time sampai kat tapak berhimpun, lutut kompem menggeletar dah.
Fuhhh....

Kalau ada kelapangan, aku akan keluar dari opis dan pergi ke koridor.
Koridor opis aku ni bukannya koridor terbuka tau.
Koridor ni koridor tertutup dengan cermin.
So, aku boleh la intai-intai ape yang jadi kat luar.
Suke tengok pemandangan.


Nampak tak bangunan biru sebelah kiri tu?
Itulah rumah aku....
Dekat je kan dengan opis aku.


Jalan masuk ke opis.
Kereta-kereta semuanya nampak cam kereta mainan..
Kecik benor bila tengok dari atas.
Hehehe.....


Saujana mata memandang.
Bangunan sana-sini..
Masa ni agak jerebu. So pemandangan tak clear sangat.
Kalau cuaca elok, sejauh-jauh alam boleh tengok...

:)

4 comments:

Mimy Hamid said...

tak gayat ke nana tengok kat luar tu

Diana Aziz said...

Nana jenis x gayat mimy.... kalau x de cermin pon, nana tetap berani duk kat tepi.. mimy gayat ke?

Abil Fikri Ahmad said...

Tak de kerja la tu! Boss! tgk Diana ni..siap bergambar bagai kat tepi tingkap!!

ooo, satu lagi, Diana lain kali kalau nak turun tu pakai payung terjun jea...kan senang!!

Diana Aziz said...

ala, en. abil ni.... sekali skala je sy pegi koridor tu.... ampun bosss... hehehehe