Wednesday, August 21, 2013

Renyah-merenyah demi photo booth

Salam readers...

Fuhhhh....fuhhhhhhhh....fuhhhhhhhhhhhhhh...*tiup debu dalam blog*

Serius bersawang berdebu berhabuk dah blog aku ni.
Hampir seminggu tak berupdate.
Sorry readers...
Aku busy gile dari Isnin baru-baru ni.
Banyak benda yang aku kena buat.
Siap kena overtime tak berbayar selama 2 hari.
Bilik aku kat rumah pun dah macam tongkang pecah tak sempat nak kemas dek balik opis lewat.
Sampai rumah je masak megi pastu tido tak sedar diri sampai pagi esok.

Aku dan geng-geng pompuan unit opis ditugaskan untuk membuat photo booth untuk majlis hari raya opis yang diadakan tengahari ni.
Bertungkus lumus aku dan kengkawan 4 orang menyiapkan photo booth yang very the renyah tuu...
Jamuan hari ni..... tapi barang-barang beli hari Isnin ari tu.
Menggelupur la kitorang buat benda ni cepat-cepat.
Busy punya pasal sampaikan aku tak sempat nak pergi jemputan hari raya kawan-kawan.
Memang terpaksa gadaikan waktu demi menyiapkan photo booth ni.

But then Alhamdulillah, the result is superb. Pengorbanan berbaloi.
Walaupun deko kitorang tu simple, tapi ramai jugak yang puji...
Bangga jugak sebab kitorang bukannye pro pun buat benda-benda ni.


Azleen... siap bawak mini sewing machine lagi.
Semangat dia nih. Macam-macam barang dia bawak dari rumah.
Meja dia pun dah macam tongkang pecah.
Sampah sarap, gam, paper, gunting semua bersepah kat situ.
Hehehe...


Min dan Maziah...
In charge on props dan melipat kertas...
Bila ada photo booth, mestilah kena ada props...


Lipat-lipat kertas, gabung-gabung, pastu lekat dengan double tape.
Benda alah ni untuk lekatkan bahagian background untuk photo booth.
Serius renyah.
Sampai naik cramp lengan aku duk melipat kertas-kertas ni.
Kertas ni bukan kertas A4 biasa tau.
Tapi kertas keras tu.
Perghh.. nikmat gila bila tangan cramp.
Huhuhuu...


Dah siap segala background, kena susun atur pulak.
Mase ni just plan je nak susun cemana.

And the result is :-


The theme colors are black, grey and silver.
Yang butterfly tu sebenarnya lebihan dari hiasan bulat-bulat kat atas-tepi dan bawah-tepi tu.
Kebetulan pulak bila aku susun-susun benda alah bulat tu terbentuk sayap butterfly.
Lepas tu, terus kitorang bertungkus lumus buat sesungut butterfly.
Renyah jugak tuu....

Oh, yang tampal-tampal tu kitorang mintak tolong our staff unit, Khairol.
Mujur gak ada dia. Tinggi.
So, dia la yang tolong pasangkan tirai, tampal hiasan.....
Harus jugak credit kat dia sebab dia baca jugak blog aku nih... and maybe wife dia pun baca gak kot.
Hehehe.... hai, yana! :)


And the props...
Ya ALLAH, buat props ni bukannye senang tau!
Susah gile. Renyah...susah...payah....
Semua props tu ada 12 semuanya.
Amik masa hampir 1 hari gak buat benda-benda ni.

And guess what, dalam pada sambutan hari raya tu, the dialogue "SELAMAT HARI RAYA" tu hilang!
Tak tahu siapa yang amik atau terambik!
Kepada yang sengaja amik tu, memang aku tak halalkan laaa sebab diorang mencuri hasil kerah tenaga aku yang sanggup overtime tak berbayar ni.
Kalau yang terambik, sila la pulangkan ye.
Saya tak marah...  :)

Tunggu next entri berkenaan dengan majlis ni.
Itupun kalau aku dapat gambar-gambar yang diorang snap.
Ada gambar banyak-banyak baru best nak update. Kannnnn.....



4 comments:

Liyana said...

Cantiklaaaah diana!patutlah kita nampak kat IG kak mimy...rupanya unit awak yg buat :) kita mmg suka design paper rosettes nih~ hehe

Diana Aziz said...

Hehehe... tq liyana.

Mimy Hamid said...

Ya Allah terharu la korang bersungguh betul menjayakan photobooth ni..paling tak sangka lin bawak sewing machine...hasil kerja tangan superb...jangan sombong dah la ye macammmmmmmmm...ahh emo la

Diana Aziz said...

Nana pon emo... hari ni hari emo kot. hehe... kite ni hidup xleh sombong.. jgn bongkak bile dpt pujian sikit. tp yg diorang puji nana punye photo booth. deko diorang xdpt pujian pon... so, jgn nk sombong ye... tak baik..