Friday, September 20, 2013

Berpiknik di Pantai Bagan Lalang

Salam readers...

Silap hari...
Tu je la yang aku boleh cakap.
Frust menonggeng jugak la...

Sebenarnya Sabtu lepas aku dan FZ plan nak pergi ke Port Dickson.
Kengkononnya nak berpiknik kat sana la...
Aku ni semangat la masak macam-macam.
Ate nak berpiknik sangat khennn...

Pagi sebelum bertolak, aku tidokan baby Alya dulu.
Senang sikit aku nak buat kerja.
Tak susah pon nak tidokan minah ni...
Bagi dia hisap susu sambil tengok tv..
Bukak la citer kartun ke...citer hantu-hantu ke...
Biarkan dia melayan citer tu sorang-sorang..
Tak sampai setengah jam, dia tido la...

Bila dia dah tido, barulah aku start masak...
Dah siap semua, barulah kitorang bertolak..

Memula tu happy je la kan...
Nak gi piknik katenye.. sape yang tak happy.
Jalan pon elok je tak jem..
Tapi sampai lah kat tol sg.besi.
Punyalah jalan jem macam hape!
Waaaaaa........ FZ dah merungut-rungut dalam kereta.
Aku pulak dah naik rimas..
Sabar punya sabar, sampailah ke Bandar Seri Putra.
Masih lagi jem..

Aku pulak dah naik angin dengan FZ.
Serius panas hati dengan cara dia bawak kereta.
Bagi je orang nak cilok ke depan.
Paling geram bila dia tak reti langsung nak beralih ke lorong sebelah.
Asik la duk lorong yang tak bergerak langsung.
Padahal lorong sebelah tu ader la gerak sikit-sikit...
Ishhh... grrrr!!!

Last-last dia amik lorong kecemasan.
Laju la kejap perjalanan.
Banyak jugak kereta lain yang lalu kat laluan kecemasan.
Tapi aku dah fedup.
Jem ni kompem sampai ke Seremban.

Discuss punya discuss kitorang agreed untuk cancel pergi PD.
Back up plan, kitorang pergi ke Bagan Lalang...
Sepanjang perjalanan tak jem.
Cuma susah sikit la nak pergi BL ni.
Sign board tak banyak...
Melilau gak cari mana jalan nak pergi sana.
Tapi alhamdulillah... akhirnya sampai jugak kat BL.


Cuaca tak la panas sangat.
Cuma angin je takde...
But still rasa best duk tepi pantai... :)

Cepat-cepat cari port sesuai untuk hamparkan tikar dan makanan...
Masa cari port tu yang kelakar...
Aku jalan sensorang pergi kat bawah pokok rendang.
Pastu baby Alya sibuk panggil aku sambil berlari-lari tergedik-gedik.
FZ tengok dari belakang je dia berlari tuh.

"Umi....umi......umi....."

Aku ni buat derk je la...
Sekali aku tak dengar suara dia. Senyap.
Aku tengok kat belakang rupa-rupanya dia dah jatuh terlentang.
Dalam pada jatuh tu, tangan tak jejak tanah pon sebab takut kotor...
Adoyaiii....
Sempat lagi jaga kebersihan. hahaha...
Pastu time aku angkat dia, dia tersengih-sengih tengok orang ramai.
Cover cun katanya. hahaha...
Tak tahan ohh tengok perangai dia.


Budak yang jatuh tersengih malu..
Sian betul...
Tu la.. berlari gedik-gedik lagi.
Lain kali lari laa elok-elok.


Suci murni muka bila snap guna camera 360. Hahaha...


Me yang cun. hahaha..... harus la perasan kan.
Sape lagi yang nak puji diri sendiri khennn...


Dah berlengas dah muka...
Padahal time kuar dari kereta tadi, kemain comel kemas.


Aku goreng nuggets.
By the time sampai kat BL, nuggets dah tinggal 3 ketul ni je.
Padahal aku goreng banyak.
Kitorang dah makan kat dalam kereta masa jem tadi. Hehehe...


Keropok keping Ganu mariii...
Haruslah ada kalau berpiknik..
Sedap...!


Aku masak nasi goreng jugak..
Bertambah-tambah FZ makan..
Alhamdulillah....
Baby Alya takleh makan sebab pedas teramat.


Sandwich..
Aku buat 2 jenis sandwich..
Sandwich tuna mayonis dan sandwich milo.
Sedap hoihhh sandwich milo ni.
Nak-nak kalau tabur milo banyak-banyak...

Tak lama pon piknik..
Bajet nak la lepak-lepak tepi pantai tu sampai lewat petang.
Tapi yang adoo...
Tetibe pulak cinonet tu yak-yak...
Grrrr.....
Toilet plak jauh... Adoiyaii...
Angan-angan ku musnah dik oii...

Alya ni kalau dia berak, dia takkan duduk tau...
Takut taikk melekat kat vontot la tuh.
Kalau sejam tak cuci berak dia, sejam la dia berdiri.
Tapi aku kan kesian kat budak-budak.
Takkan la nak biarkan dia berdiri lama.
Agak-agak dia dah settle, kitorang kemas barang-barang masuk dalam kereta.
Pastu baru pergi ke toilet.

Tapi 1 je la kelemahan tempat berkelah kat Malaysia ni...
Mana-mana tempat same je kot..
Masalah toilet tak pernahnya nak bersih.
Mesti kotor dan tak terjaga.
Pastu keadaan dalam toilet mesti samar-samar takde cahaya lampu.
Kenapa eh?

Macam toilet yang aku pergi ni...
Kotornye YA AMPUN!!
Dah naik jijik dah aku tengok.
Ikut hati taknak masuk tapi disebabkan nak cuci berak Alya punya pasal, aku redah jugak.
By the time nak tutup pintu toilet, tetibe takde lock.
Boleh?
Semua pintu takde lock.

Dah cuci berak semua, aku nak buang pampers tapi tak jumpa tong sampah.
Aku kuar kejap dan tanya budak yang jaga toilet tu mana tong sampah.
Dia cakap tak ada.
Pfffttttt!!!
Last-last aku buang pampers tu kat tempat bakar sampah kat luar toilet tu.
Ntah pape je management toilet tu.

Ini rakyat Malaysia sendiri yang masuk toilet tu.
Kalau orang luar yang masuk, cemana?
Apa pulak persepsi diorang pada Malaysia ni?

Kerajaan silalah la upgrade sikit tempat-tempat berkelah ni.
Daripada duk buat pembangunan sana-sini, caras hutan bukit semua, baik la upgrade tempat-tempat yang dah sedia ada ni.
Barulah boleh tarik pelancong datang.
Tak gitu?





No comments: