Friday, September 13, 2013

Cemburu buta

Salam readers...

Bodoh!
Bagi aku ni je la perkataan yang paling sesuai bagi manusia yang ada sifat "cemburu buta".
Bodoh sebab manusia macam ni berfikir tak guna otak.
Bodoh sebab manusia macam ni selalu ingat dia je yang betul.
Bodoh sebab manusia macam ni berpegang teguh tak terkata dengan kata-kata, "cemburu tanda sayang".

Ramai manusia yang perangai macam ni yang aku kenal.
Baik lelaki, baik perempuan.
Mana-mana jantina, same je.
Kadang-kadang rumahtangga berkecai kerana pasangan cemburu buta.
Kadang-kadang ada hubungan terputus kerana sifat bodoh ini.

Biasanya orang yang cemburu buta ni terdorong untuk mengongkong pasangan.
Mengongkong kalau sikit-sikit tak apa.
Tapi kalau mengongkong berlebihan, tu dah kira psiko.
Yang dikongkong akan selalu dituduh bukan-bukan oleh si pengongkong.
Silap-silap haribulan yang dikongkong tu transfer jadi kingkong pulak sebab dah tak tahan asik dituduh macam-macam.

Bagi aku, orang yang cemburu buta ni ada masalah mental.
Sebabnya dia takleh berfikir secara waras.
Fikir ikut emosi sendiri dan tak fikir perasaan orang lain.
Dia rasa dia wajar cemburu walaupun dalam hal yang kecik.
Dia buat, boleh. Orang lain buat, tak boleh.
Dia buat, orang lain kena faham. Orang lain buat, dia yang mengamuk sakan.

Tahu tak, cemburu buta adalah 'kanser pembunuh jiwa'?
Sikit demi sedikit perasaan cemburu tu akan memudaratkan diri sendiri.
Nak-nak kalau yang jenis cemburu skala yang besar.
Ia boleh mendorong ke arah jenayah kalau tak dikawal.

Baca artikel ini... (klik sini)

Bagi si cemburu buta, tontonlah movie hindustan bertajuk DARAAR.
Dalam youtube ade kot.
Movie ni tahun 1996 lakonan Juhi Chawla, Arbaaz Khan dan Rishi Kapoor.
Memang sesuai sangat si cemburu buta tengok movie ni.
Harap-harap korang sedarlah apa akibatnya dari perasaan cemburu buta korang tu.

Dan kepada sesiapa yang rasa-rasanya ada sifat cemburu buta yang TERbaca entri ini, fikirlah.
Muhasabahlah diri tu.

Kalau rasa diri tu cemburu sebab takut kehilangan awek cantik lari ikut jantan lain, tinggalkan dia.
Pi cari awek yang buruk-buruk.
Kompem takde orang nak.... dan kamu pun takyah risau kalau-kalau dia curang ke ape.
Kalau rasa diri tu cemburu sebab risau ada orang mengorat bini kat opis, takyah bagi bini tu kije.
Suruh bini tu duk rumah jaga anak-anak.
Kurung diorang semua dari pandangan orang lain.
Tapi tiap-tiap bulan, ko bagi nafkah duit untuk bini ko seberapa banyak gaji dia masa dia kerja dulu.
Boleh?
So, dah takde sebab untuk ko cemburu lagi kan??

Amacam?? Bernas tak idea aku?


APA GUNANYA CINTA KALAU TAK ADA KEPERCAYAAN...


No comments: