Tuesday, September 3, 2013

Entri yang ke-1000!! Weehooo....!!!

Salam readers...

Entri ini adalah entri yang ke 1000!!!
Fuhyooo!!!
Sekejap je rasa berblogging..
Sedar tak sedar dah masuk entri yang ke SERIBU!
Padahal pemalas hampagas nak update.

Aku start berblogging tahun 2009.
Mase tu pelopor blog aku ialah si dajal... olohh, pompuan ex-housemate aku tu.
Thanks to her la sebab bagi idea untuk aku curahkan segala-mala cerita terpendam kat dalam blog.
Tanpa dia, aku takkan ada blog.
Kalau aku takde blog, korang memang takkan kenal aku kan...

Blog diana1185 ni adalah blog kedua aku.
Blog pertama aku ialah Tintadarihati.


Takyah search sebab korang memang takkan jumpa pun blog ni.
Aku dah block dan deactivate bertahun lepas.

Blog tu aku sayang.
Sayang sangat.
Sedih jugak sebab terpaksa tutup blog tu.
Aku terpaksa tutup sebab ramai haters kat situ.
Kalau haters yang aku tak kenal, takpe...
Tapi ini haters yang aku kenal dan dekat je dengan aku.

Dari blog tu, orang tuduh aku macam-macam.
Merenyam, culture shock dan macam-macam lagi.
Siap ada yang doakan aku mati cepat.
Padahal diorang tak kenal aku in person pon.
Just kenal-kenal gitu je.

Takpelah...
Mulut manusia...
Dia hentam orang, boleh.
Orang hentam dia, tak boleh.
Meroyan melalak kemain.
Tapi takpelah, kisah dah lama...

Then, aku bukak blog sekarang.
Haters ada ke takde ke, aku langgar je.
Blogger mana yang mula-mula tak dibenci?
Manusia akan pandang serong pada mulanya..
Bila dah lama-lama, barulah dia tahu siapa kita.
Semua orang ada tabiat baik dan buruk.
So, terima aje kelemahan orang lain sebab kita pun bukannya perfect sangat.

Penulisan aku dalam blog memang jujur sejujur-jujurnya.
Buat apa ada blog kalau nak hipokrit kan......
Sebab tu entri aku ada yang sedih, happy, marah.....
Blog la medium untuk aku lepaskan perasaan.
So, jangan pelik kalau entri aku time pagi happy je... tapi bile petang tetibe aku meroyan.
Hahaha.. psiko sangat!

Aku taknak jadi blogger femes.
Sebab aku still nak privacy.
Kalau femes, pergi sana-sini orang tegur.
Bukan aku sombong tau.
Serius aku tak reti nak bergaul sangat.
Nak-nak dengan orang yang aku tak kenal langsung.
Bukan anti-sosial tau, tapi ermmm... gitu laaa...
Segan sikit nak cakap panjang lebar dengan orang yang aku tak kenal.
Hehehehe...

Dah 5 tahun jadi blogger, best jugak.
Sebab tambah kawan.
Follower kite boleh jadi kawan kita.
Pastu komen-komen dalam blog.
Kongsi-kongsi pendapat dalam blog.
Pastu add dalam FB.
Pastu mesej-mesej dalam FB pulak...
Pastu..pastu..pastu......
Lempang se dasssss!

Lagi 1, blog ni medium untuk adik-beradik dan kawan-kawan jauh aku update mengenai aku.
At least kalau tak berhubung through phone pun, diorang akan tahu ape aktiviti-aktiviti aku..
Dan yang paling penting diorang tahu aku masih hidup.
Takkan la aku dah mati pun still nak update blog kan....
Tu dah jadi momok tu!

Apepun, terima kasih kepada sesape yang rajin bukak, baca dan follow blog yang tak seberapa ni.
Terima kasih sebab ada yang rajin tinggalkan jejak dan komen.
Kepada silent reader, terima kasih jugak sebab jadi stalker.
Jadi stalker yang baik-baik tau.
Jangan jadi stalker yang jahat... baca blog orang pastu mengumpat. Tak puas hati sana-sini.
Tak baik tau. Nanti Tuhan marah.

Terima kasih banyak-banyak. :)


6 comments:

Beautyfull_Maria said...

truskan blogging n jez b yrself..itu yg istimewa :)

Reena Kamarudin said...

wah bestnya dah 1k entry. tahniah diana. teruskan menulis sebab saya suka baca blog awak huhuhu

Diana Aziz said...

Tq @beautyfull_maria... sy tetap akan berblogging.. :)

Diana Aziz said...

sy pon suke baca blog awk... sempoi jekk n kelaka.. reena kamaruddin.

Mimy Hamid said...

waaaaaa 5 years...sama ar kot...mimi gak dah malas blogging..byk kenangan kita sesama blog kan nana

Diana Aziz said...

Kite same la mimy... 5 tahun... sekejap je kan dh 5 thn. ala, nanti mimy bt la come back.. mesti rmai yg ternanti2... :)