Friday, September 27, 2013

I need a vacation..... alone!

 Salam readers...

Lately i am too busy.
Busy like hell.
Everyday i going back home at 8 - 9 pm.

Wahhh... tetibe speaking pulak yee....
Mengigau ke ape...

But seriously, aku penat.
Sangat penat. Sangat-sangat penat.
Serabut kepala pon ada.
Everyday datang kerja, terus ada kerja nak kena buat.
Tak kisah la ada kerja kann...
Tu la motif kita datang opis.
Tapi kalau dah melarat sampai kul 8-9 malam setiap hari, robot pon boleh hang.

Kalau balik rumah, terus melepek je kije aku.
Nak kemas bilik memang yang adooo...
Ana fenat!!!
Sampai housemate aku tegur, "Kak Na, kenapa muka kak Na pucat sangat?"

Ya, dik...
K.na penat sangat-sangat.
Balik rumah, duk melepek jap atas katil amik angin luar tingkap.
Pastu baru pergi mandi.
Dah mandi, pegi gosok baju kerja untuk esok pulak dalam keadaan keterpaksaan.
Dah siap gosok semua, barulah makan.
Itupun kalau aku ada belikan makanan.
Kalau tak, minum air pastu terus tido.

Tido time penat teramat memang takkan lena.
Tatau la kalau korang penat tido jadi lena gile.
Tapi untuk aku, tido jadi tak lena.
Sekejap-sekejap terjaga.
Nasib senang je nak tido balik...

Aku tak tahu bila azab ni akan berakhir.
Harap-harap dalam masa terdekat.
Dah habis azab, aku plan nak bercuti.
Sorang pon sorang laaa...
Tapi kompem FZ tak bagi punya.
Dia kan suke mengongkong.
Entahlah... penat.
Malas nak fikir banyak benda.

Tetibe berimaginasi, alangkah bagusnya kalau sekarang ni aku ada kat pulau yang tak berpenghuni.
Kat pulau tu ada sebuah rumah kecik atap nipah betul-betul berdepan dengan pantai.
Petang-petang relax atas kerusi sambil menikmati angin pantai yang sejuk...
Perghhh... nikmat sungguh....


Tengok air laut yang biru...
Cantik kann...


Pastu dah puas duduk, pergi mandi laut pulak.
Terapungkan diri macam dalam gambar tu...

Fuh... best-besttt...

Tapi angan-angan je la kannnn...

Oh, esok weekend.
Hari yang dinanti-nantikan.
Aku nak rehat puas-puas...
Makan-tido-makan-tido-tengok tv-pastu tido balik.

Heaven!


2 comments:

Mimy Hamid said...

dah macam post exec bzz nya nana....tak leh claim ot ke

Diana Aziz said...

takleh claim mimy... tu yg frust tuu.. balik lmbt, tp kosong.... :(