Monday, September 9, 2013

Keberkatan rezeki

Salam readers...

Hari ni hari Isnin which is sangatttt laaa sinonim dengan Monday Blues.
Tapi hari ni aku tak Monday Blues.
Bangun pagi tadi semangat jekk nak pergi kerja.
Cepat-cepat mandi dan bersiap.
Akan tetapi....... tetibe je perut aku buat hal.
Terus spoil mood aku.
Terus terlintas dalam fikiran nak MC.
Akan tetapi..... niat nak amik MC tu tak jadi.
Berapa kali sebulan daaa aku nak MC.
Kang tak pasal-pasal nanti kena panggil dengan HR.

So, dalam keadaan sakit perut memulas tapi taikk sombong taknak kuar tuu.... aku melangkah jugak la pergi kije.
Jalan slow-slow sambil terkemut-kemut bontot nih hah.
Hoihh... terseksa okeh.

Bukan senang nak cari rezeki halal ye, kengkawan.
Dapat jugak aku pahala sikit sebab bertungkus lumus mencari rezeki walaupun keadaan sakit.
Sakit-sakit pun datang kije.
Ada sesetengah orang, tak sakit pun buat-buat sakit.
Takde masalah pun buat-buat ada masalah.
Sebab malas nak pergi kerja.
Tak berkat tau gaji dapat bulan-bulan.
Kalau Tuhan nak tarik rezeki tu, sekelip mata je tau.
Ingat tuu....

Saat aku menaip ni pun, memulas-mulas je perut aku nih.
Bergelegak angin krup krap krup krap duk bergendang kat dalam ni hah.
Kalau laa perut aku ni ada zip, dah lama dah aku bukak kasi angin dalam badan kuar semua.
Eh, tetibe berimaginasi pulak.

Kadang-kadang bila aku duk sensorang atau time aku takde kije, aku terfikir...
Berkat ke tak gaji yang aku dapat bulan-bulan?
Aku takut sangat kalau makan gaji tak berkat.
Kekadang mengulor kuar rehat awal tu biasa laa...
Atau balik awal ke...

Maksud aku kalau yang jenis mengulor sampai berjam-jam.
Atau jenis suka amik MC tipu atau mc beli....
Tak terfikir ke rezeki yang kita dapat tu tak berkat? 

Itu kalau kije opis macam aku.
Kalau yang jenis buat bisnes atau kerja luar? Cemana?
Buat bisnes sambil caras rezeki orang lain.
Contohnya A menjual produk A.
Sambil menjual, A duk membanding-bandingkan produk dia dengan produk B.
A kutuk-kutuk produk B yang selama ni menjadi pilihan orang untuk buat pelanggan tertarik dengan produk dia pulak.
Berkat ke rezeki camtu?

Dah la tu, rezeki yang dapat diberi anak isteri keluarga makan.
Seterusnya jadi darah daging...
Tak takut ke azab yang menanti di akhirat nanti?

Ada tau manusia macam ni.
Suka caras rezeki orang lain.
Bukan aku nak bukak aib orang.
Tapi kawan FZ ada sorang yang perangai suke mencaras rezeki kawan-kawan sendiri.

Aku geram.
Sangat geram.
Tapi FZ suruh aku sabar dulu.
Aku geram sebab aku yang bertungkus-lumus tolong carikan FZ kelas swimming.
Aku just tolong FZ tapi bile ada yang cuba amik kesempatan, memang aku akan jadi marah.

Boleh pulakkk dia promote kelas dia kat student FZ.
Mulut dia, manissss yang amat!
Tapi mujur students FZ semuanya jenis tak amik port sangat.
Masih setia untuk belajar dengan FZ.

Aku marah sebab ini bukan kali pertama.
Sebelum ni dah berkali-kali.
Tapi FZ suruh aku sabar, then aku sabar la...
Hoihh... susah tul nak sabar kan...

Gitu la kengkawan.
Kadang-kadang kita ni kena jugak muhasabah diri.
Hidup kat dunia ni tak boleh la buat sewenang-wenangnya.
Kena fikir buruk baik.
Cari rezeki biarlah sama-sama.
Untung orang, kita senang hati.
Untung sendiri, orang lain pulak yang senang hati.
ALLAH S.WT. dah tetapkan rezeki masing-masing.
Jangan busuk hati dengan kejayaan orang lain.
Ingat tau...
Bak kata pepatah, "Rezeki secupak tak akan jadi segantang..."
Kite duk rebut rezeki dengan orang lain pun, kita takkan jadi kaya...
Rezeki pun tak berkat....

Kerja dengan ikhlas... InshaALLAH segala urusan akan jadi lebih mudah. :)



2 comments:

Mimy Hamid said...

In Sha Allah sesama doa kita rezeki kita berkat hari hari dalam solat..amin

Diana Aziz said...

Amin...... InshaALLAH rezeki kita diberkatiNya.