Thursday, September 12, 2013

Makan di The Manhattan Fish Market... nyumssssss

Salam readers...

Baru ada kesempatan untuk update blog kesayangan.
Dari tadi busy buat kerja sampai tak ingat makan minum.
Ewaahhh... perasan pekerja cemerlang, gemilang dan terbilang gituuu khennn....

Ahad lepas FZ bawak aku dan Baby Alya makan di The Manhattan Fish Market.
Aku suke sangat makan kat sini.
Makanan sedap-sedap... tapi regenye pon sodap la jugak... mihmihmih...

Tapi kan, bagi aku la... berbaloi makan kat TMFM ni...
Walaupun harga dia macam tu, tapi kesedapan dia tuuu... perghhhh.... mana-mana pon takleh lawan ohh...
Nasik dia tu tak tahu la cemana dia masak... sedap gile!
Mintak resipi kang baru tahu....

Kalau datang sini, memang aku tak order benda lain dah.
Aku order small flame je.
FZ je yang biasa ubah-ubah menu.
Aku ni masih lagi setia pada yang 1.
Menu tu je la yang aku akan order sampai aku muak nanti baru order menu lain pulak.
Hehehe...


Bila orang ni datang buat flame camtu, baby Alya menggelupur peluk aku.
Dia takut rupanya tengok api tuu...
Terus aku dapat idea cemana nak usik kalau dia nakal.
Aku cakap je api tu datang bakar dia kalau dia nakal. Hehehe...
Baru la duk diam...


Ada sorang staff TMFM ni orang negro kot.
Baby takut gile dengan dia.
Asal negro tu lalu je, mesti baby peluk aku.
Takut le tu tengok orang itam.


Bajet ensem le tuh....
Nak-nak baby selalu puji dia, "papa encem....."
Bila aku tanya, "umi cantik tak?"
Dia jawab, "tak antikkk..." 
Pttffffff!!!!


Asal amik gambar je, mesti sibuk nak buat peace.
Haihhh la anakk...
Muke serius takleh blah.


Gambar cik puan tanah.. :)


Inilah menu small flame.
Ade fish fillet, udang besar-besar 3ekor, chips dan nasik.
Korang tak nampak nasik kat dalam gambar ni sebab nasi duk bahagia bawah.

Tengok gambar macam terbau-bau pulak makanan nih.
Adesssss....


Fish & chips FZ punya.
Fish & chips ni kita boleh pilih fillet tu ikan dory atau snapper.
FZ tak minat sangat dory, so dia pilih snapper @ ikan merah.
Ini saiz regular... ada 2 ketul fillets.
Kalau yang small, ada seketul je.
Nampak je sikit tapi bila dah makan, kenyang ohh...


Total semua untuk 2 orang makan.
Kalau datang makan tengahari, murah sikit plus ada variety of sets.

Hoihh... buat entry ni buat aku lapar pulak..
Padahal tengahari tadi dah makan banyak.
Dasar perut tak reti kenyang nih!



2 comments:

Mimy Hamid said...

oh lama tak makan pasar ikan..mmg betul nana..pasar ikan ni yummy

AYuNG said...

jalan2 tgk makanan kat sini

=)