Wednesday, September 4, 2013

Open house raya lagi!

Salam readers...

Tahun ni tercapai jugak niat aku nak buat open house untuk kawan-kawan.
Dah berapa kali raya dah aku niat tapi tak buat-buat.
Takde masa dan bajet sebenarnya.
Nak buat cemana kan...
Orang makan gaji cam aku ni manalah ada duit banyak sangat.

31 Ogos baru-baru ni, aku jemput semua kawan-kawan ofis dan terdekat untuk jamuan makan di Kolam Vista Angkasa.
Persiapan dibuat seminggu sebelum.
Kelam-kabut jugak sebab kena cari caterer.
Banyak caterer yang tak terima untuk majlis kecik.
Yela, aku bajet majlis untuk 40orang je.

Nasib baik ada 1 caterer yang baik hati terima order aku.
Alhamdulillah...

Memula plan nak buat kat rumah aku je.
Tapi bila fikir-fikir balik cam susah pulak buat kat rumah.
Yela, rumah aku ni mana ada meja makan.
Nanti nak letak mana makanan-makanan semua kan...
So, FZ suggest buat je kat kolam.
Semua kelengkapan dah ada kat sana.
Then, set....

Hantar email invitation kat kengkawan.
Yang takde email, aku call je.

31 Ogos tu memang aku kelam-kabut.
Macam-macam fikir.
Takut makanan tak cukup la... ape la...
Takut ohh...

Menu asal untuk hari tu:

Nasi beriani + ayam masak merah + dalca + poppadom
Bihun sup
Nasi impit + kuah kacang
Kek Batik
Agar-agar jagung
Coklat + jelly (for kids)
Air sunquick tropika

Tapi........
Menu bihun sup tu terpaksa dibatalkan.
Sebabnye air tak ada. Ala, kes kilang buang sisa minyak dalam sungai kat Selangor tu.
Caterer takleh buat.
Nasib baik menu nasi beriani tu ada. Caterer lain-lain.
Itupun aku dan FZ menggelupur fikir back up plan.
Last-last FZ beli satay.
Fuhhh... lega....

Dan majlis berjalan lancar walaupun cuaca sekejap hujan, sekejap panas.
Sian budak-budak takleh mandi kolam sebab hujan.
Takpe, lain kali datang kolam, bayar.
Pastu boleh la mandi puas-puas ye... hehehe...

Aku pulak kalau dah buat majlis camni mesti payah nak pegang henset.
So, aku lupe terus nak snap gambar makanan dan tetamu yang datang.
Even dengan FZ pun aku lupa nak bergambar.
Haiyohhh...
Cemana nak jadi blogger tegar nih...??

Tapi nasib baik kengkawan opis ada jugak yang jenis camwhore.
Cilok gambar dari diorang je la..
Hehehe...


Dari kiri : Hana (housemate aku), Fifi, Leen, Yana dan Baby Rayyan.

Housemate aku yang lain semuanya balik kampung.
Tinggal Hana je.
Yana tu wife kepada Khairol.
Leen opismate aku.
Fifi tu kalau korang tak kenal tak tahu la.... 


Eh, tetibe aku menyelit. Hehehe...


Happy family! :)
Serba kuning diorang hari tu....


Hana dan Yana.
Baby Alya dan Baby Rayyan.

Kalau tengok face to face, muka Hana dan Yana tu seiras.
Sebab tu kitorang paksa dia amik gambar together gether... heheh...
Elok le tu. Dah la nama pun dekat-dekat sama... :)


Leen dan baby Rayyan.


Asik gambar diorang je laa....
Padahal tetamu lain ada je.
Kak Long pun ada datang...
Kawan-kawan FZ pun ada.

Mujur la makanan cukup.
Siap boleh tapau bawak balik pulak.
Nasi beriani tu ramai yang puji sedap.
Alhamdulillah.....

Dan majlis berakhir dengan jayanya....
Senang hati tengok orang semua happy.
Syukur niat aku untuk jamu makan untuk kawan-kawan tertunai. :)


2 comments:

Mimy Hamid said...

sorry tak datang ..masa tu tgh mood baru pulih :((

Diana Aziz said...

xpe mimy... nana paham... so, skrg ni dh boleh bt come back la ye... nmpk cam dah elok je.... :)